Monday, August 8, 2016

Santuni hubungan sesama...

Assalamualaikum wrt. wbt.

Lihatlah manusia yang terkadang lupa terkadang ingat. Lihatlah saudara mara, sahabat handai yang terkadang kita tanya khabarnya dan terkadang kita lupa betapa mereka dalam keadaan kesempitan, susah dan sakit. Inilah kehidupan. Sebentar diatas dan kemudian dibawah. Pabila diatas, ingatlah dan syukurilah, manakala pabila dibawah maka redhalah dan pasrahlah kerana ujian Allah itu merupakan mesej mesej harmoni Khaliq kepada makhlukNya..

Terkadang kita terlanjur melakukan kesilapan, lalu Allah swt berikan satu peristiwa sebagai peringatan buat hambaNya agar terhapus dosa dari kesilapan tersebut atau kita sedar bahawa ia satu kesilapan. Ini kerana hakikatnya Allah swt sayangkan akan semua hambaNya.

Kesemuanya yang dibicarakan diatas ialah soal hubungan dengan Allah dan sesama manusia. Di Syawal yang mulia ini, kita terus meraikan hubungan sesama manusia dan pada waktu yang sama mengingati Dia yang menganugerahkan umur yang panjang lalu kita menikmati Ramadhan penuh berkah dan Syawal yang mulia. Atas dasar yang sama, ramai yang meraikan sahabat handai, saudara mara dengan menjemput mereka semua ke rumah terbuka Dan jamuan Aidilfitri disamping merapatkan hubungan, turut menjamu juadah pelbagai sebagai meraikan tetamu. Ini yang dianjurkan sesama insan. Ia adalah sedekah dan amalan menjamu tetamu ini adalah apa yang disunnahkan oleh Rasulullah saw.
Displaying 2016-07-24-PHOTO-00000133.jpg  

Displaying 2016-07-24-PHOTO-00000138.jpgDisplaying 2016-07-25-PHOTO-00000045.jpg
























Hari ini tanggal 24 Julai 2016, aku sepatutnya menghadiri Jamuan Aidilfitri yang dianjurkan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia untuk semua rakyat Malaysia yang jauh atau dekat. Ia sesuatu yang aku teruja kerana ia dilangsungkan di Hutan Melintang, Bagan Datok, daerah kampungku. Tentunya jika aku hadir, aku akan ketemu rakan taulan, rakan persekolahan, saudara mara, jiran tetangga yang telah lama tidak kutemui. Bukan mudah menganjurkan program sedemikian rupa dan aku pula tidak punya ruang masa yang banyak tatkala balik ke kampung halaman untuk menziarahi saudara mara yang dekat dan jauh. Jadi inilah masanya peluang dan ruang waktu yang ada semua orang hadir dan boleh beramah mesra.
Akan tetapi apakan daya, aku ada urusan lain di tempat lain pada waktu yang sama. Rasa sangat rugi kerana tidak dapat menyantuni dan merapatkan silaturrahim bersama rakan rakan dan sahabat sekalian. Banyak mesej yang diterima bertanyakan samada aku bileh hadir atau tidak. Masyaallah, ramai rakan yang menjangkakan aku akan balik kampung dan hadir. Tiba tiba aku menjadi syahdu.

Julung kalinya program sedemikian dianjurkan di kawasan ini. Apapun objektif dan matlamat program ini, ia tetap terkandung dalam kerangka menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia adal sahaja ia tidak dicampuri dengan perkara maksiat yang boleh menjerumus kelembah hina dan dosa.

Secara peribadi, aku mengucapkan syabas dan tahniah kepada DS Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia kerana atas daya usahanya, maka program ramah mesra Aidilfitri ini dapat dijayakan. Aku juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada rakan dan sahabat yang terlibat secara langsung menjadi jawatankuasa penganjur dalam menjayakan program ini. Moga Allah membalas segala amal dan usaha kalian.





No comments: