Tuesday, January 20, 2015

Sumber Daya Insani....

Assalamualaikum wrt wbt....

Beberapa ketika yang lalu, saya berurusan dengan sebuah agensi di Kuala Lumpur bagi menempatkan pelajar pelajar saya untuk praktikal di organisasi tersebut....lalu saya merujuk seorang teman yang posisinya sudah besar di situ.....dalam urusan terbabit saya perlu merujuk kepada Bahagian Sumber Manusia......apabila saya merujuk kepada Bahagian Sumber Manusia....sang teman telah memaklumkan bahawa TIADA Bahagian Sumber Manusia di agensinya....

Sekonyong konyongnya aku terkejut dan bertanya...."Bahagian manakah yang meladeni soal soal pengurusan sumber manusia?"

Sang teman menjawab "Oh itu..diurus oleh Bahagian Sumber Daya Insani yang juga merujuk kepada Bahagian Sumber Manusia" jelas rakan ku.

Aku kaget dan ia menyebabkan aku berfikir....bahawa terma sumber daya insani ini lebih memberi makna yang ampuh berbanding terma yang biasa kita gunakan.

Terus saat itu aku mengagumi organisasi ini kerana memberi perhatian khusus kepada insan atau manusia lalu dalam usaha itu telah memartabatkan tenaga kerja itu dengan mengkhususkan suatu jabatan yang diberi nama Jabatan Sumber Daya Insani.

Jelas disitu ia memberi makna yang mendalam bahawa manusia itu punya potensi potensi yang menjadi sumber daya saing kepada persyarikatan mahupun organisasi. Lalu aspek kepentingan organisasi ini diberi perhatian utama dengan meliputi konsep insani iaitu aqal, fizikal atau jasmani, roh, kebolehan intelektual dan kemahiran yang dimiliki yang merupakan potensi potensi potensi yang perlu digarap menjadi SATU garapan yang akan menatijahkan hasil hasil yang bermakna dan seimbang menurut pengertian alQuran dan As Sunnah.

Inilah keseimbangan yang dituntut dalam mengenalpasti sumber daya yang ada pada seseorang insan itu. Jika tidak, maka potensi potensi yang dipertontonkan hanya bersifat duniawi lantas perspektif yang wujud hanya melihat potensi manusia dari sudut duniawi dengan mengenepikan potensi rohani.

Mudahnya ialah, apa gunanya punya sumber daya iaitu "manusia" yang hebat intelektual dan potensi diri akan tetapi tidak punya AKHLAK. Individu yang hebat serba serbinya tetapi tiada punya IMAN dan TAQWA. Tidakkah garapan dan hasilan itu sangat bersifat sekular dan material semata mata nanti? Lalu akan menyebabkanm "fasad" dan mungkar di atas mukabumi ini?

Dengan lebih mudah lagi, jika kita teliti dalam senario dunia pada hari ini, mahupun masyarakat, akan jelas ternampak betapa ramainya profesional dan pakar dalam segala hal dan bidang akan tetapi sombong dengan kepakaran dan kemahirannya kerana tiada punya IMAN dan TAQWA. Golongan golongan ini punya segala kemahiran, potensi, dan ilmu akan tetapi GERSANG nilai ukhrawi. Dia mungkin seorang ahli perbankan yang hebat akan tetapi dia juga yang melakukan jenayah kolar putih. Dia mungkin seorang politikus yang hebat akan tetapi dia menyeleweng dan rasuah serta pecah amanah. Inilah kebejatan kebejatan yang berlaku apabila SUMBER DAYA INSANI tidak dipupuk secara seimbang.

Sedemikian rupa, lebih baik punya seorang pekerja yang biasa biasa akan tetapi dia seorang yang amanah. Tetapi hari ini, nilai sudah berubah. Nilai ukhrawi tidak dipandang bahkan diketepikan, yang tinggal hanyalah sesalan dan kebobrokan yang berlaku didalam masyarakat. Saat itu kita dengan mudah hanya MENUDING JARI semata mata. 

Walhal setiap diri punya tugas dan amanah untuk mendidik generasinya, ahli keluarganya agar punya nilai insani yang seimbang antara potensi diri dan kemahiran dengan IMAN dan TAQWA........inilah islah dan tajdid yang perlu kita pegang utuh agar mampu kita bangunkan sumber daya insani diperingkat paling asas iaitu keluarga kita sendiri.....


No comments: