Monday, March 30, 2015

Gen Y yang hebat.....



Sketsa sepetang di suatu tempat nun jauh di hutan belantara benua Afrika....

Sindrom Gen Y....
Si Tukang Sapu ini memanjangkan pesanan dari Si Tukang Cari dan memaparkan makluman ke dalam group Whatsapp sekumpulan insan hebat Gen Y berkenaan dengan peluang praktikal di Syarikat Bawah Bumi Atas Langit Sdn Bhd....

"Makluman semua....Sykt Bawah Bumi Atas Langit Sdn Bhd menawarkan tempat latihan praktikal kpd sesiapa yg berminat---sila layari laman web sykt--elaun praktikal akan juga diberi"
Si Tukang Sapu merasa amat lega kerana telah menyampaikan maklumat tersebut dan sekurang kurangnya ia mungkin berguna dan dapat membantu ahli kumpulan Gen Y itu.
"alhamdulillah aku telah sampaikan pesan kawan ku si Tukang Cari ni...moga moga group hebat Gen Y ni akan berjaya memohon tempat latihan praktikal tu nanti...." getus hati Si Tukang Sapu.
Tak lama kemudian bertalu talu soalan masuk ke Whatsapp si Tukang Sapu....mcm mcm soalan ditanya oleh para ahli kumpulan Gen Y yang hebat itu....antaranya;
Dimana lokasi pejabat?
'Best' ker praktikal di situ?
Apa alamat website?
Kawasan mana lagi ditawarkan tempat latihan?
Berapa elaun akan diberi?
Maklumat permohonan akan dihantar kepada siapa?
Bila pihak sykt akan memberi maklumbalas?
Ada rumah sewa terdekat ker?
Sekonyong konyongnya maka si Tukang Sapu merasa dunia nya berputar, tidak disangka kongsi maklumat tersebut membuat dunia nya tiba tiba 'kecoh'. Dia merasa sangat serabut dan sangat tertekan dengan berbagai soalan bijak dari group Gen Y sehingga pening kepala untuk menjawab dan menyusun ayat untuk semua jawapan...lagipun semua maklumat itu bukan dalam bidang pengetahuan si Tukang Sapu untuk menjawabnya.....tambahan pula dia punya tugasan sendiri untuk diselesaikan....ada banyak kawasan lagi untuk di sapu, dan ada banyak sampah lagi untuk dibuang....kerja banyak tertangguh....hanya semata mata berfikir dan menyusun ayat untuk menjawab soalan soalan ahli kumpulan Gen Y yang datang menderu....
Sehingga saat ini si Tukang Sapu masih termangu memikirkan jawapan apa yang hendak diberi....
Bolehkah teman teman tolong bantu si Tukang Sapu ni? Harap dapat bantu kerana si Tukang Sapu ini bukanlah seumpama si Tukang Cari dan bukan juga si Gen Y yg hebat2 belaka.....si Tukang Sapu hanya sekadar mahu membantu dengan berkongsi maklumat yang diberi oleh si Tukang Cari....

Tuesday, March 10, 2015

Ubah dan berubah




What disturbs you most:
Your past, present, or future?

Your PAST can be rectified in a moment through Repentance.

Your PRESENT can sweetened in a moment through contentment with Allah's decree.

Your FUTURE can be beautified in a moment through reliance upon Allah.

FIX YOUR LIFE IN A MOMENT...
Sent from my iPhone

Friday, February 13, 2015

Murabbi yang pergi



Murabbi Ummah ini telah pergi buat selamanya....


Al Fatihah buat Tuan Guru Dato Bentara Nik Abdul Aziz Nik Mat.......moga Allah redha dengan mu dan tempatmu dikalangan orang orang yg soleh dan muttaqqin....



Image result for nik abdul aziz images

Al-Fatihah untuk Tuan,
semoga damai di sana
jauh dari riuh rendah sorak sorai
politik dan politikus
yang masih terlalu leka
dan terlalu lupa
bahawa Izrail sedang mengintai mereka
dari balik kaca jendela.
Alfatihah utk TNGA         (Azam Shah,2015)


APA HEBATNYA DIA DI MATA KITA?
Hebatnya dia bukan kerana harta atau pangkat
Hebatnya dia kerana sentiasa menyampaikan amanat
Nasihatnya seperti mangnet yang melekat
Karisma kepimpinannya sukar digugat
Kezuhudannya mempamerkan berkat
Seluruh kehidupannya bekalan untuk negeri akhirat
Kini ruhnya sudah diangkat
Perginya tiada ganti dan pasti dingat....

Tuesday, January 27, 2015

Faham itu berbeza.....

Assalamualaikum wrt. wbt.

Faham itu berbeza dengan tahu, faham juga berbeza dengan alim, cerdik juga berbeza dengan faham, bijak juga tidak semestinya faham. Menjadi bijak tidak semestinya faham. Cerdik juga tidak menunjukkan seseorang faham. Berilmu juga tidak semestinya faham. Menjadi cerdik, atau bijak, atau alim perlu kepada faham atau kefahaman.

Faham atau kefahaman itu ialah "faqqih' iaitu suatu kurniaan Illahi kepada sesiapa yang Allah kehendaki akan kebaikan. Jika kita faham walau ilmu tidak melangit, ia lebih baik berbanding ilmu banyak akan tetapi tidak memahami. Apabila kita memahami maka kita akan lebih bijaksana dalam tindakan tindakan, akan lebih berhikmah dalam perhubungan sesama insan dan lebih bersifat tawadhuk.

Kita gagal memahami maka kita juga gagal menerima mesej mesej hikmah dalam kehidupan. Kita gagal memahami bahasa tubuh badan. Apabila kita memahami kita akan lebih 'responsif' terhadap indikator indikator kehidupan.

Belajarlah untuk memahami, dengan bersungguh memerhati dan menganalisa apa jua yang berlaku dalam kehidupan. Belajarlah untuk lebih mendengar daripada memperdengarkan ucapan atau kata kata kita kepada orang lain. Jadilah pendengar yang baik agar dapat lebih memahami.

Kefahaman itu anugerah untuk kita tahu dan mendalami insan lain. Jika kita faham maka kita akan tahu dan mendalami serta menyelami mengapa seseorang itu marah, sedih, kecewa, murung, gembira dan pelbagai lagi kerenah dan gaya seseorang.

Kefahaman itu juga anugerah untuk kita memahami dengan ilmu mengapa Allah menjadikan kita dan menghidupkan kita di dunia ini. Memahami apa tujuan hidup. Mengerti akan hakikat hidup.

Justeru, fahamilah mengapa orang lain menghadapi kehidupan yang susah agar kita mengerti akan erti kesusahan itu, lalu kita mampu mengusahakan sesuatu agar bantuan dapat diberi dalam apa jua bentuk sekalipun. Fahamilah mengapa anak yatim itu perlu perhatian kita. Fahamilah juga mengapa orang sakit itu perlu semangat dan sokongan kita. Fahamilah mengapa sesuatu itu berlaku dalam kehidupan kita. Tidak berlaku sesuatu peristiwa dalam hidup kita sama sekali tanpa izin dan ketentuan Illahi.Ia takdir yang ditentukan kepada kita semua.

Berdoalah kepada Illahi agar setiap dari kita diberi anugerah kefahaman agar kita jadi insan yang perihatin dan mengerti akan kehidupan, mengerti akan kehidupan dan mengerti akan hakikat Allah swt. Banyak perkara akan selesai, kedamaian akan mendatangi, kebahagiaan akan meliputi hidup jika kita memahami dengan ilmu yang benar........

Wednesday, January 21, 2015

Tercari dan mencari.....

Assalamualaikum wrt. wbt.

Tercari cari...lalu ketemu dengan KONONnya apa yang dicari dan menyangka bahawa itulah yang diCARI tanpa sedar bahawa ia bukanlah apa yang diCARI......akhirnya terjerumuslah ke "dholaalah". Walhal sebenarnya, apa yang dicari itu sudah ada sejak sekian lama didepan mata.....Hanya sanya kita sedar atau tidak? Dek kerana tiada ilmu untuk menyedari bahawa ia yang kita CARI selama ini. 

Belajarlah, dan bergurulah kalian dengan guru murshid dan muktabar, bukan guru sesat dan menyesatkan. Fikirkan pula kemudian, tapis lah pula, tanyalah soalan kepada guru atau ustaz, rujuklah alQuran dan asSunnah. Tapis lagi dan lagi, fikir dengan kefahaman jika kalian merasa ada sesuatu yang ganjil dan pelik akan sesuatu ilmu atau perkhabaran lalu tanyakan mengapa ia tidak sama malah amat berbeza dengan kebanyakan orang, semaklah ia, tanya pula kepada ramai guru atau ustaz sehingga kalian pasti akan sesuatu kebenaran, bukan semata mata bergantung hanya kepada seorang guru atau ustaz.

Allahu mustaan..... 

Justeru, agar tidak SESAT dihujung jalan, Nabi saw menunjuk caranya dengan doa 

"اللَّّّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْياَ وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَجَّالِ." 
Muslim No 588


Dan juga doa “Allahumma, ya muqallibal-qulub, thabbit qalbi ‘ala dinik wa ‘ala thoatik”
حَدَّثَنَا هَنَّادٌ حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ أَبِي سُفْيَانَ عَنْ أَنَسٍ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُكْثِرُ أَنْ يَقُولَ يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ آمَنَّا بِكَ وَبِمَا جِئْتَ بِهِ فَهَلْ تَخَافُ عَلَيْنَا قَالَ نَعَمْ إِنَّ الْقُلُوبَ بَيْنَ أُصْبُعَيْنِ مِنْ أَصَابِعِ اللَّهِ يُقَلِّبُهَا كَيْفَ يَشَاءُ قَالَ أَبُو عِيسَى وَفِي الْبَاب عَنْ النَّوَّاسِ بْنِ سَمْعَانَ وَأُمِّ سَلَمَةَ وَعَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو وَعَائِشَةَ وَهَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ وَهَكَذَا رَوَى غَيْرُ وَاحِدٍ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ أَبِي سُفْيَانَ عَنْ أَنَسٍ وَرَوَى بَعْضُهُمْ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ أَبِي سُفْيَانَ عَنْ جَابِرٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَحَدِيثُ أَبِي سُفْيَانَ عَنْ أَنَسٍ أَصَحُّ
At Tarmizi No 2066