Akhir akhir ini berbagai peristiwa berlaku seperti yg dilaporkan dalam paparan massa...samada benar sedemikian rupa seperti yg dilaporkan mahupun laporan itu sekadar picisan yg diambil serta dibesar besarkan tidaklah mampu penulis untuk mengetahui kecuali jika dirujuk kepada subjek empunya berita mahupun pelapor itu sendiri.
Antara yg mendepani ialah isu pemimpin bertelagah...rakyat yang tersepit ditengah, kemudian ada yg menangguk di air keruh, ada jadi pak tambah ada jadi pak sorak..semuanya terfokus kepada isu pengkhianat bangsa??? Kelakar...itu jawapan penulis...yg pastinya: memalukan!!
'Jika datang kepada kamu sesuatu berita hendaklah kamu periksa/siasat dengan teliti supaya tidak, kelak ditakuti kamu akan bertindak zalim.....'
Dari sudut akhlak...seseorang pemimpin itu seharusnya mempunyai akhlak dan jiwa yg besar dan sentiasa membuat pendekatan positif...jadi jika mengatakan sedemikian rupa kepada seorang pemimpin yg lain...apa yg cuba ditonjolkan...kebenaran?fakta? atau sekadar momongan emosi dan semangat membara dalam sekujur tubuh orang Melayu yg pantang dikhianati....ia lebih kepada strategi 50/50...boleh sahaja menjadi strategi yg mapan atau boleh jadi lingkup. Lantas wawarkan sahaja dlm akhbar..lihat maklumbalas rakyat/awam...berdasarkan maklumat yg diberi..rakyat mula membuat penilaian..kebetulan merata rata terjadinya mesyuarat UMNO bahagian, lihat respon ahli UMNO...kita perlu naikkan semangat mereka!!!Lantas, momokan itu mendapat sambutan yg bertalu talu disesetengah tempat yg mendengar paluan tabuh, lalu kilat sabung menyabung...kemudian habis....lantas apa??dimana implikasi?apakah faedahnya?
Justeru, penulis percaya...rakyat menjadi semakin bingung sekarang ini??banyak perkara lain perlu dilakukan tidak dilakukan...penambahbaikan yg diharapkan tiada kelangsungan inisiatif...sekadar omongan berita sahaja. Tindakan yg betul betul memberi kesan atau impak SOSIAL/POLITIK/EKONOMI tanpa mengiran tempat dan golongan belum lagi terserlah...akhirnya rakyat termangu...yg mengharap terus mengharap...yg meminta terus meminta, yg kecewa bertambah kecewa, yg untung terus untung, yg rugi alang kepalang ialah rakyat...akhirnya yg tinggal hanyalah sekujur tubuh yg ada didalamnya JIWA YG KOSONG.....
No comments:
Post a Comment