Aku hadir di Program Wacana Membaca Malaysia yg diusaha oleh teman sepejabat, Sdra Shahrom TM Sulaiman yg mengusaha utk mmeberi ruang dan pentas terbuka utk Sasterawan Negara Dato A.Samad Said berbicara tentang membaca dan jernihnya ilmu dengan membaca serta bagaimana lunturnya membaca dikalangan mahasiswa. Kit menghadapi masalah kegersangan membaca didlm diri.
Kutemui rakan dan sahabat lama,mentor yg sentiasa kukagumi kerana dinamisme ilmu dan minat kpd ilmu melalui membaca, tidak lain iaitu Dato Jaafar Rahim. Semangat dan keupayaan utk sentiasa menyegarkan pentas ilmu di nusantara amatlah mengagumkan. Ujar beliau,semangat membaca ini tak pernah padam dan tidak pernah tua dlm diri walau umur ini sudah mencecah 59 tahun.
Thomas Jefferson kata, aku tidak boleh hidup tanpa buku. Renee Descartes menambah bahawa dgn membaca seseorang itu akan menghubungkan kita dgn minda terbaik pada zaman lampau melalui nukilan dan tulisan tulisan mereka.
No comments:
Post a Comment