Wednesday, January 26, 2011

Penjara????

Assalam all....semoga Allah merahmati kalian semua....


Suatu pagi ku terbaca ungkapan kata kata Rasulullah saw dari sebuah buku yg sedang kubelek...mulianya dan mendalamnya kata kata Rasulullah itu...."dunia itu penjara buat seorang mukmin"....bukan itu pertama kali aku terserempak dgn ungkapan insan yg mulia ini, namun kali ini aku merasakan kelainan yang amat sangat. Tiba tiba maksud yg dibawa oleh kata kata Rasulullah saw menujah masuk ke kotak fikiran ku...mulalah permainan minda itu menelusuri ketepatan ungkapan Nabi terhadap fenomena yg berlaku dalam hidupku.....hinggakan ungkapan ini kuucapkan pula kpd sahabatku pabila aku 'chatting' dengannya dalam google talk....aduh, patutla selama ini segalanya seolah seolah begitu terpaku dan terhenti buatku dalam kehidupan ini ....


Maaf ....aku bukan menungkap bahawa aku benar benar seorang mukmin.....namun aku mencita citakan sedemikian rupa agar aku tergolong dalam golongan mukmin sejati....ya sebenarnya memang sukar sekali! Namun aku tetap bersyukur kerana aku seorang Islam dan sewajibnya seorang indovidu Muslim itu perlu sentiasa bercita cita dan berusaha menjadi mukmin sejati....


Kehidupan bukanlah mudah buatku.....sejak akhir akhir ini. Jadi apabila menemui ungkapan kata kata insan mulia ini..aku jadi tersentuh. Oh rupanya benarlah sedemikian rupa. Ia memang penjara buatku dan juga saudara saudara sekalian. Apabila ia umpama penjara...tentunya segalanya tersekat, kebebasan luntur, kesunyian meliputi, perasaan membuak buak inginkan kebebasan, harapan meninggi untuk dibebaskan dari segala sekatan, segalanya adalah terhad...ruang waktu dan masa menjadi teman setia..perjalanan kehidupan dirasakan sangat lambat melainkan harapan itu dipanjatkan hanya kepadaNya.....kekosongan diri, jiwa dan fikiran meliputi setiap ruang waktu....


....lalu apakah yg tinggal buat seorang mukmin sejati....aku cuba gambarkan demikian lah rupanya...mungkin ia mungkin tidak....bagi seorang susuk...yang menjadi sisa tujuan hidup ialah harapan pada Illahi..tiada lain. Bagi memenuhi harapan itu, siang malam pagi dan petang dalam kehidupan dunia yang terpenjara, sang susuk mengharapkan Illahnya...berkata kata dengan jiwa dan perasaan kpd Illahnya yg Satu....itulah pengubat sepi, itulah pemberi makna kepada sebuah kehidupan...tiada lain. Total kepadaNYA.....hakikat ini lah yg kurasakan sebagai bertepatan dengan dunia ini umpama penjara. Tiada kebebasan utk berbuat sesuka hati menuruti hawa nafsu..tiada masa utk bersuka suka, dan ria bersama dunia dan isinya.....tiada masa untuk hanyut dan menikmati dunia serta isinya lewat waktu kehidupan.....semuanya penuh persoalan???......aduhai...aku hanyut dalam muhasabah ini.....Ya Rabb ampuni aku, berikanku petunjuk dan hidayahmu....bantulah aku....bimbinglah daku Ya Illahi......

Sunday, January 23, 2011

permata hati......

Assalam all....


Syukur kepadaNya, kerana diberi kurnia permata hati yg menjadi waris kehidupan dan wakil kpd ummah. Moga mereka ini bakal menyumbang kepada kebenaran Islam dan bukan sebaliknya, moga mereka ini menjadi pejuang yg akan mewarisi semangat dan prinsip perjuangan seperti mana yg ditunjukkan oleh para Rasulullah saw dan para sahabatnya. Justeru, didiklah mereka dengan sebaiknya mengikut skrip dan modul yg telah ditunjukkan oleh Rasulullah saw dan bukannya mengikut skrip/modul kita sendiri semata mata kerana kelak kita yg merugi...kita kan menyesal...kita kan ditanya satu persatu oleh Illahi...apakah didikan yg engkau beri buat anak anakmu? Piyapppp kalau salah jawab.....


Semua ibubapa mahukan yg terbaik buat anak anaknya..apapun persoalan yg paling besar ialah kebaikan bentuk apakah yg diinginkan? Tanya diri sendiri dahulu adakah kebaikan yg dikehendaki itu adalah bersandarkan kehidupan dunia akhirat atau semata mata dunia atau hanya akhirat sahaja...Kebaikan itu harus menunjangi keseimbangan kehidupan iaitu dunia dan akhirat seperti mana doa yg lazim dibaca...rabbana aatina fid dunya hasanah wafil aakhirati hasanah.......


Kesilapan yg sering dilakukan ibubapa ialah mencampurkan keduanya dan bukannya menyeimbangkan dunia dan akhirat dalam pendidikan anak anak. Dunia lebih diberi keutamaan, manakala keperluan akhirat hanya diberi penumpuan dalam 'occasion' atau suasana tertentu sahaja. Bila ada kehendak baru nak rujuk keperluan akhirat...bila tidak..dunia didahulukan dan akhirat dikemudiankan. Contoh yg paling laris sekarang ialah apabila berkahwin....masa inilah tercari cari...waima keperluan utk akad nikah diutamakan..apabila telah selesai bab itu..maka dunia dilebihkan..aurat didedahkan ketika persandingan, pakain sendat dan ketat, hiburan melata, pembaziran wang disana sini...sesi tunjuk menunjuk pun menjadi meriah, gembar gembur seantero jagat raya dan sangat berleluasa seolah olah umpama majlis perkahwinan itu seperti sebuah pertandingan...siapa yg paling glamor...majlis siapa yg paling hebat dan berwarna warni...itulah kita hari ini...(maaf tidak sedikit pun merasa iri atau dengki dengan kemampuan/kekayaan/kemewahan org lain utk melakukannya penuh gilang gemilang)....cumanya terdetik dan terfikir apabila ia dimeriahkan didada dada akhbar dan majalah sehingga berlaku proses indoktrinisasi/pembudayaan dikalangan masyarakat walhal perkara lain yg lebih berbentuk mendidik masyarakat tidak pula diberi liputan yg sama.....itulah yg berlaku apabila dunia didahulukan, akhirat dikemudiankan....dalam konteks ini, pendidikan anak anak perlu diutamakan,pastinya pendidikan yg seimbang dunia dan akhirat...pendidikan yg menyuburkan jiwa dan memperteguh iman lalu menghasilkan akhlak dan peribadi yg murni buat permata hati.....    


bersambung!!! 

Friday, January 21, 2011

tunduklah, tawadhuklah...dgn sebenarnya

Assalam all


dahi itu yg menyentuh bumi...
walau sekejap walau lama....walau dilapis tikar, mahupun sejadah yg beraneka warna, corak lalu empuk.......
hakikatnya dahi itulah yg tunduk dan tawadhuk....
selama mana diri ini mahu menongkat langit...pasti tidak mungkin kan termampu


dahi itulah yg kononya dijunjung..namun akhirnya ia perlu tunduk kpd Yg Esa...
dahi itulah yg membungkam rasa ego dalam diri...namun akhirnya terjelepuk mengadap Ilahnya


manusia....disetiap ketika dan saatnya itu, kau kan perlu menunduk kerana itu fitrahmu
tunduklah dengan sebenarnya
tawadhuklah dengan sesungguhnya
haraplah, pasrahlah, redhalah akan apapun dariNya
dengan hati, jiwa, perasaan dan perbuatan....
maka jgn sesekali kau melampaui fitrahmu untuk tunduk dan tawadhuk dengan sebenarnya......




Aku pasrah dan syukur ke hadrat mu Ya Rabb....atas kurniamu ini kerana tidak mungkin aku memilikinya walhal aku hanya meminjam dariMu buat seketika cuma


Nukilan ini lahir atas keinsafan dan rasa syukurku kerana Ibu yg tercinta dan yg dikasihi telah selamat melalui proses "angiogram etc termasuk balloon" di IJN pada pagi ini tanggal 21 Jan 2011....

Sunday, January 16, 2011

old ways....replicated

Assalam and dear all...


The approach of retaining ex-service man and putting them to GLCs...while letting them stay for very long time in office...is devastating? Indeed!!! TS Yusof Noor as Felda Adviser after many years of Felda Chairman....TS Isa Samad as the new faces but old ways? Could be? Can we expect new transformation in Felda???or it is a measure to maintain the status quo?? (bear in mind that these people and many others...have operated under the same institutions that supported the old ways)

The same drill is replicated in many other areas. GLCs are peopled by persons who should retire and step aside for real operators. The 'wrong' is that these people operate under the same institutions that supported the old ways. So, transformation can't really occur if these people, however bright and industrious they are, are using the same tools as before. it is the same old power structure that cannot respond rapidly to the needs of the people but protecting the interest of the elites..they may have proven to be "incompetent and corrupt".

demise of anarchy

Assalam...

People's power...took it to the street!!!

What happen in Tunisia cpuld spread out throught out Africa and the world when the people can longer bear the act of Tunisian's government...see the role of the jobless graduates in catalyzing the movement and mass riot to outcast the government and the President...

Too much control is devastating.....too much fredom is also devastating.....  

nilai insaniah

Terkadang kita agak menyimpang kerana kurang jelas tentang peri pentingnya aspek sahsiah yang perlu dijana dan dilahirkan dalam diri individu. Kita mudah untuk kehilangan kompas sebenar dek kerana pesatnya pembaharuan dan perubahan dalam pendekatan dan cara pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan selaras dengan perkembangan teknologi dan keperluan melahirkan individu cemerlang. Beberapa persoalan timbul? Adakah pengukuhan sahsiah sentiasa diberi perhatian? Bagaimana ia dilaksanakan? Adakah ia selaras? Atau masih wujudkah konflik pendekatan berbeza diantara kita dalam sesebuah keluarga? Apakah asas dan sistem nilai yang mendasari pembentukan sahsiah, moral dan akhlak? Apakah pendekatan yang dilakukan itu selaras dengan objektif pendidikan? Ini antara beberapa persoalan diantara banyak lagi isu yang berkaitan dengan pembentukan sahsiah, moral dan akhlak individu.

Kita semua perlu menghayati bahawa pembinaan sahsiah bermula dari pembinaan jiwa dan rohani yang utuh. Harus diingat bahawa para anak anak kita ini merupakan aset masa depan negara. Proses ‘mencanai’ mereka menjadi insan kamil yang berketrampilan tinggi merupakan proses yang berterusan dan berpanjangan. Ini disokong oleh segala macam faktor luaran dan dalaman di rumah dan di sekolah. Segala faktor luaran dan dalaman ini saling berkaitan, lengkap melengkapi dan perlu ditangani secara seimbang. Kita semua boleh bersetuju bahawa ia bermula darri pembinaan jiwa dan rohani, akan tetapi apakah nilai yang mendasari pembentukan itu?
Secara psikologi, nilai yang perlu ditanam dalam diri anak anak kita ialah nilai moral, akhlak yang mulia dan positif yang perlu dijana sejak mula lagi. Ia bermula dari dalam jiwa seseorang individu. Ia selaras dengan pendekatan yang dibawa oleh Islam dimana pembinaan jatidiri merupakan elemen terpenting dalam konteks pengajaran dan pembelajaran seorang insan untuk menjadi seorang individu yang seimbang jiwa dan rohani, akal dan sahsiah, ilmu dan kemahiran. Gagalnya sistem pendidikan untuk melahirkan insan yang berketrampilan ialah apabila fokus pembelajaran dan pengajaran tidak mementingkan aspek sahsiah, akhlak dan pembentukan jiwa dalam diri anak anak kita.

Sebelum pergi lebih jauh, perlu difahami apakah maksud nilai itu? Ringkasnya, nilai adalah satu keyakinan yang kukuh dan mampu bertahan lama dalam diri individu. Ia menentukan apa yang kita yakini sebagai baik, betul dan benar dalam kehidupan ini. Ia mewujudkan pertimbangan dalaman yang ‘memandu’ individu dalam membuat sebarang pertimbangan mahupun mempertahankan prinsip dalam kehidupan. Ia adalah sumber, pendorong dan ‘pemandu’ yang menjana motivasi dalaman lalu mempengaruhi keputusan dan tindakan dalam kehidupan seseorang individu. Jika sumber ini tidak dijana dengan betul, tidak diperkukuh dan diseimbangkan, maka kesannya ialah gejala keruntuhan akhlak dan moral seperti mana yang terjadi dalam masyarakat. Lihatlah isu isu sosial yang terpampang di dada akhbar; gejala rempit, pembuangan bayi, perhubungan luar batas dan luar perkahwinan, perlakuan sumbang, kes kes rogol dan bunuh serta bermacam lagi perlakuan manusia yang melewati batas moral, akhlak dan sahsiah. Justeru, adalah penting untuk kita semua menterjemah sistem nilai yang baik, betul dan positif dalam diri setiap pelajar tanpa kompromi, tanpa pilih kasih serta usaha yang berdayasaing dan berterusan untuk menjananya dalam diri setiap individu anak anak kita.
   
Sayugia diingatkan bahawa kita sebagai ibu bapa adalah pembimbing yang paling dekat selain dari guru guru untuk menjana kemurnian akhlak dan sahsiah anak anak kita. Apa gunanya pencapaian gemilang keputusan peperiksaan jika anak anak kita itu rosak akhlaknya, rosak sahsiah dan moralnya. Apakah gunanya pelajar cemerlang pelajaran dan akademik tetapi ‘cacat’ akhlaknya. Perlakuannya tidak langsung melambangkan kecemerlangan. Perlu ada keseimbangan dalam akademik dan sahsiah. Usaha ini tidak mungkin tercapai hanya di sekolah semata mata tetapi peranan yang sama besar perlu dimainkan oleh ibubapa jua. Proses ini adalah proses yang panjang dan berterusan, ibubapa dan guru perlu membahu dalam memikul tanggungjawab. Tentunya ada cabaran dan halangan yang mendatang namun hakikatnya, itulah dia proses pembelajaran dan pengajaran. Apa yang diperlukan ialah komitmen yang tinggi tanpa mengenal penat dan jemu....

Friday, January 14, 2011

Berita yg meruntuh nilai...

Ini pun jadik bahan berita ker...demam ke apa ker pemberita/ketua editor nih...kesian betul!!!

SHAH ALAM - Pemergian Fasha Sandha bercuti ke Bali, Indonesia bersama rakan-rakannya baru-baru ini didakwa bukan untuk meraikan sambutan tahun baru 2011 seperti yang digembar-gemburkan, sebaliknya untuk melepaskan tekanan perasaan.

Inilah nilai berita pada hari ini...sesuatu yang amat dikesali. Kita patutnya berkabung atas kedangkalan minda kejumudan fikiran melalui usaha berterusan untuk memperbodohkan pembaca dengan kaedah dan cara yg sangat halus lalu menyemarak budaya 'hedonisme' yg meruntuh pemikiran masyarakat. Buat editor...tolong bersikap profesional dan matang, jangan bersikap murahan lantas menggadai pemikiran pembaca terutama muda mudi dan remaja kita. Berilah input dan berita yang bermakna untukpembinaan sahsiah insan disebalik kebejatan gejala sosial yang melanda kita pada hari ini. Tidak peliklah masyarakat kita hari ini menjadi huru hara dek kerana kita turut sama menanam 'saham' dalam meruntuhkan nilai moral masyarakat.      

Sunday, January 9, 2011

mudahnya cakap dan menuding sana sini tanpa diri sendiri tidak berbuat apa apa

Assalam semua...

Bicara suatu malam bersama sang teman...dalam santai kami mengimbau dan berdiskusi. berbicara soal ummah,soal diri dan soal masyarakat dan kejiranan..bukan membuka pekung didada, bukan jua mengungkap fitnah dan keburukan..akan tetapi bicara yg kuanggap intelektual dalam pesona isu semasa. Ia terbit pabila ku bersantai bersama keluarga, makan malam bersama diluar sejak sekian lama dek kerana perut yg berkeroncong tidak memungkinkan isteri utk 'bersilat' di dapur...lalu ku putuskan makan diluar, restoran Thai didepan masjid, menjamu pesanan yg santai...(menjaga kos tinggi, harga yg semakin meningkat naik)...

Lalu kedengaran ditelinga, bait bait ceramah maghrib sang ustaz di masjid berdekatan....."bagus ceramah ini" ujar isteriku, "siapa ye yang berceramah" ujarnya lagi...aku menggumam "tidak pasti siapa...ayang" ujarku.Kedengaran jelas, penuh bertenaga "Rasulullah saw, pernah ditawarkan harta dan pangkat ketika mula2 dakwah di Mekah dulu, seumpama hari ini pejuang dan pemimpin Islam ditawarkan projek dan komisen....akan tetapi jawab Rasulullah saw..walau matahari diletakkan olehmu ditangan kananku, dan bulan ditangan kiriku..tidak aku sesekali meninggalkan perjuangan dakwah ku ini..berlaina pula dgn keadaan kita hari ini" kata si penceramah. Tambahnya lagi, "tidak cukup itu..ditawarkan perempuan..seumpama GRO, mahupun gadis genit pada zaman ini kpd Baginda Rasulullah saw..namun baginda tetap menolaknya...turunlah ayat Al Kaafiruun...engkau dgn agama engkau wahai org kafir, tidak aku sembah apa yg engkau sembah, tidak engkau sembah apa yang aku sembah, bagimu agamamu, bagiku agamaku..." Sungguh bersemangat sekali penceramah ini getus hatiku..kami teralun dek ceramah yg diberikan."hari ini, perjuangan dakwah sudah lemah...kita gagal menegakkan Islam kerana kita terpedaya dgn janji manis projek, komisen, harta, pangkat dan wanita...samalah jua keadaannya di zaman Jahiliyyah dulu....hari ini hukum Islam tidak tertegak, peraturan dan undang2 hudud tidak dilaksana...porak porandalah masyarakat...gejala sosial berleluasa...angkara kita sendiri...kita sudah merdeka 50 tahun lebih..ada tok batin di ceruk sana sini yg rukun iman dan islam pun tak tahu lagi, hanya sekadar mengucap sahaja...ini keadaan yg teruk" ujar si penceramah.

Itulah sebahagian cebisan ceramah malam tadi...aku termenung dan berfikir..."ada sesuatu yg tidak kena dengan ceramah ini".....inilah yg kubicarakan dengan sang teman yg dengan gagah turut memberi pendapat sealiran dengan aku..."baguih mamat nih..dah faham konsep Islam dan dakwah..."ujarku bila sang teman turut mengulas dan memberi pendapat sambil menunjukkan kes dan suasana yg berlaku di Sabah....Inilah perkara yg ingin kuulas berdasarkan kefahaman ku yg dangkal dalam entri di blog kali ini.

Bukan mudah kerja dakwah...jika tidak menghayati dan memahami konsep dakwah..maka kerja dakwah yg dilihat mudah itu sebenarnya boleh membawa kpd pemesongan pemahaman, kebenaran yg ingin diungkap, boleh menjadi kekeliruan yang berpanjangan. Begitulah juga pendapatku tentang kuliah maghrib yg ke dengari dari si penceramah itu tadi....aku tidaklah sebijak dan selantang seperti si penceramah itu..tp aku hanya sekadar mengulas dan memberi analisa sedikit..aku hormati si penceramah dan komitmennya dalam memberikan kuliah dan ceramah, lagipun aku tidak tahu siapa dia, sekadar dengar suara. Maaf tidak aku bermaksud utk menjatuhkan maruah, nilai diri mahupun menafikan apa yg dikatakan cuma sekadar menyentuh bahagian yg kurasakan kurang tepat...atau mungkin aku yg tersalah menganalisa.

Berdasarkan ungkapan si penceramah itu..akurasakan kurang tepat untuk membandingkan secara terus kes Abu Jahal, Abu Lahab dan sekutunya dalam konteks dakwah Rasulullah saw kepada kaumnya dengan konteks hari ini di Malaysia.Apa masalahnya? Apa isunya? Bahagian ini yg agak kritikal..kita punya pemimpin Islam di Malaysia samada di pihak kerajaan atau pembangkang...tidak sama dengan Abu Jahal, Abu Lahab dan sekutunya..mereka ternyata kafir dan musyrik. Pemimpin Islam kita telah sedia ada Islam, tentunya dalam konteks ini, pendekatan dakwah juga patut berbeza.

Mengapa? para pendakwah perlu berdakwah kepada individu yg sedia ada Islam dalam pendekatan yg berbeza dan berbagai cara. Samada pemimpin kerajaan atau bukan kerajaan, rakyat dan pelbagai golongan lain. Dalam konteks mereka, Islam gagal untuk atau kurang dihayati sepenuhnya sehingga banyak perkara tidak dilaksanakan ataupun tidak dihayati atau dilaksanakan sepenuhnya....atau banyak perkara2 yg menjadi keutamaan tidak dilaksanakan atau telah dilaksanakan atau masih dalam perlaksanaan cuma tidak sepenuhnya...semua ini bergantung kepada banyak faktor.Apapun, isu pokoknya, apakah peranan yg kita mainkan sebagai seorang Muslim..perlukah kita terus terusan 'menghentam' mereka yg tidak sealiran dengan kita walaupun mereka saudara seagama..apakah usaha inisiatif kita untuk membetulkan mereka dengan cara berhemah dan berhikmah. Berjayakah kritikan pedas terus terusan yg kita buat kepada mereka? berubahkan mereka?apakah kita berhenti sekerat jalan apabila menemui jalan buntu?lalu kita memilih jalan 'membantai' apabila pilihan lain tiada? harus diingat dakwah sangat berkait dengan kesabaran..jika tidak sabar....jangan pandai bicara dan omongan, mengkritik itu tidak betul ini tidak betul, ini salah, itu salah, itu haran ini haram walhal usaha kita hanya sekadar bersuara...jangan diharap hasil yg segera kerana dakwah tidak sebegitu sifatnya.

Dakwah ialah suatu proses, samada panjang atau pendek ia bergantung kepada keberkesanan dan kaedah serta kreativiti pendakwah. Pada waktu yg sama dakwah juga membentuk jatidiri pendakwah dan org yg didakwah, membentuk pandangan dan pendirian yg bersifat universal, membentuk kaedah dan cara baru. Tidakkah Islam itu sendiri sifatnya universal?? Mana mungkin dakwah berjaya jika pendekatan hentam menghentam, kritik mengkritik secara sembrono dilakukan (maaf sy tidak menujukan ini kpd sang penceramah-sy tujukan kpd diri sy sendiri dan kita semua).

Fahami ini dalam konteks dakwah bukan dalam konteks tugasan tuan Imam.....

Contohnya.....Adakah hari ini kita lihat tuan Imam berdiri menunggu jemaah di depan pintu masjid setiap waktu dan mengalu alukan mereka yg hadir ke masjid seraya mengucapkan tahniah sebagai motivasi kepada mereka, lalu mendoakan mereka agar mempunyai komitmen berterusan ke masjid dan menggalakkan mereka yg tidak hadir ke masjid dengan mendekati mereka, bergaul dgn mereka dan perlahan lahan menggalakkan mereka ke masjid? Adakah kita lihat golongan pendakwah mendekati mat rempit, mendekati dan memahami mereka lalu perlahan mengajak mereka ke masjid ataupun bercampur gaul dgn sesiapa sahaja lalu mendidik dan mengajak secara halus agar kembali kepada Islam dengan sebenar benarnya. Jika ya, benar, bagaimanakah pendekatannya?

Ataupun tuan Imam mengambil jalan mudah dengan mengkritik mereka samada secara berdepan mahupun dikala bertemu rakan rakan rapat lalu membicarakan si fulan sifulan tak pergi masjid, tak pernah ke masjid, pergi masjid masa solat raya aidilfitri atau solat hari raya korban atau solat jumaat sahaja....itu dalam konteks tuan Imam, bagaimana pula dalam konteks KITA sendiri....adakah kita bersikap bahawa ini tugas tuan Imam...ini tugas JKKK masjid dan surau, ini tugas YB, ADUN atas alasan mereka dapat gaji, mereka yg kita pilih dan undi, jadi merekalah yg melakukannya...bagaimana KITA. Adakah kita berkata dan melakukannya?atau kita sekadar berkata kata sahaja dan menjadi pengkritik bebas...lalu menunjuk sifulan salah sifulan buat tak betul.....adakah kita beralasan..dulu aku dah buat....sekarang ini orang lain la pulak buat..giliran orang lain la pulak, takkan aku jer.

Harus diingat, kerja dakwah tidak pernah berhenti...kerja dakwah hasilnya sedikit, masanya lama jika dilakukan berseorangan, maka mari gembeling tenaga, bersama sama, buat mana yang mampu diperingkat diri sendiri dahulu, isteri dan anak2 kemudian keluarga, jiran tetangga, kemudian masyarakat dan akhirnya negara. Pernah seorang kepala Yahudi berkata kepada kaumnya "berhati hatilah kamu kepada umat Islam apabila mereka berduyun duyun ke masjid utk solat jemaah SUBUH, ketahuilah saat itu dan ketika itu...Islam telah mulai kuat, Islam telah mulai bangkit"..Justeru....jangan hanya pandai omongan, kritik sana sini tapi kita hanya sekadar berkata kata tapi tidak berbuat apa apa dan menyerahkan itu kepada orang lain.

Berbalik kepada si penceramah tadi....ingin juga saya bertanyakan soalan....tok batin yg sudah sekian lama Islam tapi tak tahu rukun iman rukun islam tu(tak tahu dimana atau kelompok mana org Asli ini)...tidakkah itu tugas kita semua, tanggungjawab kita semua, tidakkah itu juga tugas si penceramah itu tadi sebab dia yg tahu dan punyai maklumat kisah tok batin dan komuniti orang Asli tadi, bukan hanya sekadar mencedok cerita daripada orang lain lalu memberi contoh walhal dia sendiri tidak berbuat apa2.....apakah yg kita lakukan untuk membantu mereka? jangan ketika dan saat ini kita menuding jari kepada Jab Agama Islam kononnya mereka tidak menjalankan tugas? betul ke? jgn jadikan isu ini sebagai bahan murahan ceramah agar kita boleh hentam sesiapa sahaja...tanya diri dulu apa yg kita lakukan.....cukup sabarkah kita utk duduk dengan komuniti orang Asli selama bertahun tahun, menyebarkan, mengajar Islam kepada mereka seperti mana dilakukan oleh mubaligh Kristian di Sabah, ada yang hidup dengan org Dusun dan Murut sehingga menjangkau 15 tahun hanya kerana menjalankan misi dakwah Kristian mereka...persoalannya dimana KITA?

Ingatlah bahawa kita sebagai seorang Islam wajib berdakwah menyebarkan syiar Islam. Maknanya kita semua mempunyai peranan dalam sisi dakwah, samada peranan itu kecil atau besar, banyak atau sedikit, namun kita tetap berperanan. Intinya ialah, kita perlu menjadi manusia muslim yg berfaedah kpd diri, keluarga, masyarakat dan negara bergantung kepada kemampuan dan keupayaan kita. Itu tidak dapat dinafikan.

Hakikatnya, kehidupan kita sebagai individu, sebagai suami, bapa dan ketua keluarga juga merupakan sisi dakwah yg amat kritikal dan penting. Mudahnya, jadilah suri contoh teladan yg baik kpd anak anak, isteri, keluarga, jiran tetangga, masyarakat, rakan sekerja...itu sudah cukup sebagai dakwah. Contoh teladan yg bagaimana? itulah yg kita sering keliru...jadilah seorang Muslim yang baik..mengamalkan yg disuruh dan meninggalkan yg dilarang..dari perkara sekecil kecilnya kepada perkara yang sebesar besarnya..dari akhlak, sahsiah, sikap dan peribadi kepada perlaksanaan hubungan kemasyarakatan.

Masalah yg mendepani kita hari ini ialah, perkara asas pun tidak selesai bagaimana mahu bicara perkara yg lebih besar dan bersifat kenegaraan. Itulah antara permasalahan komuniti Islam di negara ini.

Saturday, January 8, 2011

akhlak pemikiran pertengahan.....

cintai seorg sekadarnya,kelak mungkin kau membencinya,bencilah seseorg sekadarnya,kelak kau mungkin akan sgt mencintainya.Justeru,analoginya ialah bersederhanalah dlm apa jua,menyukai/mengkritik/membenci atau apa saja.


what you sow you'ill reap


kalau dlm politik: sokong kerajaan seadanya...ATAU SEBALIKNYA...sokong pembangkang seadanya...tu baru part sokong...lum lagi part bersetuju dgn polisi: sokong polisi/dasar/manifesto apa yg patut...tolak ap yg patut..AMACAM?? Ok ka? 


memahami konsep lalu mengaplikasikannya dalam konteks kehidupan yg berbeza...perlu juga guna kaedah qias...lagipun qias ini bukan diguna utk mengambil hukum..tujuannya mudah; memperbaiki akhlak pemikiran ummah


ummah dan umat islam kita bejat pemikiran sekarang nih hingga hilang akhlak pemikiran....sesama sedara hentam ikut suka tak kira atas dasar politik mana sekalipun..tiada usaha murni pendekatan dakwah utk mendidik...membantai ada...


lalu yg terjadi ialah sesama kita...., sesama seagama, kita bercakaran kerana perbezaan pandangan dan pendapat terutamanya dalam berpolitik...hilang lah yang dimaksudkan perbezaan pendapat itu adalah rahmat...mengapa sedemikian? kerana gaya dan cara berpolitik kita adalah dalam kerangka demokrasi, penuh dengan politik kepartian, maka itulah yg terjadi..motif utama ialah memenangi pilihanraya lalau membentuk kerajaan. untuk memenanginya, tentulah ia berpaksikan kepada usaha untuk menjatuhkan pihak lawan yg diselaputi olehnya dengan apa jua wahana dan awadah sekalipun..tiada yg benarnya pada pihak lawan dan begitu juga sebaliknya.


amat sukar utk menerapkan konsep DAKWAH dalam berpolitik dalam kerangka demokrasi kecuali sang susuk itu benar benar memahami konsep dakwah dan sentiasa berpaksikan Islam sbg panduan. Sebab itulah Islam itu bukan demokrasi, Islam itu syura, bilamana syura itu menidakkan perebutan jawatan dan memandangnya sebagai beban, tanggungjawab yg berat serta amanah yg perlu dilaksanakan, yg jika tidak PADAH nya amat besar sekali di sisi Allah swt.


harus sy menyarankan kpd kalian utk bersederhana dalam segala segi..sikap, pendirian, pandangan, pendapat, sokongan, ungkapan, kata kata, kehidupan, pemikiran, keputusan serta semua segi dan aspek kehidupan...jika tiada wasatiah..maka masyarakat akan jadi rosak..contohnya...utk menegur seseorang kena bersederhana, kena pada tempatnya, kena kira bicara bahasanya, penuh berhikmah supaya yg terjalin tidak renggang....yg rakan tidak jadi musuh, yg baik tidak jadi dendam.... jika tidak sedemikian, maka lihatlah hari ini...kawan hentam kawan, ustaz hentam ustaz, jiran hentam jiran, aku hentam engkau, engkau hentam aku....bila kan ada kesudahannya???

Wednesday, January 5, 2011

apa nak dikata....

salam semua...


Minyak RON97 yang diapungkan mengikut harga minyak sedunia (tiada subsidi) naik lagi kepada rm2.40 bermula 5 Januari 2011!!.....apa nak dikata???


Rakyat akan terkesan, 'consumable goods' yg diguna pakai oleh rakyat marhean akan menerima tempias psikologi kenaikan harga Ron97.


Rakyat akan mula menuding jari menyalahkan sesiapa yg perlu....suatu perlakuan biasa reaksi manusia.


Sbg individu, tahap 'spending alert' kita akan meningkat, berhati2 dlm berbelanja, jika masih tidak berubah sikap, yg menerima kesan negatif kenaikan harga minyak ialah diri sendiri.


dan banyak lagi kesan limpahan harga minyak yg akan diperolehi...... 

Monday, January 3, 2011

berlumba lumba atau bersaing sengit

kita bukan digalakkan utk bersaing tetapi kita lebih digalakkan utk berlumba lumba...utk melakukan kebaikan....berlumba melakukan kebaikan itu bukan persaingan kerana natijah alamiah yg terhasil darinya berbanding dengan persaingan yg mewujudkan konflik...


kita sudah terbiasa melihat dlm kerangka persaingan sehingga lupa perkongsian ilmu....usaha perlu terus utk mengisi kekosongan wadah ilmu utk masyarakat dengan gaya dan kandungan yg dinamik, fokus dan spesifik terhadap keperluan dan permasalahan ummah dlm bentuk yg wassatiyyah....

Sunday, January 2, 2011

langkah demi langkah

Assalam semua...

tahun berganti..kian berlalu...kadang kadang aku sukar mengerti hakikat masa..ia seolah berulang kembali..namun lembaran baru hijrah 1432 mahupun masihi 2011 telah bermula...pantas meninggalkan kita walau diri terkadang hanya mampu memerhati....

yg lalu telah berlaku..mengukir pengalaman yg ku anggap baru buat diri...ya sebenarnya banyak yg aku harungi spt mana orang lain juga cuma dalam skrip yang berbeza......

tekanan adalah sesuatu yg pasti..aku tertekan?mungkin jua, tapi ku dapati, orang lain lebih tertekan dalam versinya sendiri...aku syukur dan redha pada Illahi....itulah yg paling mujarab utk melawaskan tekanan...pasrah!! sudah tentu sekali.....segalanya atas ketentuanNYA...tanpa sabar, pasrah dan redha..aku bukan manusia sebenar yg berpaksi iman padaNYA...sebaliknya aku mungkin kan terjerumus dlm lembah yg dalam tanpa ada ruang utk bangkit ke permukaan....

pengalaman ini telah menyoroti lembaran peristiwa yg ku lalui....sangat berwarna warni....secukup rasa..semuanya ada..ada pahit, manis, masam, masin, pedas malah ada yg tawar sekalipun..itulah bahagian utk diriku tahun ini..yg akan dtg aku tidak pasti....

yg paling ku hargai....nikmatNYA...dalam pelbagai rupa sekalipun, dalam pelbagai bentuk dan wajah peristiwa..samada yg ku lalui mahupun yg ke rentasi dari peristiwa org lain....akhirnya..semuanya tercantum indah tanpa disedari.....segalanya adalah skrip utk aku menjadi aku dan hamba kepadaNYA....

apapun aku hanya mengharap yg terbaik buatku, juga keluargaku, teman teman dan saudara saudari sekalian di Hijrah 1432 mahupun masihi 2011......mungkin kali ini giliranku kembali ke permukaan........