Monday, August 3, 2009

Ya syabaab..wahai muda mudi sekalian.....

Saluran yg didengari, laungan yg diberi perhatian...itulah kehendak anak muda hari ini.

Secara peribadi saya yakin anda mahukan perubahan. Perubahan yg benar benar tulus,ikhlas dan murni demi kebaikan semua. Anda semua wahai para pemuda pemudi adalah pewaris, andalah penentu masa depan,jadilah mereka yg menentukan hala tuju bukan sekadar pengikut yg buta serta tuli. Ikutilah kebenaran dan kehendak realiti yg menuruti dasar dan jalan yg murni dan benar. Rencam anda ialah kebebasan berfikir bukannya berfikir mengikut acuan sesiapa namun kebebasan berfikir ini wajib berlandaskan wahyu bukan buta serta tuli semata kerana jika sedemikian anda akan membawa hasil perubahan yg benar bukan perubahan yg merosakkan nilai dan jatidiri.

Tiadalah perubahan itu diingini jika ia membawa keburukan dan kerosakan. Perubahan yg diingini ialah perubahan yg positif dari segenap aspek kehidupan...percayalah bahawa suara anda teramat penting,teramat bererti. Peranan anda ialah yg utama sekali. Lihatlah bagaimana pemuda Usamah mahupun Ikrimah (kalau tidak silap ingatan sy) dlm sirah dan sejarah Rasulullah diberi peranan utama dlm kepimpinan dgn menjadi kepala perang, pemimpin balatentera...pemuda yg diberi kepercayaan, diberi amanah dan menjunjung serta melaksanakan amanah dengan sebaiknya sehingga menghasilkan kemenangan....lihatlah bagaimana kepimpinan itu berlandaskan keupayaan@kredibiliti dan bukannya umur mahupun susur galur keluarga yg menjadi penentu kemenangan strategi peperangan dan perjuangan Rasulullah. Bangkitlah semua anak muda....bangunlah kerana anda ialah satu2nya benteng terakhir perjuangan ini.

Bangunlah wahai pemuda harapan agama...pendokong perjuangan Islam...penerus perjuangan Rasulullah....pembawa obor kebenaran.....

Bangkitlah dari belenggu kejumudan fikiran...dari penjajahan minda...bangkitlah anda semua dari menjadi hamba budaya...hamba hedonisme...hamba material@kebendaan....kembalilah kepada ajaran Alquran dan Sunnah Rasulullah...ikutilah jejak dan saranan Rasulullah...

Engkau kata engkau percayakan Allah...namun adakah perintah Allah sebenar benarnya engkau laksanakan...yg seharian engkau lakukan adakah berlandaskan perintah Allah....engkau kata pemimpin dan nabimu ialah Rasulullah saw..namun adakah saranan Rasulullah engkau junjung dan ikuti...engkau kata petunjukmu ialah Alquran namun adakah isi Alquran itu engkau renungi dan engkau laksanakan.....

No comments: