Showing posts with label ajaran sesat. Show all posts
Showing posts with label ajaran sesat. Show all posts

Tuesday, November 3, 2015

Mencari Pencipta diri...



Saat ini jika masih mencari...
Melilau dan mencari merata rata
Merasa gelap tidak terkata
Menjejak rasa dan petua
Usaha bersungguh tanpa mengira
Bimbang kan terjebak dalam nuansa
Sesat dan menyesatkan ianya

Saat ini jika masih mencari....
Dimana Islam Iman dan Ihsan ini
Walhal ada didalam hati 
Quran dan Sunnah permata bererti
Teliti dan sudahi makna terperi
Tafsir yang diberi difahami
Sejarah dan pengorbanan ditelusuri
Agar mengerti apa yang dicari

Image result for self islamic imagesSaat ini jika masih mencari....
Hingar diri seolah mencari dan ketemui
Tanpa sedar diri diresapi
Syaitan yang sentiasa menanti
Memesong dan menyesat diri
Lalu insani merasa seolah pasti
Jalan kebenaran telah pasti
Perasan akan kebenaran diri
Menyesat yang lain menjadi insani
Terlupa bahawa "dholaalah" yang diberi
Image result for self islamic images
Saat ini jika masih mencari....
Yang dicari jauh tak terperi
Tak endah yang yang ada disisi
Sunnah dan kalam Illahi
Belum pernah terungkai dan difahami
Kaku diri memahami

Saat ini jika masih mencari....
Carilah dalam wahyu Illahi
Bukan dalam percik ketakjuban diri
Yang ada adalah ujub dan bangga diri
Seolah pasti kebenaran milik diri
membiar kesesatan menjadi kompas hati

Wednesday, January 21, 2015

Tercari dan mencari.....

Assalamualaikum wrt. wbt.

Tercari cari...lalu ketemu dengan KONONnya apa yang dicari dan menyangka bahawa itulah yang diCARI tanpa sedar bahawa ia bukanlah apa yang diCARI......akhirnya terjerumuslah ke "dholaalah". Walhal sebenarnya, apa yang dicari itu sudah ada sejak sekian lama didepan mata.....Hanya sanya kita sedar atau tidak? Dek kerana tiada ilmu untuk menyedari bahawa ia yang kita CARI selama ini. 

Belajarlah, dan bergurulah kalian dengan guru murshid dan muktabar, bukan guru sesat dan menyesatkan. Fikirkan pula kemudian, tapis lah pula, tanyalah soalan kepada guru atau ustaz, rujuklah alQuran dan asSunnah. Tapis lagi dan lagi, fikir dengan kefahaman jika kalian merasa ada sesuatu yang ganjil dan pelik akan sesuatu ilmu atau perkhabaran lalu tanyakan mengapa ia tidak sama malah amat berbeza dengan kebanyakan orang, semaklah ia, tanya pula kepada ramai guru atau ustaz sehingga kalian pasti akan sesuatu kebenaran, bukan semata mata bergantung hanya kepada seorang guru atau ustaz.

Allahu mustaan..... 

Justeru, agar tidak SESAT dihujung jalan, Nabi saw menunjuk caranya dengan doa 

"اللَّّّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْياَ وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَجَّالِ." 
Muslim No 588


Dan juga doa “Allahumma, ya muqallibal-qulub, thabbit qalbi ‘ala dinik wa ‘ala thoatik”
حَدَّثَنَا هَنَّادٌ حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ أَبِي سُفْيَانَ عَنْ أَنَسٍ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُكْثِرُ أَنْ يَقُولَ يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ آمَنَّا بِكَ وَبِمَا جِئْتَ بِهِ فَهَلْ تَخَافُ عَلَيْنَا قَالَ نَعَمْ إِنَّ الْقُلُوبَ بَيْنَ أُصْبُعَيْنِ مِنْ أَصَابِعِ اللَّهِ يُقَلِّبُهَا كَيْفَ يَشَاءُ قَالَ أَبُو عِيسَى وَفِي الْبَاب عَنْ النَّوَّاسِ بْنِ سَمْعَانَ وَأُمِّ سَلَمَةَ وَعَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو وَعَائِشَةَ وَهَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ وَهَكَذَا رَوَى غَيْرُ وَاحِدٍ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ أَبِي سُفْيَانَ عَنْ أَنَسٍ وَرَوَى بَعْضُهُمْ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ أَبِي سُفْيَانَ عَنْ جَابِرٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَحَدِيثُ أَبِي سُفْيَانَ عَنْ أَنَسٍ أَصَحُّ
At Tarmizi No 2066