Menegakkan kebenaran dan melarang kemungkaran itu wajib bagi setiap dari kita yg bersyahadah dengan Satunya Allah itu. Dalam erti kata lain, amar maaruf nahi mungkar, menyuruh yg baik 'maaruf' dan melarang yg salah/haram/batil atau 'mungkar'.
Ungkapan yg pendek, ringkas namun sukar dilaksanakan kerana kita tidak mendalami dan memahami prinsip sebenarnya. Ramai yg beremosi mengungkap kata kata ini namun hakikatnya ia tidak semudah yg disangkakan.
Benar ungkapan itu namun prinsip pelaksanaan yg sukar. Siapa yg kita nak suruh untuk melaksanakan yg maaruf ini? tentunya mereka yg terdekat dengan kita yg utamanya, jiran tetangga, teman sepejabat, rakan, sahabat, saudara mara, masyarakat dan umat Islam seluruhnya. Siapa yg kita larang dari melakukan kemungkaran? tentunya mereka yg tersebut tadi.
Persoalannya, bagaimana kaedah melarang? apa adab larangan? apakah cara terbaik utk melarang? begitu jua bagaimana untuk menyuruh melakukan kebaikan? apakah adabnya? Segala persoalan ini sangat berkaitan dengan prinsip dakwah sesama Muslim dan juga dakwah dengan mereka yg belum Islam lagi mahupun yg bukan Islam. Pendekatan dan kaedah yg salah akan menjauhkan subjek untuk kembali ke pangkal jalan yg lurus. Tidak dapat tidak, pencegahan mahupun larangan atau suruhan hendaklah dilaksanaka dengan bijaksana. Disinilah kebanyakan dari kita tidak memahami lantas bersikap beremosi terhadap perkara keburukan yg dilakukan oleh rakan mahupun saudara kita hingga melahirkan rasa benci, dendam, marah yg keterlaluan. Sebenarnya, yg perlu dibenci ialah PERBUATAN dan bukannya individu tersebut. Inilah yg sukar untuk kita bezakan. Maka akhirnya berlaku konflik persepsi. Inilah jua yg berlaku ketika ini, dalam apa isu sekalipun samada isu sosial, agama, ekonomi dan politik.
Senario 1:
Kenalan kita melakukan perbuatan yg haram disisi agama...apakah tindakan kita?
Menasihati, melarang...setakat mana? Selalunya apa yg kita lakukan ialah melarang dan menasihati dan akhirnya kita sendiri menjauhi kenalan kita, lantas membencinya dan akhirnya memutuskan silaturrahim yg terjalin selama ini. Ini salah, dan tentunya perkara yg juga dibenci dan bertentangan dengan prinsip dakwah. Perlu diingatkan bahawa kenalan kita tidak menerima pandangan/nasihat kita, ada kemungkinan banyak faktor penolakan, mungkin cara dan pendekatan dan sebagainya. Lalu kita bersikap negatif dengan menjauhinya.
Ini adalah tindakan yg tentunya salah dan menyalahi prinsip dakwah kerana pertamanya kita berdosa kerana membiarkan kenalan kita yg Islam bergelumang dengan dosa, kedua kita telah memutuskan silaturrahim dengan kenalan kita, ketiga, kita telah menunjukkan contoh perbuatan dan tindakan yg negatif dengan mengasingkan diri dari teman mahupun kenalan kita dengan perasaan kecewa dan benci. Rujuklah Sirah Nabi.
Pernahkah Rasulullah menjauhi mereka yg kufur kepada Allah, pernahkah Rasulullah meninggalkan bapa saudaranya Abu Talib...jawapannya tentulah tidak sehingga ke akhir hayatnya Rasulullah tetap mengajak bapa saudaranya untuk beriman kepada Allah. Jelas bahawa prinsip dakwah menyatakan bahawa setiap kita adalah DAA'I atau berperanan sebagai pendakwah. Untuk mendokong peranan sebagai DAA'I setiap kita hendaklah berperanan dengan bersungguh, tanpa henti-istiqamah sehingga habis segala usaha dan ikhtiar untuk menegakkan yg maaruf dan mencegah yg mungkar. Persoalannya, adakah setiap kita sudah berperanan sedemikian rupa???
Senario 2
Anda masih bersahabat dengan kenalan yg anda tahu melakukan perkara yg haram/batil, anda tidak meninggalkan dia bahkan dari masa ke semasa anda terus mencari jalan untuk membawanya ke pangkal jalan.
Persepsi lain ialah, anda dianggap bersekongkol dengan kenalan anda tadi. Walaupun sebenarnya anda tidak terlibat langsung dengan aktiviti haram kenalan anda.
Persoalannya ialah;
1. Anda dianggap serong oleh kenalan anda yg lain dari kelompok yg lain
2. Anda perlu membuat penjelasan yg tidakpasti akan diterima oleh kenalan anda yg lain itu.
3. Pada waktu yg sama anda perlu untuk terus mencari jalan membawa kenalan anda kembali ke pangkal jalan dan menjelaskan kepada kenalan anda yg lain bahawa anda sedang cuba untuk melakukan sesuatu dan bukannya bersekongkol.
Sayugia dingatkan bahawa proses melaksanakan amar maaruf dan nahi mungkar ialah proses yg berterusan, tidak singkat dan mudah seperti mengatakannya. Tidak mungkin terjadi bahawa hanya dengan sekali nasihat maka maaruf dapat ditegakkan manakala mungkar dapat dihapuskan atau dihindarkan. Jika mengambil pendekatan singkat dan sementara, lebih banyak konflik akan berlaku, manakala kemungkaran akan terus terjadi. Justeru, sebagai pendakwah mahupun sebagai individu Muslim, kita perlu bersikap terbuka dan mengambil pendekatan 'wasatiah' iaitu bersederhana dalam setiap tindakan dan perhitungan mahupun strategi. Jika bersikap keterlaluan, maka objektif amar maaruf dan nahi mungkar tidak akan tercapai. Malah misi dan objektif dakwah itu akan terus gagal sampai bila bila.
Jika berterusan mengambil pendekatan emosional, maka kita akan terjebak dalam amalan memulau dan memutuskan silaturrahim, walhal yg perlu dipulau ialah tidakan yg haram/batil dan bukannya individu itu sendiri. Jika mengambil pendekatan membenci individu dan bukannya perbuatan maka berlakulah konflik yg berterusan sesama kita.
No comments:
Post a Comment