Kita bina dan pecahkannya. Ada yg memecahkan kemudian bina kembali. Ada yang bina dan terus bina yang baharu. Ada yang sentiasa memecahkan apa yang dibina oleh dirinya sendiri. Ada pula yang suka memecahkan apa yang orang lain bina.....
Akhirat itu nyata akan tetapi siapa yang peduli....masa depan dan aturan kehidupan akan datang adalah sesuatu yang tidak pasti akan tetapi itulah yang mahu dipastikan dalam dunia ini.....syurga yang pasti nyata walau tidak nyata sekarang tidak dipeduli lalu neraka menjadi habuan.
Tidakkah cabaran dan masalah yang hadir dalam hidup itu datangnya dari Allah? Tidakkah apa yang berlaku dalam hidup ini datangnya dari Allah----lalu kita lari darinya walhal menghadapinya adalah berganda pahalanya? Benar....ia tidak semudah dibicara....
Hakikatnya Allah tidak menjadikan sesuatu tanpa hikmah dan sebab....kita harus membuat pilihan pilihan itu. Pilihan yang jahanam atau pilihan yang damai dan indah natijahnya. Jika emosi menjadi dorongan dalam membuat pilihan, ketahuilah bahawa pilihan yang dibuat itu tidak tepat walau betapa banyak mesyuarat yang dilakukan untuk membuat pilihan pilihan tersebut.
Benar, manusia bebas membuat pilihan. Akan tetapi dasarnya ialah redha Allah dan patuh shariah...
Jika tiada redhaNya, walau apa pilihan yang telah diambil----ia hanya menuju pesongan dan cerun yang amat dalam. Sukar untuk kembali. Membuat pilihan ialah sesuatu yang sukar....tidak semudah berbicara tentangnya....ia menjadi mudah jika landasnya ialah alQuran dan asSunnah serta redha Illahi....contoh paling mudah, "cerai" dalam perkahwinan ialah pilihan akhir yang ada akan tetapi perbuatan itu tetap dimurkai Illahi. Jika sabar suami isteri, walau siapa yang terluka, pastinya imbuhan kesabaran itu ialah syurga. Sakitnya di dunia akan tetapi anugerahnya di akhirat.
Itulah pilihan yang telah dicontohkan oleh Nabi saw. Pilihan pilihannya dalam melaksanakan misi dakwah. Ia boleh sahaja dikaitkan dengan seluruh kehidupan kita hari ini kerana prinsip dakwah Nabi saw ialah "رحمة للعالمين" iaitu rahmat ke sekelian alam---rahmat sekalian alam itu menunjukkan betapa universalnya dakwah Nabi saw dan sifat universal atau prinsip universal kehidupan ini membolehkan ia dicontohi zaman berzaman. Ia tetap relevan, boleh diguna pakai dalam kehidupan kita pada zaman moden ini.
Itulah asas kita membuat pilihan, agar pilihan yang dilakukan itu patuh shariah iaitu berlandas alQuran dan asSunnah serta mendapat redha Illahi....
Cuba sesekali retrospek diri....adakah kita membuat pilihan bina dan pecah, pecah dan pecah, bina dan bina, atau pecah dan bina.....?
Sent from my iPhone
No comments:
Post a Comment