Thursday, November 25, 2010

Salam all....
THE price of netbooks under the 1Malaysia Netbooks Computer Initiative has been capped at RM1,000 each.
Information, Communications and Arts Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim said the sum was not only for the computers, but also for the software and six months’ broadband subscription.
“The 1Malaysia computer programme was allocated RM1bil under the Universal Service Provider (USP) fund to supply one million computers to those deserving, as announced by the Prime Minister on March 24,” he said in a written reply to Wee Choo Keong (Ind-Wangsa Maju).
Dr Rais also said that as at Nov 3, RM11.05mil had been disbursed to the USP license holder under the first phase of the programme.
“As at Nov 2, the USP fund had RM4.53bil in cash reserves,” he added
What went wrong? negotiations for highly priced netbooks is weak? market rate even though with 1 million orders of netbooks? it is ridiculuos, really?
The price could have been cheaper (all in one package)as the items can be bought in bulk.... 1 million netbook with tag price capped at RM1000 is still expensive..it should be priced at maximum price capped at RM400-RM500 (all in one package)....don't waste public money again.


Wednesday, November 24, 2010

Sedari atau tidak...

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Rintihanpesakit/Article/

Salam semua....

Sedari atau tidak, kita sedang dan telah menuju ke zaman dimana yg miskin seolah olah dilarang sakit kerana mereka tidak punya cukup wang utk membayar caj perkhidmatan hospital yg tinggi utk mendapatkan khidmat professional yg terbaik.

Sedari atau tidak, yang kaya boleh sahaja mahu sakit apapun kerana mereka punya segala keupayaan utk mendapatkan khidmat yg terbaik dimana mana hospital sekalipun.

Sedari atau tidak, perkataan sakit sudah menjadi suatu komoditi yang menguntungkan.

Malah doa, aktiviti bertahlil dan ber yasin sudah menjadi sangat komersil kerana bayarannya sangat menguntungkan.

Dahulu yg semuanya percuma sudah menjadi suatu hasilan yang sangat menguntungkan bahkan sangat menjerihkan utk menggunakannya biarpun sangat sedikit, seperti yang sangat berleluasa; AIR, lalu dilontarkan dan diberi segala macam justifikasi normal mahupun tidak untuk membolehkan segala keuntungan dikaut darinya kpd jelata.

Itu belum lagi yang kaya kan terus kaya kerana mereka wujud dalam sistem yang membolehkan mereka terus menjana keuntungan dan mengaut kekayaan manakala yang miskin kan terus miskin kerana terhadnya mereka terhadap 'access' untuk membina kekayaan. Hanya yang benar2 ampuh sahaja kan boleh keluar dari 'lingkaran syaitan kapitalis' lalu membina kehidupan yang menyenangkan.

Sedari atau tidak, sopan santun, adab susila, maruah, kehormatan, malu dan ahlak sudah menjadi begitu murah dan menjadi tidak ternilai langsung malah menjadi bahan mainan dan dagangan.

Sedarilah ia..kembalilah kita ke jalanNya, moga moga ada sedikit ruang utk kita perbaiki diri dan keluarga juga masyarakat agar mudah mudahan kita semua kan punya sedikit nilai kemanusiaan dalam kehidupan....kerana pastinya dunia ini bukan pengakhiran malah bersifat sangat sementara, bahkan akhirat lah yang hakiki..dimana manusia kan dihidupkan kembali selepas mati, malah kan hidup buat selama lamanya.

Pada saat dan ketika itu, tiada makna kpd umur, tiada makna pada kecantikan dan nafsu, kerana semuanya kekal abadi dan untuk membolehkan kita menikmati kesenangan sebegitu diakhirat kelak, bukanlah jalannya dengan 'berjual beli' hak diakhirat dengan menumpuk kekayaan dunia....hanya satu sahaja pilihan yang ada...iman dan taqwa..masyaallah

Monday, November 22, 2010

Cemuh, maki..tanda kolot, lemah fikiran

Salam semua...

addiinunnasiihah..agama itu nasihat.masalahnya.kita bg nasihat dgn objektif nk orgtu ikut nasihat kita.Bahagian yg ni adalah kunci MASALAHNYA.bila dia tak dengar/tidak ikut.apa kita buat?terus menasihati?putus asa nk nasihat?pi maki dia???selalunya kita pi 'balun' kt dia/hentam dia.Rasulullah saw tak gitu.dia terus nasihat tak berhenti dgn berbagai cara yg berhemah.part ni kita takde sivik/tak sabar.lps tu melaung sana sini...Islam semakin lemah, umat islam pecah belah..part yg kena sabar utk terus menasihati tu pun xleh wat nak melalak sana sini, tak malu ka..macam tak ada maruah.

Hangpa tidak suka, menyampah, benci..ok la,cuma jgn cemuh, maki,guna bahasa kesat, individu yang hampa maki, cemuh tu kot mana pun saudara seagama, kita duk cemuh maki, tidakkah kita dapat dosa...soal dia tak tunai amanah, tidak menjalankan tanggungjawab....itu memang salah dan dosa tambahan lagi kalau individu itu ialah seorang pemimpin...sebenarnya itu juga adalah pertanggungjawaban dia dgn Allah, kita pula tidak ada hak..hak apa? hak untuk mengeji, mencemuh..kita hanya ada hak utk tegur dgn berHEMAH dan minta dia tunai amanah atau juga hak untuk tidak mengundi si fulan jika ia melibatkan pemimpin parti politik mana mana sekalipun..setakat itu sahaja...kalau tak wat juga..serahkan padaNya..kita tiada hak nak memaki..tak pasal pasal dapat dosa jer maki org..org kita sangat lemah bab2 ni..xde sivik dan kesimpulannya tidak cukup matang (bukan belum matang cuma tidak benar2 cukup matang) jgn salah faham kenyataan ini.

Walau hakikatnya kita nak 'habaq mai' kepada orang lain tentang kebenaran..walau ia benar, tapi kebenaran yang berupa keburukan adalah kebenaran yang diharamkan untuk disebarluaskan....kerana ia akan jadi fitnah....tidakkah itu fitnah..lepas tu kita duk ajak org ramai pakat mai sokong dan setuju ngan kita..tak de hal la..cuma kalau aku la...aku pun menyampah ngan ajakan tu dan tentunya aku wat 'donno' jer..xbelajaq ka metod dakwah???

aku setuju gak..memang perlu nasihat menasihati...Islam semakin lemah, umat islam pecah belah..part yg sabar utk menasihati tu pun xleh wat nak melalak...sedih aku.kena faham juga bab bab terima nasihat ni sangat berkait jua ngan hidayah...selagi hidayah tak sampai...berbuih mulut ckp pun tidak berguna, namun kita perlu terus usaha utk mendatangkan kesedaran dan menasihati...dakwah bro...org melayu Islam bab2 dakwah...kalau ikut gred UPSR setakat C jer...byk yg dah dibuat dan byk lg yg perlu diperbaiki

memang kita disuruh bersabar...dalam dakwah ni kena banyak sabar...buat dah banyak hasil sedikit sahaja tu yang kena bersabar....namun kebanyakkan kita tak paham..setakat mana perlu sabar sbb sabar itu sendiri tak ada meter utk diukur...yg kedua, kalau dah tak sabar kena wat apa..kena blow up ker?itu salah juga...bila tak sabar=marah >duduk+wuduk/mandi+solat sunat=menghilangkan marah/xpuashati

formula kebanyakan kita bila tak sabar: mesti blow up..keluar segala mcm bahasa dan makian(keluar lak kat facebook@blog@twitter@etc)org lain baca,org lain join sekaki..1 dosa multiply kpd byk dan beribu2 org dh mcm MLM..akhirnya benarlah kata Rasulullah saw...akhir zaman fitnah berleluasa/bertebaran di atas mukabumi,dosa juga melata,usaha yg disangka kononya ingin menyedarkan org lain sudah jadi suatu nista dan dosa berpanjangan sifatnya...diakhirat kelak kita jadi bangkrap sbb segala amalan telah jadik zero..maafkan sy kerana tiada niat sy menujukan ini kpd sdri atau sesapa..sekadar ungkapan/peringatan umum

Hati 'karat'...

bila hati diselubungi 'karat', kita kan sama sama mudah sekali bersifat 'suuk dzonn' atau bersangka buruk hanya dengan 1 khabar berita yg belum tentu sahih..lalu kita terjemahkan sangkaan buruk itu dalam kenyataan dan posting tidak berfakta@tanpa bukti lalu sama juga akhirnya jadilah fitnah bertaburan dan melata di mukabumi sebegitu juga dosa.

Sunday, November 7, 2010

cuba buat sebaliknya..'reverse' mana yg boleh

Salam....


Tentunya ada sudah baca kenyataan saya tentang perkara ini..."ingatlah, bahawa apa yg kita khabarkan (mungkin fitnah atau mengandungi fitnah) lalu dibaca oleh orang lain, ditokok tambah kemudiannya dan menjadi perkhabaran baru (fitnah yg asalnya 1 sudah bertambah menjadi 2, atau 3 atau lebih banyak) dan akhirnya menjadi berantaian...dalam keadaan sedemikian, dosa yg datang bersamanya juga bersifat berantaian..akhirnya bertambah dan semakin bertambah dosa yg terpalit dan perlu ditanggung oleh semua dalam rantaian tersebut terutamanya pemula berita."


Cuba buat pendekatan yg sama, menyusur tetapi dalam kandungan yang berbeza..disebalik kenyataan dan berita yg merapu..marilah beramai bina berita yg bermanfaat lalu kita sebarkan seluasnya..agar yg datang bersamanya ialah 'RANTAIAN PAHALA' yang sentiasa mendatangi kita...sekurang kurangnya bila nanti ditanya oleh Sang Pencipta, bila disoal oleh Yg Maha Tahu....kita boleh menjawab bahawa melalui ICT, melalui blog, facebook, twitter dan laman sesawang yg lain kita telah sebarkan kebaikan dan membawa berita yg baik dan positif utk diri, sahabat, keluarga, rakan taulan dan umat manusia seluruhnya.... rasanya, tidak perlu terlalu jauh melihat ke akhirat, hatta sekarang pun kita akan lihat kesan limpahan positif yg terbina kepada masyarakat dan ummah dalm pemikiran dan cara berfikir dan memahami kehidupan....tentunya akan dapat kita lihat dan kecapi kesannya.

Cerita politik..

Salam to all...

Somebody asked me..why not me discuss political issues? I said while laughing....first I answered....who is me to talk about and discuss politics? Second...there are others who have already discussed about it...Third..i know nothing much of the issues, therefore, it is not fair for me to discuss political issues while knowing only the 'face value' of the news..i don't know in depth....I read as you read from mainstream media as well as sources from the opposition party...so, why should I? I am pretty much concern on the moral, ethical and religious issues and how we stand for in each of the issues...Finally, I care for and love Malaysia as it is...but it is my part and role to contribute to the society as much as I can within my own capacity....which I keep on doing so in this manner by sharing with you people something that triggers my concern and thought. Thanks a lot...

Kita terpedaya dan keliru dalam pemikiran...

Salam semua...

Coretan ini dinukil sebagai maklumbalas terhadap kebejatan kenyataan yg dibuat di dada akhbar mahupun blog. Pernah dalam catatan di blog ini perkara yg sama aku timbulkan. Isunya ialah, kecaman@komen@kenyataan yg dibuat terhadap mana mana individu secara terbuka atau sebagai mengulas atau apapun yg dijadikan nilai berita. Apa masalahnya? Masalahnya ialah lunturnya etika, hilangnya tatasusila, leburnya adab dan kesopanan didalam memberi kenyataan lantas melahirkan kekeliruan dan kebejatan dalam masyarakat, natijahnya, rosaknya pemikiran dan ketenangan 'fikiran'.

Lihatlah, apa isu yg tidak keluar dalam berita(samada media massa, berita tv, blog dan coretan peribadi), apa berita yg bukan berita tetapi dijadikan nilai berita. Pasangan cerai atau baru melalui proses cerai mendapat liputan meluas terutamanya cerita artis 'Melayu' pula tu seolah olah yang menjuarai cerai berai ini ialah org Melayu..aduhai!!! Sakit kepala dibuatnya....itu belum lagi komen komen lain bersifat menghina dan menafikan seolah olah tiada langsung secebis kebaikan pada diri seorang individu tersebut terutamanya yang bersifat politik...jika benar politik itu kotor, jangan lah kita menambah kekotoran sedia ada, jadilah kita org yg cuba membersihkan kekotoran walau mungkin diketahui hakikat bahawa kekotoran itu tidak mungkin bersih. Berpeganglah pada prinsip bahawa kita ini mempunyai peranan dakwah, peranan menasihati, peranan mengajak kebaikan dan meninggalkan kemungkaran kepada saudara mara, keluarga, orang lain dan juga masyarakat.

Jika tiada prinsip sedemikian atau tidak mampu berlaku sedemikian, jgn terlibat langsung, hentikan tohmahan, elakkan dari memberi komen dan menjadikan sesuatu itu bahan berita walhal kandungannnya langsung tiada nilai berita...ingatlah, bahawa apa yg kita khabarkan (mungkin fitnah atau mengandungi fitnah) lalu dibaca oleh orang lain, ditokok tambah kemudiannya dan menjadi perkhabaran baru (fitnah yg asalnya 1 sudah bertambah menjadi 2, atau 3 atau lebih banyak) dan akhirnya menjadi berantaian...dalam keadaan sedemikian, dosa yg datang bersamanya juga bersifat berantaian..akhirnya bertambah dan semakin bertambah dosa yg terpalit dan perlu ditanggung oleh semua dalam rantaian tersebut terutamanya pemula berita. Inilah yg diungkap oleh Rasulullah saw bahawa diakhir zaman nanti fitnah menjadi sangat berleluasa dek kerana cepatnya berita tersebar lalu rosaklah pemikiran masyarakat. Para pengulas 'berlesen mahupun tidak' mengulas seenaknya tanpa batas dan had walhal maklumat yg diperoleh oleh pengulas itu amat sedikit utk membolehkan ia diulas dengan jujur dan bermakna..maka bertambah lagi lah dosa umat Islam dikalangan umat islam. Keadaan ini seumpama.....memberi khabar (berupa fitnah) dan mengajak semua orang berbuat DOSA atas khabar yg disampaikan lalu menyebarkan dan berkongsi DOSA tersebut beramai ramai di seantero jagat.

Terkadang kita tersilap juga mentafsirkan sesuatu berita yg pada anggapan kita bukan fitnah walhal sebenarnya adalah fitnah..ini sering juga berlaku..justeru kita mesti bersikap menyemak dulu perkhabaran sebelum membuat sebarang kesimpulan terhadap perkhabaran..ini jelas dinyatakan dalam al-Quran..jika datang kepada kamu suatu perkhabaran oleh seseorang yg fasik (dlm keadaan ini berita yg tidak jelas asal usulnya dianggap berita yg fasik ataupun yg membawa khabar itu seorang yg fasik) maka hendaklah 'fatabaiyanuu' diselidiki dahulu. Jgn buat kesimpulan sembrono. Kena ada 'filtering system' dalam diri. Jangan begitu teruja utk membuat komen dan tindakbalas.

Terkadang kita bolehjadi sesat walau dalam cahaya....nauuzubillah


Aku, Lim dan Islam

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sama-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM. Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama. Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. kadangkala, jika ada kenduri kendara> dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim. Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya. Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.

Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya. " He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago. ..Subhanallah!

Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku. Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan. ..

Assalamualaikum..Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang. Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah. 'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang" Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.

Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak? .Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa? Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean? Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house. Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni? Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian? Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka? Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain. Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah dengan melahirkan kau didalam keluarga Islam. Tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku. Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah. Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah?Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah. Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir. Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! (aku sendiri selama ni lebih pandai komen org lain, kritik org lain, sindir/maki sana sini....ckp org lain tak betul...tapi aku tak buat apa apun hatta utk berdakwah kpd keluarga atau org Islam sendiri utk memperbaiki diri dan menjadi Muslim yg lebih baik...aduuhh... aku lebih pentingkan diri sendiri selama ini) dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar. Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.

Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin berdakwah! Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serius tentang kebenaran Islam? Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.
P/s : Sebagai Tauladan.. 

Monday, November 1, 2010

Bajet 11....apa yg ku lalui dan fahami....



by Alwi Mohd Yunus on Saturday, October 16, 2010 at 1:56pm
Bajet 11 telah sedikit sebanyak memberi impak pemikiran kpd mindaku. beberapa pakej rangsangan yg diberikan berupa ole ole dan juga peruntukan demi kesejahteraan rakyat telah membuat ku mengumam tentang sesuatu. Ini bukan mengecam mahupun menidakkan apa yg terkandung dalam Bajet 11. Ini cuma pandangan peribadiku dari sudut yg berbeza.

Apa sebenarnya yg rakyat mahu? Siapa mereka dan apakan kemahuan mereka di semua peringkat? Secara umumnya aku rasa lanjutan dari bicara sesama golongan marhen seperti ku jua...bicara ku sesama org kampung ku sendiri dan juga teman teman seangkatan. Ada perkara pokok yg aku rasa agak kurang diberikan fokus dalam Bajet 11..tak tahulah, mungkin aku terlepas pandang kerana aku tak berapa 'reti' bab ekonomi..namun punya hati besar ingin turut sama memberi komen bab bab ekonomi nih, walau ilmu tak 'de' la seberapa...tapi aku juga bukan bodoh untuk tidak mengerti langsung ataupun untuk tidak bersikap kritikal terhadap apa jua yg dibentangkan.

Aku rasa rakyat peduli semua perkara yg dibentang dalam Bajet 11 dan juga turut peduli tentang 'harga barangan' yg kelihatan tidak diberi penumpuan kecuali duti jualan yg tidak dikenakan ketas 300 jenis barangan. Kelakar juga sebab org kampung tak peduli soal pewarna rambut, beg tangan mahupun apa sahaja yg tersenarai dalam 300 barangan yg aku sendiri pun tidak mendapati sehingga sekarang senarai penuhnya..Mungkin sedikit masa lagi akan diumumkan senarai 300 barangan tersebut. Oh ye..apa yg kebanyakan orang mahukan. Sebenarnya aku rasa berdasarkan penilaian dan maklumbalas yg diterima, kebanyakan orang sangat peduli soal harga barangan asasi rakyat...beras, gula tepung dan lain lain lagi. Bagaimana kerajaan berusaha untuk menurunkan harga barangan tersebut? tidak dinyatakan sama sekali..aku pernah menyentuh perkara ini dalam blogku. 

Ya benar...kita ingin tahu macam mana nak urus soal 'suapan'..bagaimana nk kurangkan kos dan harga barangan makanan tersebut. semua mahal sekarang ni..pergi pasar malam pun mahal, kedai runcit lagi le mahal, supermarket seruper gak ngan hypermarket..apatah lagi pasar borong. Cuma di pasar borong agak murah sedikit la. Jenuh gak la nk gi pasar borong..jauh beb!

Kalau la harga susu dipasaran diturunkan.....kan ke bagus..gula turun 20 sen..tepung 20sen..dan macam2 lagi. Ini bab kebajikan rakyat juga..kebajikan yg bersifat harian, sesuatu yg perlu di 'consume' secara harian. Kalau habis kat dapur memang kena beli, ada duit ke tak de duit ke memang kena 'start' kereta atau motosikal pergi kedai beli, tgh malam ker, pagi hari lagi ker, sebelum sembahyang jumaat ke...on the way nk gi kenduri kahwin ker atau dalam keadana mana sekalipun, memang kena beli..sebab itu produk 'consumer'. Iskkk jenuh ler kita.

Ni nak banding ni (walaupun orang tua nasihat jgn suka banding banding) buruk perangai katanya......aku peduli gak nasihat org tua2..cuma dlm konteks ni..perlu diketengahkan soal perbandingan itu supaya lebih terbuka sedikit pemikiran...kalau idak manjang jer bersyukur MEMBABI BUTA..padahalnya keadaan yang berlaku amat tidak realistik....apapun samada realistik ke idak, anda buat penilaian sendiri...sebagai contoh susu segar di UK yg diedar dalam botol dan dihantar dari pintu rumah ke pintu rumah..harga sebotol hanya 19pence...kalau di darab ngan 'let's say' dengan kadar tukaran wang semasa dlm sekitar rm0.95 sen....sebotol tu lebih kurang dlm 850ml. murah ke idak? lu pikir la sendiri bak kata si pelawak Nabil. Tu kat UK...rasanya Australia pun serupa juga. sebab tu ramai hijrah kat sana sebab 'cost of living relatively maintain at low price'...walau tak semua benda murah kat sana tapi secara keseluruhan dasar 'welfare' negara tersebut agak bagus untuk kita buat dan laksanakan di sini.