Saturday, July 25, 2009

Fikirkanlah....Soal amanah

Amanah adalah satu bebanan yg berat yg perlu/wajib ditunaikan...amanah pemimpin ialah menunaikan tanggungjawab terhadap pimpinannya. Kelihatan mudah namun amat sukar. Jangan bicara soal tanggungjawab dan amanah jika tidak mampu menunaikan...jangan mangambil risiko memikul amanah dan tanggungjawab jika gagal menunaikan....sebaliknya jadikan amanah junjungan terhadap apa perjuangan sekalipun terutamanya soal kepimpinan dan politik dan aspek amanah bukan polemik yg harus dipermainkan dan bual bicara....

Amanah dan tanggungjawab yg paling asas ialah dalam menunaikan amanah kpd diri sendiri dan keluarga terutamanya dlm soal mencari nafkah...tunaikan dgn sebaiknya dan sikhlas mungkin...ganjarannya pasti bukan hanya didunia ini tapi jua diakhirat....

Justeru, tunaikan amanah kepada rakyat, jgn dipermainkan kerana rakyat bukan buta mahupun tuli. Jgn diperdagangkan amanah dan hak rakyat dan jangan sekali kali mengambil hak rakyat...kesannya bukan kepalang.

Fikirkanlah

Jika tiada udang disebalik batu, pasti apa apa yg dilakukan oleh sesiapa akan berjalan lancar seperti yg diharapkan...tapi jika ada udang disebalik batu...dan udang yg disebalik batu tu bukan barang seekor dua tapi banyak ekor maka akan tergelincirlah apa apa yg akan dilaksanakan...

Saturday, July 18, 2009

Yg datang ialah kebenaran dan hakikat

Hebatnya KEBENARAN kerana ia milik dan aturan Allah,ia tidak tiba dimasa yg kita kehendaki namun sekali tiba ia akan menerangi serata kegelapan/kebatilan yg ada.....sifatnya lambat kerana ia bersama kesabaran, kaedahnya benar kerana ia hikmah dan pengajaran,datangnya menggunung kerana ia hakikat yg tidak tertolak....

Alangkah hebatnya kebenaran kerana ia datang selepas kebatilan berlaku....Islam datang untuk menerangi zaman jahiliah atau kebodohan manusia. Sekali ia tiba, tiada sesuatu apapun di atas mukabumi ini yg mampu untuk menahannya...seperti mana usaha yg dilakukan oleh Kafir Quraish untuk menghapuskan dan membunuh Nabi dgn apa cara sekalipun, namun ia tetap gagal kerana kebenaran Islam itu datang bersama dengan hakikat dan hak, datang dari Sang Pencipta....dan siapakah gerangan manusia yg mampu dan mahu melawan Sang Pencipta....itulah yang difirmankan oleh Allah swt, mereka menipu diri mereka sendiri dan membinasakan diri mereka sendiri.

Keadaan yg sama juga boleh berlaku dalam aspek kehidupan kita pada hari ini. Kebenaran sifatnya lambat tapi ia hak beserta hakikat, tiada siapa yg mampu untuk menepis kebenaran. Ia datang untuk menghapuskan kegelapan dan kebatilan. Prinsip inilah yg harus kita fahami dalam kehidupan kita. Hari ini kita dibohongi, ditipu oleh rakan kita sendiri, ditipu oleh rakan kongsi perniagaan kita, difitnah oleh jiran tetangga, tema sepejabat dan sebagainya. Semua perkara itu ialah tindakan kebatilan yg dilakukan oleh orang lain kepada kita. Sedangkan kita hanya melakukan perkara yang sepatutnya kita lakukan mengikut asas dan prinsip prinsip yg ditentukan oleh agama dan peraturan umum bermasyarakat. Kita tidak melakukan apapun yg melanggar mana peraturan namun kita menjadi mangsa dalam banyk hal dan perkara, kita tetap dibohongi bukan sekali namun berkali kali, kita ditipu bukan sekali makah setiap kali, habis wang pelaburan ditipu oleh rakang kongsi, usaha yg dilakukan bersama, keuntungan yg sepatutnya dibahagi bersama, habis semua dikaut oleh rakan kongsi...inilah keadaan yg berlaku...namun kita tetap seperti sediakala, kita tetap berdiri seperti biasa, kita tetap bertindak seperti mana pertama kalinya, namun kita tetap 'terkena' berkali.....hati dan perasaan mula tidak tenteram kerana jiwa dan fikiran sentiasa bergerak mencari panduan dan retrospeksi, melihat semula seperti deja vu...

adakah kita menyesali? tidak samasekali...mungkin perasaan kita sedikit menyesali apa yg berlaku sehingga datang perasaan yg bukan bukan...sehingga timbul fikiran negatif dan sebagainya...namun sebenarnya, itu semua adalah satu proses yg perlu setiap dari kita untuk melaluinya, cuma bezanya, skrip dan jalan cerita yang berbeza...mungkin ada yg menghadapi keadaan ini dikala awal kehidupannya, ada yg dipertengahan dan ada yg dihujung kehidupan......sesungguhnya, dikeadaan ini...sebenarnya adalah suatu peringkat yg amat kritikal kerana ia menguji setiap persepsi, prinsip, nilai, jatidiri yg selama ini kita pegang, apatah lagi ia mampu menggugah IMAN dalam diri...justeru, hendaklah kita kembali kepada RABB, Sang Pencipta yg MAHA KUASA atas segala sesuatu, yg MAHA MENGETAHUI setiap sesuatu hatta perkara yg sekecil kecilnya berlaku terhadap diri kita sekarang ini.....ketahuilah bahawa kebenaran akan datang, kebenaran PASTI akan datang dan kebenaran berada disisi kita....yakinlah jika kita benar maka pertolongan Allah itu amat dekat sekali....

Jadi? Bagaimana harus kita kembali kepada Ya RABB? Kembalilah menyerahkan segala urusan kepada RABB, Sang Pencipta....

Friday, July 17, 2009

Ketahui dan fahami....

Kunci kepada segalanya di dunia ini ialah ilmu hinggakan 'in turiidud dunya faalaihi bil ilmi, wain turiidul aakhirat, faalaihi bil ilmi wain turiidahuma faalaihi bil ilm' jika kamu mahukan dunia maka hendaklah dgn ilmu, jika kamu mahukan akhirat maka hendaklah dgn ilmu dan jika kamu mahukan keduanya sekalipun maka hendaklah dgn ilmu.

Maka dengan ilmulah kita memahami konsep Iman, konsep Islam dan konsep Ihsan...dan dgn ilmulah jua kita gabungkan ketiga tiga konsep Iman, Islam dan Ihsan menjadi suatu amalan dalam kehidupan kita sebagai hamba Allah di atas mukabumi ini. Ketiga tiga konsep membawa pengertian yang amat besar kerana ia membawa keseimbangan didalam kehidupan kita seharian. Kehidupan kita sebagai hamba Allah menjadi lebih bermakna jika memahami keseimbangan yang dibawa dalam pengertian Iman Islam dan Ihsan (3i). Berbahagialah kita dibawah naungan Illahi dgn memahami dan mengamalkan 3i secara terus menerus dan berjaya mendidik jiwa dan nafsu ke arah jalan yg lurus. Berbahagialah insan yg mengerti nilai kesimbangan dalam kehidupan insaniah yg dibawa oleh 3i.

Kos tinggi,meningkat, naik, tak pernah turun.....

Public transport fares will cost 30% more from next month.

The new flag-off fare for taxis will be RM3, up from RM2, while passengers will be charged 10 sen for every 115m, instead of 150m currently.

For taxis caught in a traffic jam, the fare will be RM3 for the first three minutes and 10 sen for every subsequent 21 seconds, instead of 45 seconds previously. Taxis will also have to issue receipts.

Express bus fares will go up by two sen per kilometre, while for stage buses in Kuala Lumpur and its surrounding areas, the increase will be between 25 and 70 sen, according to the zones.

Schoolbus fares in urban areas will also increase from RM21.10 to RM27.43 for the first kilometre and from RM1.55 to RM2.02 for every subsequent kilometre.

For rural areas, the increase will be from RM15.85 to RM20.61 for every kilometre.

SOMETHING IS NOT RIGHT SOMEWHERE, WHY FARE HIKE? WHAT SERVICE TO IMPROVE? THE SAME BALL GAME IS REPEATED OVER AND OVER AGAIN...AT THE END OF THE DAY IT US, US AND US AGAIN WHO IS GOING TO PAY FOR IT....

Siapa yg naik teksi, siapa yg naik bas, siapa yg naik bas sekolah(anak anak siapa), siapa pula yg naik bas ekspress?? Cuba fikirkan?? Akibat dari polisi ini akan memberi tekanan yg lebih kepada golongan pertengahan dan bawahan, tidak mungkin anak orang kaya akan naik bas sekolah(sila buat pemerhatian di sekitar Kuala Lumpur anda akan dapati mereka diambil dan dihantar oleh 'drebar'), tidak mungkin juga orang kaya akan naik bas ekspress ke sana ke mari kecuali apabila mereka nak merasmikan perkhidmatan baru atau laluan baru atau merasmikan bas yg baru dibeli....jadi fikirkan kesan langsung kepada golongan pertengahan dan bawahan....

Malaysia oh Malaysiaku....kita negara yg paling byk persimpangan bertol, masuk bandar, keluar bandar, pergi tepi bandar, hujung bandar, seberang bandar semua bertol...

Kita juga negara yg paling banyak sumber dari alam, namun kita juga yg paling banyak cukai yg perlu dibayar, maksud saya berjenis jenis cukai. Cukai jalan dikutip, saman diberi jika tiada roadtax, namun jalan raya masih ditakuk lama, berlubang dan berlopak sana sini, yg baru dan tidak berlopak hanya di lebuh raya, manakala lebuh raya pula dikenakan cukai.....

Kita mengalami masalah untuk membuat penyeragaman dan penyelarasan polisi, terutamanya yg melibatkan kos kepada rakyat. Polisi yg diambil lebih memihak dan tidak memberi kesan faedah kepada orang ramai malah menambah kos kepada rakyat jelata.

### Ini adalah pandangan peribadi, tidak bernmaksud menentang kerajaan cuma menimbulkan isu yg tidak diberi penjelasan dengan sewajarnya. Jika inipun dianggap sebagai menentang kerajaan atas alasan mempertikaikan polisi dan dasar yg dibuat oleh kerajaan....maka terbuktilah kejumudan fikiran dan kekakuan prinsip serta penyakit 'wahan' yg menimpa para pemimpin seperti yg dinyatakan oleh Rasulullah iaitu mencintai dunia dgn berlaku serta bertindak sewenang wenangnya dgn cara yg rakus dan zalim......

Thursday, July 16, 2009

Suara Gen-Y

Malaysia mempunyai populasi seramai 25 juta, sebahagian darinya iaitu kira 11.5 juta ialah golongan muda. Berdasarkan statistik ini,ternyata dari segi bilangan, mereka adalah golongan yg amat berpengaruh secara kumpulan. Suara mereka mempunyai peranan dan membentuk aliran pemikiran muda di dalam masyarakat. Dalam konteks politik, mereka inilah yg pulang ke kampung masing-masing dan membentuk pemikiran serta mengolah cara berfikir mereka yg berada di kampung. Manakala di bandar pula, golongan muda inilah yg membentuk pola pemikiran tertentu dlm aspek sosial, politik dan terutamanya ekonomi.

Memahami interaksi yg pelbagai dikalangan generasi muda ini sangatlah penting dan utama. Siapakah mereka? Apakah pola pemikiran mereka? Apakah yg membentuk cara mereka berfikir? Siapa yg mempengaruhi mereka? Bagaimana mereka terpengaruh? Bagaimana mereka membentuk pola pemikiran dan apakah faktor faktor yg membentuk? Untuk mengetahui semua maklumat ini perlu ada strategi tersusun dikalangan pembuat dasar dan pihak pemimpin atasan. Perlu ada mekanisma jangka pendek dan jangka panjang, perlu mengetahui apa sebenarnya yg menjadi faktor pemangkin pola pemikiran mereka.

Memang benar, mungkin tiada suatupun jawapan yg pasti terhadap isu pemikiran generasi muda ini, namun ia tidak semudah yg difikirkan. Ia tidak semudah yg dijangkakan dan ia tidak semudah utk diselenggara. Ia memerlukan input yg benar dan tepat, bukan sekadar hasilan perbincangan pakar pakar semata mata malah ia perlu lebih mendalam lagi dengan melibatkan kutipan dan dapatan dari responden iaitu golongan muda dari pelbagai peringkat samada di bandar, di luar bandar, yg berpendapatan rendah, berpendidikan tinggi dan sebagainya. Justeru, perlu ada usaha penyelidikan yg menyeluruh terhadap pola pemikiran generasi muda ini, bukan sekadar penyelidikan biasa semata semata yg hanya mencapai satu dua objektif namun usaha penyelidikan yg melibatkan kelompok para penyelidik yg ramai dlm pelbagai bidang seperti politik, sosiologi, ekonomi, psikologi, media baru atau komunikasi massa, ICT, bidang maklumat dan sebagainya. Setiap satu disiplin menumpukan kepada beberapa objektif yg berkait rapat dgn bidang bidang tertentu dan aspek kritikal berkaitan generasi muda serta pola pemikiran mereka. Ia juga harus mencakupi pelbagai lapisan generasi muda.

Wednesday, July 15, 2009

Trend......pattern.....reaksi.....tingkahlaku

Pemikiran individu ditentukan oleh berbagai faktor dalaman, luaran, pengalaman, ilmu dan pengetahuan...kemurnian pemikiran terhasil dari kemurnian jiwa yg kemudian membentuk aliran pemikiran dan pola pola pemikiran tertentu. Secara mudahnya, pemikiran insan ditentukan oleh faktor pengetahuan dan pengalaman yg dilalui.

Trend pemikiran ketuhanan ditentukan melalui pemerhatian yg teliti tentang alam semesta. Pencarian individu terhadap nilai ketuhanan yg menjurus kepada siapakah Sang Pencipta, siapakah Tuhan itu sebenarnya ialah melalui bukti rasional yg didapati melalui pemerhatian terhadap alam semesta yg akan memberi reaksi rasional kepada soal jawab diri tentang siapa pemiliknya....Contoh: Lihat pencarian Rasulullah saw dan Ibrahim alaihissalam terhadap Sang Pencipta yg tercatat dalam sirah. Terdapat berbagai peringkat kefahaman yg dilalui; proses pengasingan, proses pemerhatian, proses pemahaman, proses rasionalisasi, proses pengetahuan yg telah dilalui oleh Rasulullah saw sehingga terjadinya peristiwa turunnya wahyu yg pertama yg mengajar dan menambah proses proses tersebut kepada kunci utama pengetahuan iaitu BACA=ILMU. Manakala subjek kajian ialah alam semesta, makmal terbesar untuk dikaji dan dihalusi setiap aspek yg mendasari kehidupan manusia itu sendiri. Oleh itu, apabila Rasulullah saw dibentangkan dan dihadapkan dengan suasana jahiliah, rutin dan budaya jahiliah, maka baginda menjauhkan diri kerana ia tidak setimpal dengan apa yg dipelajari dan difahami melalui pemerhatian kepada alam semesta. Pemerhatian terhadap alam semsta merupakan cara terbaik memahami Sang Pencipta, cara utama mengetahui arkitek yg membentuk dan menjadikan alam semesta sedemikian rupanya, tentunya nilai ini bertentangan dengan sembahan berhala yg dianggap sebagai Tuhan oleh para jahiliah.

Justeru, ajaran dalam al-Quran menyuruh kita melalui proses tersebut untuk membentuk pola pemikiran universal melalui proses membaca, memerhati, menyelidik, memikir, memahami tentang kejadian alam.

Monday, July 13, 2009

Orang luar orang tempatan orang asing

Senario 1:

Singgah di sebuah stesen minyak di Kota Damansara utk isi minyak....tergantung didada pekerja yg menjaga kaunter...penyelia namanya Johib, rasanya Bangladeshi...sebelahnya Siti Nor budaj\k Melayu dlm lewat 20an tapi tertulis di 'tag' jawatan ' 'clerk'...suatu pemandangan biasa di Malaysiaku yg tercinta dan sedang maju ini....soalannya..........siapa yg dianak tiri, siapa yg terpinggir dan siapa yg diutamakan, siapa yg lebih dipercayai.....oh Malaysiaku....

Senario 2: Baru mendarat di Incheon Airport, South Korea....ada persidangan antarabangsa selama 3 hari di sana...aku salah seorang peserta dan pembentang kertas kerja....terasa nak buang air sesangat...masuk tandas...wow bersihnya tandas kt sini, berkilat kilat...tukang cuci En Oh (orang Korea) sudah agak berumur dlm lingkungan 50an...tidak ku temui di sini Mat Bangla @ India....pekerjanya masih orang tempatan...Oh Malaysiaku yg ku cintai....

Ku jenguk keluar dari airport mencari perkhidmatan bas, keretapi atau teksi utk ke hotel...semua made in Korea...kereta Hyundai, teksi Daewoo, drebar korea, bas Kia, express train Daewoo....semua korea...sudah 3 jam aku di sini...tidak ku temui made in OVERSEA lagi setakat ni...

aku mahu..semua mahu

Pembangunan tidak ditolak...malah ia adalah hak pemerintah kepada rakyatnya....mana mungkin pembangunan dicanang hanya utk rakyat menaruh undi...mana mungkin nikmatnya hanya sebilangan kelompok kecil yg membangunkan 'apa itu pembangunan' walau benar bahawa nikmatnya untuk semua......aku sokong pembangunan dan aku tetap menyokongnya sampai bila bila...namun aku terdetik memikirkan persoalan persoalan pembangunan ini?

Aku setuju ada highway utara selatan, aku setuju ada KLIA, KLCC, Twin towers...aku suka segalanya tentang pembangunan.....yg tidak aku sukai ialah pengisiannya....isunya ialah siapa yg boleh mengubahnya???

Aku suka lebuhraya...tapi aku tak suka bila aku kena bayar harga utk menggunakannya dengan kadar yg melampau....aku tahu dan faham bahawa bayaran yg dikenakan adalah kos untuk mengadakan lebuhraya itu namun takkan sebanyak itu...takkan bayaran itu tidak kurang kurang malah sentiasa naik....takkan kos penyelenggaraan itu lebih mahal dari kos membinanya...justeru itu kos bayaran harus sentiasa dinaikkan....

Aku suka hospital yg dibina lebih baru dan moden...tapi takkan kos perubatan sentiasa naik...adilkah untuk aku....adakah yg boleh sakit dan menikmati perkhidmatan perubatan terbaik itu sikaya sahaja...yg miskin tidak layak utk sakit kerana simiskin tak berpenyakit pelik pelik dan hebat hebat...hanya sikaya yg perlukannya kerana sikaya penyakitnya pelik pelik dan hebat hebat..makanan pun pelik...gaya hidup pun pelik....

Aku suka jalanraya baru terutamanya yg baru diturap...tiada lubang atau lopak kecil....ia mahal tapi apakah ia semahal itu.....adakah ia semahal kereta simiskin berbanding kereta kepunyaan sikaya yg harganya ratusan ribu ringgit yg apabila terlanggar bonggol atau lopak atau lubang apa sekalipun di jalanraya tiada terasa perlanggaran itu malah tiada bunyi bergemerincing bunyi besi berlaga...berbanding kereta simiskin.....sejarah dan lingkaran ganas berulang kembali....

Saturday, July 11, 2009

+ two, oxygen....udara air oksigen darab bahagi

Firman Allah swt.' ...aku jadikan kamu berbilang kaum dan bangsa agar kamu saling mengenali....'

Maksud sebahagian dari ayat yg memberi makna jelas dan terang, tiada yg tersembunyi,justeru memberi makna bahawa berbilang kaum dan bangsa adalah berbilang ragam, budaya, pengalaman, bahasa, kepandaian, cara dan ilmu.....kita yg hidup pad ahari ini diminta untuk mengenali dan memajami....

Proses mengenali satu sama lain meliputi proses mengkaji, memahami, mempelajari dan sebagainya tentang bangsa atau orang lain. Justeru, bahasa melayu adalah hasilan dari lahirnya sebuah bangsa Melayu itu sendiri...nah lahirlah bahasa MELAYU itu sendiri...bahasa komunikasi dan penyampaian ilmu sejak turun temurun, bahasa perdagangan hingga menjadi lingua franca...bahasa kitab kitab kuning, kitab lama yg ditulis...bahasa tafsiran isi kandungan alQuran walau AlQuran itu sendiri dalam bahasa arab...bahasa perhubungan sesama....

Jadi mana mungkin dalam konteks PPSMI...kita ingin menyampaikan ilmu, memudahcara utk generasi muda kita memahami dan menguasai ilmu matematik, sains yg diadaptasi dari pelbagai peradaban - Greek, Yunani, Arab, Eropah dsb...lalu kita memaksakan ia disampaikan dlm mode komunikasi yg tidaklah begitu asing namun tidak begitu dikuasai oleh warga generasi muda kita atas dasar supaya bahasa Inggeris itu sendiri menjadi maju dan ampuh dikalangan muda mudi...mana mungkin ilmu Matematik itu akan dikuasai apatah lagi ilmu sains itu sendiri....

Perspektif yg boleh difahami dan mungkin ia sama sekali salah namun analisa yang boleh difahami melalui PPSMI ialah agenda pengasingan elitis dan kaum bawahan....mereka yg sedia terdedah dgn bahasa Inggeris, yg mengguna Inggeris sebagai perbualan harian dirumah, anak bandar, mereka yg duduk dibandar, mereka yg biasa bercuti di luar negara...mereka yg memang biasa dgn bahasa Inggeris ini...dan selalunya mereka adalah golongan pertengahan dan majoritinya ialah golongan atasan dan bangsawan....mereka sama sekali tiada kepayahan utk menguasai bahasa Inggeris dan apatah lagi memahami dlm konteks penyampaian Matematik dan Sains...jadinya merekalah yg akan terus kehadapan....

Perbezaannya...bagaimana pula anak kampung...bagamana pula mereka yg berasal dari kampung, berkomunikasi cara kampung....duduk di kampung, bergelumang dengan lumpur di dalam paya....apakah nasib mereka?? sebenarnya untuk menguasai bahasa Inggeris perlu ada cara lain...kaedah lain....bukan cara menginggeriskan matematik dan sains....anak anak kampung ini akan terus ketinggalan dalam penguasaan ilmu matematik dan sains...sebabnya...mereka tidak faham dan memahami dalam konteks penyampaian bahasa Inggeris...bagaimana mungkin negara negara besar seperti Korea dan Jepun, hatta China sekalipun boleh berjaya sama sekali tanpa perlu bertindak menginggeriskan sains dan matematik....kesian orang kampung....

yang kaya akan terus kaya..yang miskin akan terus miskin...akan hanya ada sebahagian kecil dari yang miskin ini akan berjaya keluar dari kepompong kemiskinan dan meraih taraf hidup yang lebih baik....cuma sebahagian kecil...manakala yg kaya akan terus menguasai arena.....politik, ekonomi, sosial dan sebagainya walhal dari segi kualiti mereka sama sahaja dengan yg miskin cuma peluang mereka lebih baik.....peluang mereka tersedia....yg miskin perlu berebut...yg kaya disogokkan......akhirnya lingkaran ganas dan kejam itu berulang lagi buat sekian kalinya.....

Thursday, July 9, 2009

Sorotan Melayu...kita sensitif!

Tahap Biasa:

Kita bangsa sensitif...sensitif segalanya..terutamanya sensitif terhadap saudara sendiri, rakan sendiri, keluarga sendiri, jiran tetangga....kita sensitif kpd semua perkara.....sensitif terhadap perkara ranting berbanding yg pokok...kita sensitif jika dlm majlis perkahwinan tiada bunga manggar, tiada bunga telur, tiada kad jemputan yg berbau wangi yg ada gambar dan sebagainya, kita tidak pula sensitif kepada pengantin yg terpaksa bergolok bergadai, meminjuam dri bank kepada segala rakyat jelata di negara ini Bank Rakyat....

Tahap Pertengahan:

Kita sensitif jika jiran kita tukar kereta baru....pindah rumah baru, tukar perabot, langsir dan sebagainya....rakan kita sepejabat naik pangkat sedangkan kita tidak....walau yang sepatutnya kita patut tumpang gembira kerananya namun oleh sebab kita sensitif kita sanggup menikam dari belakang.....tidak pula kita sensitif bila rakan atau jiran kita pergi mekah utk umrah atau haji malah kita kata....takpe aku belum sampai seru, takpe nanti pencen aku pergilah...tak pulak kita sensitif perkara yg sebegitu.....kita sensitif bila rakan atau jiran pergi surau sehingga kita katakan 'nak tunjuk alim le tu'

Tahap Kronik:

Kita teramat sensitif dengan bual bicara orang lain sehingga kita sanggup memutuskan hubungan kerana terdengar khabar si fulan dan si fulan itu mengata sesuatu tentang kita....ini tahap paling kronik sehingga mampu merosakkan hubungan sesama saudara, jiran tetangga, masyarakat....dan negara.
Kita rupanya punya pelakon hebat seperti Raja Mendeliar yg suka membawa cerita dan fitnah hingga menjatuhkan Melaka...sesungguhnya sejarah telah, sedang dan pasti berulang....

Kita sensitif yg bukan bukan kerana kita berfikiran negatif...kita gagal utk bersikap positif...selalunya bersikap positif hanya bermain dibibir mulut tetapi tidak dalam tindakan.....sebenarnya hakikat yg saya lihat...kita lebih bersikap 'energy sucker' berbanding 'energy giver'....

Melayu Oh Melayu......

Agak sukar utk membicarakan isu Melayu...kerana ia dianggap sensitif bagi kebanyakan orang. Ia sensitif utk dikupas oleh mereka yg bukan penyokong kerajaan@mungkin ia sensitif bg mereka yg tidak menyokong kerajaan mahupun pembangkang, bahkan ia sensitif bg sembarang org kerajaan kerana mungkin dianggap musuh dlm selimut.....justeru ia sememangnya sensitif, kerana kita bangsa yg sensitif, sensitif tak tentu pasal, sensitif dlm perkara tertentu, sensitif terhadap ahli keluarga dan bangsa sendiri namun tidak kepada orang lain yg bukan Melayu, kita sensitif dlm semua perkara.

Namun, sy tetap ingin membuat sorotan kerana kebenaran@fakta, walau kebenaran itu sukar utk diterima oleh semua orang, kebenaran itu sentiasa pahit berbanding kekufuran mahupun kesalahan....kerana melakukan kesalahan mahupun kebejatan itu lebih sentiasa manis sementara....kebenaran adalah hakikat yg terpendam, sukar diterima....justeru kebenaran selalu datang lewat diketika kebejatan telah maharajalela, diketika kezaliman telah merata alam tersebar luas...maka kebenaran akan datang kepada sebahagian orang dan tidak sebahagian yg lain...itulah hakikat kebenaran...lihatlah dalam sejarah...telusuri sejarah kita pasti melihat hakikat kebenaran itu...lihat Greek, Macedonia, tamadun Rom dan Parsi, tamadun China, tamadun India dan hatta tamadun Islam....kerana SEJARAH pasti berulang....

Melayu...oh Melayu.....kita bangsa yg hebat, cerdik, kreatif, penyayang, lemah lembut, sopan santun dan berbagai lagi....kita bukan orang gasar, org yg kasar justeru itu kita mampu berseloka, bergurindam, bermadah, bersajak, berpantun....dlm bahasa pasar kita adalah bangsa 'jiwang', kita bangsa 'penuh emosi'....namun hari ini, kebanyakkan nilai tersebut telah terhakis walau cuba dipertahankan....kita kembali seperti dulu, dulu kita dijajah secara fizikal, namun hari ini, hari semalam dan hari akan datang kita dijajah akal dan fikiran...

Kembara Insan Melalui 3i-Siri 2

Kita manusia lahir dgn tujuan dan makna yang amat besar, samada kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan dunia ini. Kita digelar sebagai Khalifah Allah di atas mukabumi, kita menggendong amanah Sang Pencipta. Kita diberi amanah untuk mengurus diri sendiri, keluarga dan masyarakat serta dunia dan isi isinya sekali. Tidak lah amanah itu sengaja dilonggokkan kepada kita melainkan diri kita sendiri yang telah menyanggupinya.

Tujuan dan makna kehidupan yang amat besar ini diterjemahkan sebagai 'untuk beribadah kepada Allah semata mata' bukan untuk perkara lain selain dari Allah. Disini ternyata konsep ibadah merupakan aspek yang mendasari kehidupan manusia. Ibadah dalam konteks yang luas. Ibadah dalam konteks Iman, Islam dan Ihsan, yang menyeimbangi segala perkara dalam kehidupan kita, yang tidak melebihkan sesuatu dengan sesuatu yang lain. Ini termasuklah ibadah yang berbentuk khusus mahupun umum. Segalanya adalah ibadah jika disandarkan kerana mematuhi perintah Allah, jika dilakukan demi Allah dan bukan demi makhluk makhluk lain ataupun tuhan tuhan lain yang tidak layak dipanggil tuhan sebenarnya dan bukan itu sahaja, malahan ia perlu disertai dengan timbangan yang tidak ternampak oleh mata kasar, tidak terjangkau oleh timbangan dan perkiraan matematik akal manusia iaitu keikhlasan ketika melakukan semua perkara.

Justeru, memberi perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya kepada konsep 'balance' ataupun seimbang didalam perlaksanaan Iman, Islam dan Ihsan merupakan perkara paling utama. Kita sebagai insan selalu gagal kerana kita tidak melihat Iman, Islam dan Ihsan (3i) sebagai satu pemahaman yang satu sebaliknya sesuatu yang berasingan. Sebenarnya 3i ialah konsep yang satu, yang saling bergantungan antara satu sama lain yang perlu dilaksanakan dalam bentuk yang holistik@menyeluruh, seimbang antara satu sama lain. Tidak boleh ditinggal salah satu mahupun memberi perhatian yang lebih kepada aspek tertentu lalu meninggalkan elemen yang lain. Jika kita gagal memahami kesimbangan yang perlu diatur sebagai hamba Allah di atas mukabumi ini, maka kita juga akan gagal untuk membawa dan melaksanakan amanah Allah diatas mukabumi.