Showing posts with label perjalanan spiritual. Show all posts
Showing posts with label perjalanan spiritual. Show all posts

Wednesday, October 21, 2015

Suatu memoir "afalaa tubsiruun/ta tafakkaruun"...A memoir of "afalaa tubsiruun/afala ta tafakkaruun"

Sidang pembaca blog ini...

Teringat sepotong ayat al Quran Surah Al Jumaah ayat 11 (62:11)....
A010
Kemudian setelah selesai solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).


my lonely home under the heaven
Photo credit to www.zahariz.com

Makna kata, setelah selesai solat dan beribadah, Allah swt suruh kita keluar berusaha, bukan bersantai santai, usaha bersungguh sungguh cari rezeki atau pa yang dihajati mengikut kelebihan, kemahiran dan kepakaran masing masing SAMBIL mengingati Allah banyak banyak dan Allah doakan kita berjaya.

Ada beberapa perkara;
  1. Solat kemudian;
  2. Berusaha mencari kurnia Allah SAMBIL;
  3. Mengingati Allah dengan apa jua cara sekalipun;
  4. Dan dengan keadaan sedemikian Allah doakan kita berjaya dunia dan akhirat

Photo credit to www.zahariz.com

Justeru, bolehlah diambil kefahaman bahawa kita masing masing punya peranan mengikut kelebihan dan kepakaran masing masing maka laksanakanlah usaha sebaik mungkin mengikut kepakaran masing masing dan berjayalah kita dalam usaha kalian...



Teringat akan ungkapan di atas saat aku membaca blog Sdra Zahariz sambil rasa terkesima memenuhi ruang pemikiran dan rasa www.zahariz.com dan alhamdulillah aku bangga punya rakan sehebat ini---dia seorang "multiskills"...photographer, writer, traveler dan moga moga jadi daei yang berjaya....

Photo credit to www.zahariz.com
Membacanya dan meneliti kisah perjalanan, aku kagumi susuk ini. Semangat dan inspirasi yang aku perolehi dari hikmah ceritanya membuatku rasa semacam.

Kisah dia adalah inspirasi...
Jika dia BOLEH mengapa kita tidak?

Aku membayangkan diriku dalam semangat yang sama seperti beliau. Jika setiap diri melaksanakan dan melakukan peranan masing masing dengan sebaiknya berbanding bercakaran sesama sendiri....secara keseluruhannya pasti Islam kan bangkit dan kuat kembali...ini rasa yang hadir.

Saudara Zahariz punya semangat dan keinginan yang kuat. Punya wawasan tersendiri serta komitmen yang jitu tentang apa yang mahu dilakukan dengan hidupnya. Ringkasnya, dia dia memahami akan dirinya dan meletakkan dirinya dalam kerangka yang sesuai dengan hidupnya. Dia suka mengembara, dan menggunakan itu sebagai langkah untuk maju kehadapan sebagai pengembara yang meneliti dunia keindahan ciptaan Illahi....

Aku fikir dia sedang melaksanakan apa yang Allah swt katakan sebagai melihat ciptaan Allah di langit dan di bumi agar mengerti dan memahami akan semuanya ialah milik dan dijadikan oleh Maha Pencipta. Ringkasnya, pengembaraan beliau ialah pengembaraan mengenali diri dan mengenali Maha Pencipta.

Photo credit to www.zahariz.com
Beliau menjadikan kemahiran + kemahuan + kepakaran + semangat + ilmu (fotografi, videografi, penceritaan serta komunikasi) + hidupnya dan menggembelingkan semua menjadi suatu tatapan dan cerita yang boleh kita mengambil inspirasi darinya. Itulah Zahariz Khuzaimah. Seorang Islam dan anak melayu yang membuktikan dirinya....."jika orang lain BOLEH mengapa aku tidak boleh".

Aku mengimpikan individu ummah yang "versatile" dan "multiskills"....aku juga ingin menjadi sedemikian dengan caraku sendiri....

Moga kalian juga akan berjaya dunia dan akhirat hendaknya...

Amiin...



English Version:

Dear blog readers...

I remember suddenly of the verse from the Holy Quran of Sura Al Jumuah verse 11 (62:11)
A010

And when the Prayer is finished, then disperse in the land and seek of Allah’s grace, and remember Allah much, that you may prosper.

Which means that, whenever a person has completed his solah, one is urged to go out or disperse on earth and seek his bounties while doing so he must be in the state of remembrance of Allah in whichever ways he can and not only that, Allah pray for his success and prosperity in his life (in this world and hereafter). 

There few things that we can learn from here:
  1. Pray and then;
  2. work hard to seek Allah's bounties and grace WHILE;
  3. Remember Allah as much as we can and whatever ways possible;
  4. and with that Allah pray for our success in this world and hereafter.
Hence, it is a matter of understanding that each and everyone of us has our own roles and responsibilities as well as expertise that we can do for our own good, galvanize it and make the utmost performance and be successful on that.

Reading his blog and going through his story made me at awe, and I am astonished! he is such an inspiring person to me and I think to us all. I can feel the spirit like him. 

While reading Zahariz's blog at www.zahariz.com I felt a feeling of heartful, excited and impressed coming into my mind which I couldnt explain and praise to Allah that I felt inspired and proud to have a great friend like him -- he is multiskills in his own way....a photographer, videographer, writer, traveller and I pray him to become a great Daei/Preacher as well...


His stories were inspirational and so the photos taken were amazing and awesome.
If he can Do it, why we cannot?

I dreamt of myself in the same spirit like him. Just imagine if everyone of us could do the same and explore the unimaginable in the pursuance of success in life, rather than fighting and criticizing each others, what a wonderful world we going to have....I believe that even Islam could rise again and becomes stronger and united like before......I have this kind of feelings in me....

Brother Zahari had proved of himself of strong willed person and highly spirited kind of guy. He did what he knows best. He had his vision of life, knowing what he wanted to do and moving towards it and achieved the unimaginable one could do. In short, he knew himself, and put himself in that special perspective within the framework of his vision in life. That was why he achieved tremendous achievement in his undertakings. He loved travelling and he used that interest, nurtured it and making it happened while exploring the beauty of this world, experiencing Allah almighty's works in this world. What a wonderful journey Zahari had gone through. I envy him personally.

I think he had succeeded in his endeavours and did what Allah has said so in the holy Quran - to observe and contemplate Allah's creations on earth and in the sky. This inevitably led him and us all to appreciate and recognized Allah creations and admitting that all belonged to Allah the alMighty. As a matter of fact, his journey is self realization journey to know oneself and to know the AlMighty.

Indeed he used his skills (photography, videography, writings, stroy tellings and communication), knowledge, interest, expertise, spirit, and his life, blended it togetherto make amazing story and awesome scenery that we could be inspired off. That was Zahariz Khuzaimah. There goes a saying "if he can why couldnt us" is all I could say about him.

I aspire to become like him and looking forward and urge all of us to become versatile and multi-skills like him and hopefully I could do so one fine day.

Please read through his blog at www.zahariz.com and explore the beauty and amazing stories of his journey.

I pray to Allah that that all of you are successful in this life and hereafter...insyaallah

Ameen

Tuesday, May 15, 2012

Makkah dan Madinah...

Salam ukhuwwah...


Sudah beberapa ketika blog ini terhenti....maaf Aku bermusafir ke Mekah dan Madinah saat itu, menjadi 'tetamu Allah'..syukur kepadaMU Ya Rabb kerana memberi peluang kepada hamba yang kerdil dan hina ini untuk mengunjungi rumah mu. Sesungguhnya, perjalanan dan musafir kali ini sangat bermakna buat diri kerana berpeluang membawa anak bongsu ku sekali. Keterujaan itu melanda, hinggakan Iman Ihsan (nama anak saya) tak tidur malam dibuatnya. Alhamdulillah ia nikmat paling besar buatnya.


Aku lebih suka menelusuri RASA berbanding bercerita dan berceloteh tentang perjalanan.....kerana dengan RASA itulah kita bangkitkan tawadhuk dan keinsafan dalam diri. Sesungguhnya, tidak semua berpeluang untuk ke sana walau punya wang berjuta....ia kerana 'jemputanNYA' sangat istimewa! Ada orang punya wang tapi tidak punya MASA mahupun RASA....ada punya MASA akan tetapi tiada WANG buat menampung kos.  Ada yang punya MASA dan WANG tapi tiada RASA mahu berpergian! Itulah sebahagian senario! Terkadang jika Allah tidak 'menjemput' kita....maka tiadalah kita mahu ke sana! Sesungguhnya.....ia perjalanan spiritual yang mendalam ertinya! Ia suatu proses 'recharge' kepada diri. Itulah yang aku mengertikan setiap kali ke Mekah dan Madinah. Aku ingin 'recharge' diri! Soalnya samada DIRI mahu mendekati atau menafi? Terpulang lah masing masing untuk menilai dan mentafsir! Aku merasakan, tiada yang lebih bererti dalam hidup melainkan menyahut 'jemputanNYA'...ku amat mengerti bahawa Sang Khaliq sedang menjemput diri, adakah patut untuk aku menafi, adakah patut untuk aku beralasan!....tidak penting nilainya berapa kali berpergian ke sana akan tetapi apa yang paling utama ialah kualiti sesuatu pemergian itu. Adakah telah kita kualitikan masa dengan sebaiknya semasa berada di Masjidil Haram....kita berkejaran dengan masa...tidak tahu kapan kan ketemu lagi peluang sebegini, tidak usah dipersiakan ia! Ia satu peluang, maka rebutlah peluang itu...peluang beribadah dan berakhlak saat beribadah......bukan berebut rebut bertolak tolak hanya sekadar ingin mengucup Hajarul Aswad....kerana apabila bertolakan sedemikian, ia menyakitkan orang lain! Itu lebih 'haram' hukumnya.....justeru aku sekadar 'isyaarah' dari kejauhan walau hati diruntun mahu mengucupmu wahai Hajarul Aswad...apapun, ku biarkan sepi hasrat ku itu.


Bukan soal ganjaran yang diperhitungkan, bukan soal 100,000 kali ganda pahala ibadah yang dicari...akan tetapi REDHA Allah yang paling utama. Tidak dinafikan, keistimewaan gandaan seratus ribu kali pahala itu suatu daya tarikan utama, akan tetapi jika sekadar itu, kita hanya akan terlalu 'mengira ngira' perbuatan ibadah itu dan bukannya soal REDHA Allah kepada diri! Apa yang penting ialah bagaimana manifestasi dan penghargaan diri terhadap 'jemputan istimewa' itu. Bagaimana mengkualitikan masa yang ada untukNYA. Itulah persoalan yang utama.


Kesyahduan yang terlahir itu aku tintakan sedikit di sini agar perkongsian itu kan membuahkan RASA untuk kalian menerima 'jemputanNYA'. Jangan dikira soal wang atau tidak punya wang untuk menampung kos. Allah swt punya sifat mustahil....mustahil jika tiada wang kan dapat berpergian, namun pasrah lah diri, usahalah sekuat mungkin...pasti cita cita dan harapan untuk berada di sana kan tercapai! Berusahalah dengan sesungguhnya dan sekuatnya agar mampu berpergian! Nikmat yang dirasa di sana memang tiada galang gantinya! Tiadalah aku menafikan bahawa ibadah yang kita lakukan seharian di sini itu tidak bernilai akan tetapi keupayaan untuk duduk dekat dengan rumahNYA adalah suatu nikmat spiritual yang tidak terungkap dengan kata kata, mahupun diganti dengan apa apa sekalipun di dunia ini! Ia teristimewa buat diriku!


Soal KEDEKATAN denganNYA itu kita boleh dapati melalui tahajjud di malam hari di sini, di rumah atau masjid yang kalian kunjungi....akan tetapi KEDEKATAN yang lebih utama ialah bertahajjud di rumahNYA. Aduh betapa rasa nikmat itu tidak terperi....moga moga Allah akan menambahkan redha, rahmat dan rezeki kepada insan insan yang memberi jalan dan peluang untuk aku berada di sana. Ya Rabb....berilah dan anugerahkan lah nikmat berlimpah ruah buat mereka! Bayangkan gambaran Kaabah terpampang di depan mata....hebat Rumah Allah ini. Bayangkan juga saat takbir diangkat, bayangan Kaabah terpampang walau kita telah kembali ke tanahair! Tidakkah itu istimewa. Seolah olah Kaabah itu melingkari diri dan hidup setiap saat dan ketika....bayangkan saat tawaf berpusingan tujuh kali itu sentiasa mewarnai perjalanan hidup...sentiasa terpampang dan terbayang dalam kehidupan seharian di tanah air....tidakkah itu istimewa! Bayangkan saat azan dilaungkan malah beberapa waktu sebelum azan dilaungkan kita sudah bingkas bangun menuju ke masjid...malah kita bingkas bangun dari empuk dan enak tilam serta nyenyak tidur, seolah olah jiwa terpanggil untuk segera hadir, lalu bermunajat di subuh hari kepadaNya, tanpa ada rasa keluh kesah dan kemalasan....kesegeraan itu wujud di sana, di bumiNya yang muia dan penuh berkah...lalu kita berperangai dan bersikap serupa saat kembali ke tanah air...tidakkah itu hebat...tidakkah itu istimewa, tidakkah itu dinamakan 'RECHARGE'....


Kurasakan saat berpergian ke sana, mengerjakan umrah, bertahajjud kepadaNya di sana lebih dan sangat bermakna buat diri. Terimakasih Ya Allah kerana memberi peluang buat diriku berada di MultazamMU, iaitu suatu tempat yang dijanjikan kan terkabul segala doa dan harapan.....syukur Ya Rabb kerana aku punya detik masa yang panjang di situ untuk ku ungkapkan dan leraikan isi hati.....untuk ku sampaikan doa dan hajat teman teman dan rakan taulan semua! Terimakasih Ya Allah kerana memberi ruang kecil buatku dan Iman Ihsan duduk berteleku di Raudhah kekasihMu, Muhammad saw......tak terucap dengan kata kata betapa aku berpeluang di situ sepuas puasnya! Syukur kepadaMU Ya Rabb.


Aku doakan kalian kan 'dijemput' menjadi sebahagian dari 'duyuufur rahmaan' dalam masa terdekat...moga moga ia memberi inspirasi tidak terperi buat kalian kerana sesungguhnya musafir ku ini sememangnya menjadi inspirasi buat diriku dan sentiasa terpahat dalam memori diri. Moga moga Allah menerima segala amal dan doa ku! Amiin!