Tuesday, August 18, 2009

Kita sering disesatkan....

Dunia ICT ialah dunia maklumat. Maklumat dalam pelbagai bentuk dan rupa bersimpang siur mengetuk jendela pemikiran kita. Maklumat menyelingkari setiap perkara dalam kehidupan kita di abad ke 21 ini. Ada maklumat yg benar dan ada yg salah. Ada yg mengelirukan dan ada yg hakiki.

Setiap hari kita didedahkan dengan lambakan maklumat yg pelbagai dari segenap pelosok tempat. Pelapor pelapor giat melaporkan hampir segala galanya...daripada perkara perkara yg boleh dijadikan bahan berita ataupu tidak. Dari perkara yg memberi manfaat atau tidak. Dari perkara yg memesongkan mahupun perkara kebenaran. Pokoknya, ia berkaitan maklumat. Isunya ialah setakat mana kebenaran itu benar benar ditonjolkan, dan setakat mana pemesongan itu dilakukan. Jika mengambil metod, matlamat menghalalkan cara, maka maklumat akan dipesongkan, diputarbelitkan sehingga membuatkan sang pembaca jadi tersesat, tersalah faham, terpesong lantas mengambil tindakan@membuat kesimpulan yg salah berdasarkan maklumat yg dipesongkan itu....ini akan menghasilkan rantaian sesat maklumat ke seluruh kelompok masyarakat. Menariknya, rantaian ini akan terus bersambungan dan ditokok tambah menjadi lingkaran ganas sesat maklumat.

Justeru, hampir setiap dari kita mempunyai saham dosa yg berantaian yg tidak putus putus melingkari hidup kita seharian, belum lagi dengan perkara yg ditokok tambah yg menambah rantaian dosa itu....ia bermula dimana??siapa pelakunya?bagaimana ia tersebar?? PASTI anda boleh memikirkan.

Samada ia bermula dari pelapor sesat yg melapor maklumat mahupun berita yg memesongkan pendapat kepada orang awam, atau dari pengulas yg menokok tambah sesuatu berita mahupun maklumat dan kemudian dilapor kembali oleh pelapor sesat lalu ditokok tambah, diulas, dimaklumbalas oleh individu lain supaya sesuatu maklumat itu lebih 'perisa' kesesatannya lantas kemudiannya diperakui oleh seseorang yg dihormati dalam masyarakat sebagai ilmuwan/cendekiawan/pakar kononnya sebagai pengesahan sesuatu berita...yg mana si pakar atau ilmuwan itu tadi hanya mengulas berdasarkan soalan mahupun pokok isu atau sebahagiannya namun dilapor oleh pelapor sesat yg seolah olah isu tersebut benar seperti yg dilaporkan...maka rantaian sesat itu terus terjalin dan menjadi semakin ganas....

Impaknya ialah, si pelapor sesat tadi berjaya menyesatkan ramai orang, si pelapor sesat itu juga berjaya membuat ramai orang berdosa kerana maklumat yg tersebar itu pastinya akan diulas oleh umum serta ditokok tambah itu belum dikira segala hinaan atau makian atau cercaan...maka saham yg terbesar tadi ialah milik si pelapor sesat...

Kepada pelapor sesat, jangan marahkan saya kerana ini, jika anda tidak sesat maka berita yg disampaikan pasti benar maka anda terhindar dari membawa palitan dosa kepada ramai orang, jika anda sesat pasti anda akan marahkan saya kerana pedasnya cili yg dimakan itu akan sampai ke telinga si pelapor, jika tidak maka anda tidak harus marah, jika ia pasti anda marah...tiada manusia akhir zaman ini dikalangan pelapor pelapor sesat yg akan tahan sabar dengan sindiran ini...justeru elakkan diri dari membeli saham neraka yg paling besar dengan menjadi si batu api atai si pengadu domba seperti jahatnya si yahudi yg membuat kejahatan berita sehingga dua puak bertelagah dan berselisih faham...maka si pelapor sesat itu tadi sebenarnya lebih Yahudi dari si Yahudi yg sebenarnya yg memang terkenal kejahatannya.

No comments: