Monday, August 8, 2016

Kata kata yang berbalik....

Assalamualaikum,

Pembaca blog saya yg dikasihi,


Petang kelmarin aku terkejar kejar menyiapkan satu tugasan. Sehingga ke hari ini, tugasan itu sudah hampir siap manakala tugasan lain pula sedang menanti. Seorang teman sekolahku pula mengajak ku menghadiri majlis hari raya di pejabatnya tidak jauh dari pejabatku. Aku mengajak serang rakanku pula menemaniku ke majlis tersebut.

Dalam perjalanan itu sang teman memulakan bicara "Hari ini banyak yang sudah berbalik ya!" Ujarnya. "Apa maksudmu?" Kataku. "Apa yang satu pihak katakan kepada satu pihak yang lain kini telah berbalik, malah dalam banyak hal ia hanya menjarakkan lagi jurang ketidaksefahaman..." Tambahnya lagi.

"Apa kau maksudkan dengan apa yang berlaku hari ini dalam masyrakat kita?" Tanyaku. "Ya itulah...kau baca jer dalam blog dan fb serta sumber lain..." Jawab sang teman. Aku mengangguk lesu tanda setuju dengannya. Saat itu kami telah sampai di majlis hari raya di pejabat rakanku pula.
Displaying 2016-08-08-PHOTO-00000031.jpg

Sambil itu aku menyambung bicaraku "Bro, inilah kehidupan, ia akan sentiasa berbalik kepada diri terutamanya ungkapan, sindiran, kutukan dan kecaman yang dilempar kepada orang lain....sebab itu aku malas sangat sangat walau semarah mana pun untuk mengeji aau menyindir orang lain dengan kata kata kesat atau kasar atau sumpahan...lagipun ia bukan saranan akhlak terpuji yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw" aku menambah. Rakanku pula mengangguk tanda setuju. Kami terus menuju ke pejabat dimana lokasi majlis jamuan hari raya ini diadakan. Alhamdulillah, rakanku ini ialah seorang auditor yang berjaya dan menjadi rakan kongsi dalam syarikat audit yang diurusnya. Setiap tahun dia akan mengadakan majlis jamuan hari raya dan mengajakku hadir. Santapan kambing golek yang sedap sentiasa menjadi tarikanku untuk hadir. Pada majlis yang sama dia akan menyampaikan sumbangan bantuan kepada anak anak yatim dan rumah anak yatim yang berdekatan. Sesuatu yang aku puji kerana ia ialah saranan Allah swt dalam menyantuni dan membantu asnaf asnaf.

Dalam hal memberi khidmat dan bantuan kepada pihak yang memerlukan ini, aku juga mengusahakan dan membantu dalam konteks di Daerah Parlimen Bagan Datok. Baru baru ini telah siap Rumah Anak Yatim Hamidiah yang dibina di atas tapak tanah seluas 6 ekar milik pusaka keluarga YAB DS Dr Ahmad Zahid Hamidi yang telah dipindah milik kepada Rumah Anak Yayim Hamidiah ini dan sebahagian dari tanhanya telah didirikan beberapa blok asrama lelaki dan perempuan, pejabat, dewan makan, padang permainan dan ruang pembelajaran serta perpustakaan. Ia usaha bersama aku dan rakan rakan lain selama 4 tahun. Terimakasih Tim Kerabad; Sdra Fahlazi Mualib, Sdra Nizam, Sdra Khatab dan lain lain yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan usaha murni ini.

Atas kesedaran akan perlunya anak anak yatim di Daerah Kecil Bagan Datok ini dibela, diberi perlindungan, dan keperluan dipenuhi dari segi pendidikan dan kehidupan maka hari ini telah berdiri megah dan siap sepenuhnya Rumah Anak Yatim Hamidiah di kawasan Rungkup-Sg.Nipah yang akan beroperasi tidak lama lagi insyaallah.

Usaha murni ini moga moga diredhai Allah swt. Catatan ini hanya sekadar berkongsi cerita dan bukannya menunjuk nunjuk atau niat bermegah dan sebagainya. Ia sekadar memberi contoh bahawa apabila kita menyibukkan diri dan memberi fokus kepada menatijahkan sesuatu, maka sesuatu itu insyaallah akan terhasil berbanding terlalu memberi fokus kepada menuding jari dan menberi komentar yang tidak sihat terhadap sesiapapun. Ingatlah bahawa sesuatu yang diungkap atau diperbuat itu akan berbalik kepada siapa yang melakukannya atau mengungkapnya. Moga moga kita dipelihara dari perkara mahupun kata kata dan perbuatan jelik sedemikian. Dan moga moga matlamat dan impian menjadi Muslim dan Mukmin sejati dan sebenarnya akan tercapai. Insyaallah.

No comments: