Wednesday, August 12, 2009

Wahyu dan pemikiran....

Kita manusia yang lemah. Kita tidak mampu untuk berfikir tanpa ada landasan yang mendasari sesuatu pemikiran itu. Benar kita dianugerahi sesuatu yang hebat iaitu otak yg mampu melahirkan idea dan pemikiran namun ia datang kosong, bukan dengan isi. Ia perlu diisi dengan maklumat dan pengetahuan yg mendasari aliran pemikiran seseorang individu. Maklumat dan pengetahuan ini berbeza...Maklumat hanyalah sekadarnya sahaja yg menjadikan seseorang itu utk mengerti manakala pengetahuan adalah sesuatu yg terhasil dari tindakan yg diambil berdasarkan maklumat yg ada dalam otak menjadi pengalaman dan pengajaran. Justeru sebenarnya kita lemah kerana kerangka pemikiran itu sangat terhad. Lemahnya manusia kerana ilmu dan pengetahuan itu sangat sedikit. Ilmu dan pengetahuan bertambah hasil interaksi manusia dengan masyarakat, alam dan terutamanya dengan Allah. Ini terhasil melalui penerimaan wahyu. Dan dari wahyu yg berbentuk Al-Quran terkandung segala hikmah dan pengajaran, peraturan hidup, sejarah, makna dunia dan akhirat yg terangkum didalamnya Iman, Islam dan Ihsan.

Kita tidak mampu mengadakan peraturan hidup tanpa panduan Illahi. Kita sangat memerlukan bahkan membutuhkan Allah. Tidak mungkin individu manusia hidup tanpa aturan Allah, jika tanpa aturan Allah, hasilnya ialah kebinasaan. Lihatlah sejarah. Sesungguhnya, tiada suatu sejarah sekalipun disepanjang kehidupan manusia, bilamana manusia tidak mengikuti aturan Allah, hasilnya ialah kebinasaan, kerosakkan yg berlaku, kezaliman, penindasan dan pertumpahan darah. Justeru, mengapa kita tidak mengambil aturan Allah. Mengapa kita tidak menerima nasihat Allah dan Rasulnya. Jawapannya mudah; manusia itu rakus kerana nafsunya. Maka terjadilah apa yg telah dinyatakan di dalam Al-Quran, terjadi kerosakan dibumi kerana 'tangan' manusia. Kita sendiri yg berbuat kerosakan. Bukan salah Allah dan Rasulnya, bahkan salah kita sendiri.

Pengajaran yg boleh diambil ialah; apabila kita bertembung masalah@perkara perkara dalam kehidupan ataupun dalam proses menjalani kehidupan ini, kompas kita ialah Al-Quran dan As-Sunnah, jgn ditinggalkan mahupun diketepikan. Tidak pula diambil sebahagian dan ditinggal sebahagian yg lain. Tidak mungkin terjadi sesuatu kebaikan jika kita mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian yg lain, malah akan berlaku lebih kerosakan yg berpanjangan.

Mengapa sedemikian? Kerana perkara yg dinyatakan dalam wahyu dan as-sunnah adalah sesuatu yg murni yg bukan lahir dari kotak pemikiran manusia, ia datang dari Illahi, iaitu ia yg sempurna buat umat manusia.

Dimana pula peranan logik dan rasional? Logik dan rasional lahir selepas pemikiran kita mendasari apa yg ada dalam wahyu dan as sunnah. Manusia boleh menjelaskan wahyu dan as sunnah dengan pemikiran yg logik dan rasional. Logik dan rasional tidak boleh mendahului wahyu dan as sunnah. Kesilapan kita pada hari ini ialah menggunakan justifikasi logik dan rasional mendahului wahyu dan as sunnah. Maka lahirlah keputusan keputusan, dasar dasar yg rapuh dalam segenap aspek kehidupan manusia; politik, ekonomi dan sosial. Dalam konteks agama, ia dipanggil perlakuan atau tindakan berdasarkan nafsu semata mata, yg mementingkan dunia dan bukannya akhirat, yg menuruti konsep materialisma.

Apa yg berlaku ialah kita gagal untuk menuruti wahyu dan as sunnah, maka rosaklah masyarakat, berlakulah kebejatan yg tidak pernah berlaku sebelum ini dalam masyarakat dan telah dinyatakan oleh Rasulullah saw dalam hadis tentang akhir zaman. Adakah kita gagal? Adakah kita menyesali? Jika dinilai dan dilihat sepertimana yg berlaku dalam masyarakat pada hari ini, jawapannya ialah; untuk mengakui bahawa kita telah gagal mahupun kita menyesali sesuatu tindakan kerana tidak mengikuti wahyu dan as sunnah, tidak samasekali.

Mari kita kaitkan dengan senario yg berlaku di Malaysia. Isu isu semasa yg terdampar didepan mata kita sendiri. Cuba tunjukkan di mana, bilamana dan apa, bahawa sesiapa sekalipun hatta pihak pemerintah sekalipun membuat pengakuan 'benar, kerajaan telah silap membuat dasar ini' atau 'benar, saya akui saya telah melakukan kesilapan dengan membuat dasar sekian dan sekian'. Anda akan dapati tiada kenyataan jujur seperti ini. Tanyalah diri sendiri mengapa tiada kenyataan seumpama sedemikian?

No comments: