Wednesday, February 27, 2013

Ujian itu jadi sejarah!

Salam ukhuwwah....

Semua manusia diuji dalam hidupnya! Tiada yang terkecuali. Ada berbagai jenis ujian. Ada yang besar dan ada yang kecil, ada yang senang dan ada yang mudah, ada yang sekejap dan ada yang panjang!


Ujian adalah resmi kehidupan. Tiada siapa boleh lari dari ujian! Ia sifat universal kehidupan di dunia ini! Jika tidak diuji maka bukan manusia namanya! Khususnya ujian itu tertimpa buat insan beriman! Ini adalah manifestasi kejujuran@kebenaran@pengukuhan IMAN seseorang itu! Bukanlah kita ini hambaNya jika tidak diuji! Justeru, berbagialah sesiapa yang sedang diuji, baik ujian kesusahan mahupun kesenangan! Ini kerana DIA sedang memberi perhatian kepada kalian! DIA sedang menyiapkan kalian agar bersedia menghadapi kehidupan!

Tuesday, February 26, 2013

Contohi Nabi saw....

Salam ukhuwwah....

Sedikit perkongsian buat kalian....


MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.



Si Pemberi dan Si Penerima....

Salam ukhuwwah....

Insan adalah makhlukNya, ciptaanNya dan DIA Maha Pemberi. Begitu juga insan digalakkan untuk memberi walau insan tidak boleh menjadi seperti Maha Pemberi akan tetapi nilai menjadi Pemberi adalah amat dipandang tinggi. Nilai ini sangat tinggi nilainya hingga sentiasa menjadi ungkapan dibibir mulut pakar motivasi atau sesiapa yang mengerti 'Kita adalah apa yang kita beri di dunia ini'. Ia bermaksud bahawa, nilai dan tujuan serta matlamat dalam kehidupan ini hanya akan tercapai dengan sebenarnya jika kita memberi, dan ini adalah suatu proses yang membentuk insan yang mengenal dirinya sendiri. 


Monday, February 25, 2013

Siapa sangka....

Salam ukhuwwah!



Siapa sangka ia akan jadi sebegini dan sebegitu? Tiada siapa menyangka kerana persepsi yang terbina membolehkan sangkaan sangkaan bagaikan terhalang! Namun itulah sebaiknya....kerana menyangka apa apapun, sangka buruk atau syak wasangka adalah sangat dilarang sama sekali disisi agama! Dalam kehidupan kita bermasyarakat, tentunya banyak sekali berlaku sangkaan sangkaan yang tersasar! Ini kerana sangkaan sangkaan itu merupakan 'bisikan bisikan syaitan' agar bersikap negatif terhadap orang lain disekeliling kita! Itulah yang membuatku berhati hati selama ini! 

Saturday, February 16, 2013

Habis tenaga habis fikiran! rugi!

Salam ukhuwwah...

Sering aku berbicara dengan para pelajar yang kukasihi setiap kali kuliah bermula....sebagai bingkisan pesan buat mereka sebelum kandungan subjek yang akan ku sampaikan bermula....aku akan cuba bantu mereka untuk 'reformat atau resetting minda mereka' dengan mengajukan satu soalan sebelum kuliah sebenar bermula iaitu "Siapa yang memilih mahu untung dan siapa yang memilih mahu rugi? sila angkat tangan! Pasti kesemua mereka (dalam kebiasaan yang aku temui akan memilih untung....tidak pernah setakat ini ada yang memilih rugi!) 


Friday, February 15, 2013

Civilized world......five pillars!

Salam ukhuwwah....

Excerpts from today's Friday khutbah from IIUM Mosque as shared by my beloved, honoured Professor Dr Abd Rashid Motein....

A civilized world is help up by five pillars:

1. Wisdom of the learned;

2. Justice of the great;
3. Prayer of the righteous;
4. Valour of the brave; and
5. Mercy of the strong.

Ini bukan promosi untuk blackberry....

Dalam dilemma???....beli dan guna sahaja blackberry itu....

kerana, black berry itu..B-acalah bismillah di setiap langkah
L-antunkanlah ayat suci Al-qur'an dengan indah
A-mbilah manfaat setelahnya
C-arilah saudara sebanyak banyaknya
K-etahuilah hidup ini sangat indah

B-ila kita gunakan dengan sebaiknya.
E-ratkanlah ukhuwwah islamiyah
R-apatkanlah barisan untuk menuju redhaNya,,walaupun
R-intangan begitu banyak.
Y-akinlah,, kau mampu menghadapinya....


hehehehe

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Mahu bahagia? Ini salah satu caranya....

Salam ukhuwwah....

Bismillahirrahmanirrahim

 Paling Bahagia

......adalah ORANG yang paling CEPAT dalam meMINTA MAAF

......adalah ''ORANG YANG PALING BERANI''.

......adalah ORANG yang paling CEPAT meMAAFkan
......adalah ''ORANG YANG PALING KUAT''.

Dan.....

adalah ORANG yang paling CEPAT meLUPAkan KESALAHAN orang lain adalah ''ORANG YANG PALING BAHAGIA''.

Mudahlah untuk mengucapkan kata "MAAF" dan ikhlaskan la hati untuk memaafkan.


Friday, February 1, 2013

Saat kebesaran!

Salam ukhuwwah...

Tiap kali pabila waktunya tiba....saat takbir diangkat, saat insan mahu ketemu Rabbnya...saat solat didirikan, maka kalimah Allahu Akbar meluncur keluar dari mulut insan insan beriman....namun, sedari atau tidak, cuba kalian berhenti dan amati seketika akan maknanya...Allah Maha Besar! Mengapa Allah Maha Besar?


Allah Maha Besar itu diungkap kerana pada saat itu sepatutnya hati dan jiwa serta aqal terfokus kepadaNYA kerana dia yang Maha Besar, perkara, benda atau makhluk lain hanya kecil sahaja...segalanya yang ada pada kita, yang ada disekeliling kita, yang kita simpan di akaun bank, yang kita miliki di rumah, di kampung, yang hidup bersama kita (isteri, anak anak, keluarga, saudara mara)...semuanya seolah olah kecil sahaja...tiada makna tiada ertinya segalanya kerana saat takbir diangkat......Allah lebih utama...segalanya menjadi kecil kerana DIA Maha Besar.

Apa maknanya solat kita jika, saat sekujur tubuh berdiri menghadapnya...hati berfikir soal dunia, soal kerja, soal perut, soal harta, soal kasut@selipar mahal yang kita tinggalkan di perkarangan masjid tadi sebelum masuk ke dewan solat...tentunya, jika sedemikian itu berlaku, kita telah memBESARkan dunia berbanding Allah yang Maha Besar!! Tidakkah begitu! Ayuh renungkan....


Itulah maknanya saat kebesaran tiba....iaitu kalimah Allahu Akbar...segalanya adalah kecil, dan perkara atau benda yang kecil itu, kita tinggalkan seketika lalu kita beri tumpuan kepada DIA yang Maha Besar, Maha Agung....cuba fikirkan, adakah patut, kita mahukan syurga milikNYA (yang bukan milik kita pun, kita hanya diJANJIkan olehNYA untuk masuk syurga dengan SYARAT SYARAT tertentu) namun kita permainkan kebesaranNYA! Adakah patut, kita mahukan redha dan rahmatNYA lalu kita kecilkan takbiratul ihram saat solat didirikan, saat kita ber'temu' denganNya.... fikiran melayang ke tempat dan perkara lain samada perkara yang akan kita lakukan atau yang telah berlalu...hati tidak terfokus kepada Allah!

Fikirkan sejenak, renungkan sejenak..agungkan DIA, besarkan kalimahNYA....kalian kan ketemu bahagia dan lazatnya IMAN!! Hebatnya komunikasi antara makhluk dengan Khaliq hinggakan anugerah solat ini diberi kepada insan hebat Rasulullah saw secara terus, apabila Nabi saw mengadap Rabbul Jalil. Tentunya peristiwa sedemikian bukan calang calang erti dan maknanya betapa solat ini dan proses memBESARkan Khaliq ini adalah sesuatu yang sungguh istimewa. lalu mengapa kita begitu cuai setiap kalinya! Ah begitu juga aku ini....sentiasa cuai dan curang dalam solat...fikiran mudah melayang, hati terkenang perkara duniawi berbanding merasa kecil dan hina dihadapanNya....

Aku berpesan dan mengingatkan diriku dan juga kalian agar hati kita tidak berbolak balik dan sentiasa tetap mengingatiNya samada didalam solat mahupun diluar solat! Ameen Ya Rabb.....

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.