Malaysia mempunyai populasi seramai 25 juta, sebahagian darinya iaitu kira 11.5 juta ialah golongan muda. Berdasarkan statistik ini,ternyata dari segi bilangan, mereka adalah golongan yg amat berpengaruh secara kumpulan. Suara mereka mempunyai peranan dan membentuk aliran pemikiran muda di dalam masyarakat. Dalam konteks politik, mereka inilah yg pulang ke kampung masing-masing dan membentuk pemikiran serta mengolah cara berfikir mereka yg berada di kampung. Manakala di bandar pula, golongan muda inilah yg membentuk pola pemikiran tertentu dlm aspek sosial, politik dan terutamanya ekonomi.
Memahami interaksi yg pelbagai dikalangan generasi muda ini sangatlah penting dan utama. Siapakah mereka? Apakah pola pemikiran mereka? Apakah yg membentuk cara mereka berfikir? Siapa yg mempengaruhi mereka? Bagaimana mereka terpengaruh? Bagaimana mereka membentuk pola pemikiran dan apakah faktor faktor yg membentuk? Untuk mengetahui semua maklumat ini perlu ada strategi tersusun dikalangan pembuat dasar dan pihak pemimpin atasan. Perlu ada mekanisma jangka pendek dan jangka panjang, perlu mengetahui apa sebenarnya yg menjadi faktor pemangkin pola pemikiran mereka.
Memang benar, mungkin tiada suatupun jawapan yg pasti terhadap isu pemikiran generasi muda ini, namun ia tidak semudah yg difikirkan. Ia tidak semudah yg dijangkakan dan ia tidak semudah utk diselenggara. Ia memerlukan input yg benar dan tepat, bukan sekadar hasilan perbincangan pakar pakar semata mata malah ia perlu lebih mendalam lagi dengan melibatkan kutipan dan dapatan dari responden iaitu golongan muda dari pelbagai peringkat samada di bandar, di luar bandar, yg berpendapatan rendah, berpendidikan tinggi dan sebagainya. Justeru, perlu ada usaha penyelidikan yg menyeluruh terhadap pola pemikiran generasi muda ini, bukan sekadar penyelidikan biasa semata semata yg hanya mencapai satu dua objektif namun usaha penyelidikan yg melibatkan kelompok para penyelidik yg ramai dlm pelbagai bidang seperti politik, sosiologi, ekonomi, psikologi, media baru atau komunikasi massa, ICT, bidang maklumat dan sebagainya. Setiap satu disiplin menumpukan kepada beberapa objektif yg berkait rapat dgn bidang bidang tertentu dan aspek kritikal berkaitan generasi muda serta pola pemikiran mereka. Ia juga harus mencakupi pelbagai lapisan generasi muda.
No comments:
Post a Comment