Wednesday, January 21, 2015

Tercari dan mencari.....

Assalamualaikum wrt. wbt.

Tercari cari...lalu ketemu dengan KONONnya apa yang dicari dan menyangka bahawa itulah yang diCARI tanpa sedar bahawa ia bukanlah apa yang diCARI......akhirnya terjerumuslah ke "dholaalah". Walhal sebenarnya, apa yang dicari itu sudah ada sejak sekian lama didepan mata.....Hanya sanya kita sedar atau tidak? Dek kerana tiada ilmu untuk menyedari bahawa ia yang kita CARI selama ini. 

Belajarlah, dan bergurulah kalian dengan guru murshid dan muktabar, bukan guru sesat dan menyesatkan. Fikirkan pula kemudian, tapis lah pula, tanyalah soalan kepada guru atau ustaz, rujuklah alQuran dan asSunnah. Tapis lagi dan lagi, fikir dengan kefahaman jika kalian merasa ada sesuatu yang ganjil dan pelik akan sesuatu ilmu atau perkhabaran lalu tanyakan mengapa ia tidak sama malah amat berbeza dengan kebanyakan orang, semaklah ia, tanya pula kepada ramai guru atau ustaz sehingga kalian pasti akan sesuatu kebenaran, bukan semata mata bergantung hanya kepada seorang guru atau ustaz.

Allahu mustaan..... 

Justeru, agar tidak SESAT dihujung jalan, Nabi saw menunjuk caranya dengan doa 

"اللَّّّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْياَ وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَجَّالِ." 
Muslim No 588


Dan juga doa “Allahumma, ya muqallibal-qulub, thabbit qalbi ‘ala dinik wa ‘ala thoatik”
حَدَّثَنَا هَنَّادٌ حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ أَبِي سُفْيَانَ عَنْ أَنَسٍ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُكْثِرُ أَنْ يَقُولَ يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ آمَنَّا بِكَ وَبِمَا جِئْتَ بِهِ فَهَلْ تَخَافُ عَلَيْنَا قَالَ نَعَمْ إِنَّ الْقُلُوبَ بَيْنَ أُصْبُعَيْنِ مِنْ أَصَابِعِ اللَّهِ يُقَلِّبُهَا كَيْفَ يَشَاءُ قَالَ أَبُو عِيسَى وَفِي الْبَاب عَنْ النَّوَّاسِ بْنِ سَمْعَانَ وَأُمِّ سَلَمَةَ وَعَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو وَعَائِشَةَ وَهَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ وَهَكَذَا رَوَى غَيْرُ وَاحِدٍ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ أَبِي سُفْيَانَ عَنْ أَنَسٍ وَرَوَى بَعْضُهُمْ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ أَبِي سُفْيَانَ عَنْ جَابِرٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَحَدِيثُ أَبِي سُفْيَانَ عَنْ أَنَسٍ أَصَحُّ
At Tarmizi No 2066

Tuesday, January 20, 2015

Sumber Daya Insani....

Assalamualaikum wrt wbt....

Beberapa ketika yang lalu, saya berurusan dengan sebuah agensi di Kuala Lumpur bagi menempatkan pelajar pelajar saya untuk praktikal di organisasi tersebut....lalu saya merujuk seorang teman yang posisinya sudah besar di situ.....dalam urusan terbabit saya perlu merujuk kepada Bahagian Sumber Manusia......apabila saya merujuk kepada Bahagian Sumber Manusia....sang teman telah memaklumkan bahawa TIADA Bahagian Sumber Manusia di agensinya....

Sekonyong konyongnya aku terkejut dan bertanya...."Bahagian manakah yang meladeni soal soal pengurusan sumber manusia?"

Sang teman menjawab "Oh itu..diurus oleh Bahagian Sumber Daya Insani yang juga merujuk kepada Bahagian Sumber Manusia" jelas rakan ku.

Aku kaget dan ia menyebabkan aku berfikir....bahawa terma sumber daya insani ini lebih memberi makna yang ampuh berbanding terma yang biasa kita gunakan.

Terus saat itu aku mengagumi organisasi ini kerana memberi perhatian khusus kepada insan atau manusia lalu dalam usaha itu telah memartabatkan tenaga kerja itu dengan mengkhususkan suatu jabatan yang diberi nama Jabatan Sumber Daya Insani.

Jelas disitu ia memberi makna yang mendalam bahawa manusia itu punya potensi potensi yang menjadi sumber daya saing kepada persyarikatan mahupun organisasi. Lalu aspek kepentingan organisasi ini diberi perhatian utama dengan meliputi konsep insani iaitu aqal, fizikal atau jasmani, roh, kebolehan intelektual dan kemahiran yang dimiliki yang merupakan potensi potensi potensi yang perlu digarap menjadi SATU garapan yang akan menatijahkan hasil hasil yang bermakna dan seimbang menurut pengertian alQuran dan As Sunnah.

Inilah keseimbangan yang dituntut dalam mengenalpasti sumber daya yang ada pada seseorang insan itu. Jika tidak, maka potensi potensi yang dipertontonkan hanya bersifat duniawi lantas perspektif yang wujud hanya melihat potensi manusia dari sudut duniawi dengan mengenepikan potensi rohani.

Mudahnya ialah, apa gunanya punya sumber daya iaitu "manusia" yang hebat intelektual dan potensi diri akan tetapi tidak punya AKHLAK. Individu yang hebat serba serbinya tetapi tiada punya IMAN dan TAQWA. Tidakkah garapan dan hasilan itu sangat bersifat sekular dan material semata mata nanti? Lalu akan menyebabkanm "fasad" dan mungkar di atas mukabumi ini?

Dengan lebih mudah lagi, jika kita teliti dalam senario dunia pada hari ini, mahupun masyarakat, akan jelas ternampak betapa ramainya profesional dan pakar dalam segala hal dan bidang akan tetapi sombong dengan kepakaran dan kemahirannya kerana tiada punya IMAN dan TAQWA. Golongan golongan ini punya segala kemahiran, potensi, dan ilmu akan tetapi GERSANG nilai ukhrawi. Dia mungkin seorang ahli perbankan yang hebat akan tetapi dia juga yang melakukan jenayah kolar putih. Dia mungkin seorang politikus yang hebat akan tetapi dia menyeleweng dan rasuah serta pecah amanah. Inilah kebejatan kebejatan yang berlaku apabila SUMBER DAYA INSANI tidak dipupuk secara seimbang.

Sedemikian rupa, lebih baik punya seorang pekerja yang biasa biasa akan tetapi dia seorang yang amanah. Tetapi hari ini, nilai sudah berubah. Nilai ukhrawi tidak dipandang bahkan diketepikan, yang tinggal hanyalah sesalan dan kebobrokan yang berlaku didalam masyarakat. Saat itu kita dengan mudah hanya MENUDING JARI semata mata. 

Walhal setiap diri punya tugas dan amanah untuk mendidik generasinya, ahli keluarganya agar punya nilai insani yang seimbang antara potensi diri dan kemahiran dengan IMAN dan TAQWA........inilah islah dan tajdid yang perlu kita pegang utuh agar mampu kita bangunkan sumber daya insani diperingkat paling asas iaitu keluarga kita sendiri.....


Thursday, January 15, 2015

Bina dan pecah

Assalamualaikum wrt wbt....


Kita bina dan pecahkannya. Ada yg memecahkan kemudian bina kembali. Ada yang bina dan terus bina yang baharu. Ada yang sentiasa memecahkan apa yang dibina oleh dirinya sendiri. Ada pula yang suka memecahkan apa yang orang lain bina.....

Kelakarnya kehidupan manusia. Yang baik nampak buruk manakala yang buruk nampak baik....buta mata hati kerana tidak nampak apa yang patut dilihat atau melihat apa yang tidak nampak. Peliknya manusia ini kerana mempercayai yang tidak nyata dalam sangkaan sangkaan kehidupan manakala yang tidak nyata bahkan pasti akan nyata tidak pula diambil endah. Walhal jika buruk maka perbaikilah, berilah peluang dan usahakanlah agar ia dapat diperbaiki kerana usaha itu sendiri mendapat ganjaran yang besar dari Illahi. Jika kita sendiri buruk akan tetapi kita menganggap orang lain buruk lalu kita ingin perbaiki orang lain, sesungguhnya itu tidak kena caranya. Kita perlu insaf akan diri dan perbaiki diri dahulu barulah kita usahakan untuk perbaiki orang lain.

Akhirat itu nyata akan tetapi siapa yang peduli....masa depan dan aturan kehidupan akan datang adalah sesuatu yang tidak pasti akan tetapi itulah yang mahu dipastikan dalam dunia ini.....syurga yang pasti nyata walau tidak nyata sekarang tidak dipeduli lalu neraka menjadi habuan.

Tidakkah cabaran dan masalah yang hadir dalam hidup itu datangnya dari Allah? Tidakkah apa yang berlaku dalam hidup ini datangnya dari Allah----lalu kita lari darinya walhal menghadapinya adalah berganda pahalanya? Benar....ia tidak semudah dibicara....

Hakikatnya Allah tidak menjadikan sesuatu tanpa hikmah dan sebab....kita harus membuat pilihan pilihan itu. Pilihan yang jahanam atau pilihan yang damai dan indah natijahnya. Jika emosi menjadi dorongan dalam membuat pilihan, ketahuilah bahawa pilihan yang dibuat itu tidak tepat walau betapa banyak mesyuarat yang dilakukan untuk membuat pilihan pilihan tersebut.

Benar, manusia bebas membuat pilihan. Akan tetapi dasarnya ialah redha Allah dan patuh shariah...

Jika tiada redhaNya, walau apa pilihan yang telah diambil----ia hanya menuju pesongan dan cerun yang amat dalam. Sukar untuk kembali. Membuat pilihan ialah sesuatu yang sukar....tidak semudah berbicara tentangnya....ia menjadi mudah jika landasnya ialah alQuran dan asSunnah serta redha Illahi....contoh paling mudah, "cerai" dalam perkahwinan ialah pilihan akhir yang ada akan tetapi perbuatan itu tetap dimurkai Illahi. Jika sabar suami isteri, walau siapa yang terluka, pastinya imbuhan kesabaran itu ialah syurga. Sakitnya di dunia akan tetapi anugerahnya di akhirat.

Itulah yang pernah ditunjukkan dalam sejarah....sakitnya di dunia apabila Nabi saw dibaling batu lalu mengalir darah, diejek dan dinista malah di pulau oleh bangsanya sendiri hanya kerana mahu menegakkan agama Allah, manisnya dimana? Lihat lah setelah itu, bukankah Islam telah berdiri megah....tidakkah kita memerhati dan mempelajari dari apa yang dicontohkan oleh Nabi saw. Lalu jenis umat apakah kita ini jika kita tidak mengambil apa yang dicontohkan oleh Nabi saw? Layakkah kita kata kita kasihi dan sayangi Nabi saw dan mengaku umatnya jika kita bertindak dan membuat pilihan umpama apa yang ditunjukkan oleh Nabi saw.

Itulah pilihan yang telah dicontohkan oleh Nabi saw. Pilihan pilihannya dalam melaksanakan misi dakwah. Ia boleh sahaja dikaitkan dengan seluruh kehidupan kita hari ini kerana prinsip dakwah Nabi saw ialah "رحمة للعالمين" iaitu rahmat ke sekelian alam---rahmat sekalian alam itu menunjukkan betapa universalnya dakwah Nabi saw dan sifat universal atau prinsip universal kehidupan ini membolehkan ia dicontohi zaman berzaman. Ia tetap relevan, boleh diguna pakai dalam kehidupan kita pada zaman moden ini.

Itulah asas kita membuat pilihan, agar pilihan yang dilakukan itu patuh shariah iaitu berlandas alQuran dan asSunnah serta mendapat redha Illahi....

Cuba sesekali retrospek diri....adakah kita membuat pilihan bina dan pecah, pecah dan pecah, bina dan bina, atau pecah dan bina.....?

Sent from my iPhone

Wednesday, January 7, 2015

Cobaan.....

Assalamualaikum wrt wbt



Manusia yang beriman pasti diuji dengan pelbagai cabaran. Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Munqidh min al-Dholal (penyelamat dari pada kesesatan) ketika beliau dalam dilema sama ada mahu memilih dunia ataupun akhirat menceritakan:

“Lama juga aku berfikir, maka timbul keiniginan hendak meninggalkan kota Baghdad dengan kesenangan. Namun, kemudian murung juga dan hati masih ragu-ragu. Keinginan keras pada waktu itu bagi menuntut kebahagian abadi, menjadi lemah pada petang harinya. Nafsu duniawi menarik hatiku ke arah kedudukan, nama, dan pengaruh, namun iman berseru, 'bersiap-siaplah, usia hampir berakhir, padahal perjalanan sangat jauh. Ilmu dan amalmu hanya sombong dan berpura-pura. Jika tidak sekarang, bila mahu bersiap?' Kemahuan bertambah keras bagi membebaskan diri. Namun, syaitan kembali pula: 'Ini hanya penyakit sementara. Jangan bimbang kerana penyakit ini akan segera hilang. Sayang, jangan kau tinggalkan kedudukanmu yang tiada taranya ini, kelak engkau menyesal kerana tidak mudah kembali kepadanya'.”
Berdasarkan pengalaman itu, dapat kita fahami bahawa perjalanan menuju iman yang hakiki itu pastinya sentiasa diuji oleh keindahan dunia, baik dari segi kebendaan, jawatan ataupun juga pangkat. Mengapa? Ini kerana hati dan nafsu manusia sentiasa didorong bagi menyukai dan mencintai dunia yang sementara. Inilah cabaran iman. Hanya Iman yang teguh sahaja mampu mengawal nafsu manusia.

Memahami hakikat keimanan seseorang itu akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t dalam pelbagai bentuk dan peristiwa kehidupan. Ujian keimanan dapat membantu kita supaya sentiasa waspada dengan kelekaan dunia dan sentiasa mengarah kepada tujuan sebenar kejadian manusia. Jika seseorang itu berjaya melepasi ujian itu, darjah keimanan naik satu tingkat dan pada tingkat yang seterusnya, dia akan diuji lagi. Proses ini adalah suatu perjalanan bagi setiap individu memantapkan keimanannya.

“Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan daripada apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi ataupun secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian.”

Surah Al-Fatir: 29


Excerpt from my book KOMPAS JIWA: Mencari jalan yang benar, menuju jiwa bahagia....