Assalamualaikum wrt wbt
Saya teringat teringat satu ayat pendek Allah
berfirman "demi masa sesungguhnya manusia sentiasa dalam kerugian
melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta mereka yang berpesan
pesan dengan kebenaran dan berpesan pesan dengan kesabaran"..
Ayat ini pendek dan penuh bermakna.
Ia ringkas dan merangkumi seluruh hidup manusia. Betapa kita rugi kerana
berbuat perkara yang sia sia.
Lantas Allah menyatakan dengan
beriman kepadaNya dengan sebenar benarnya lalu beramal soleh serta berpesan
atau nasihat menasihati dengan kebenaran dan kesabaran. Ringkas, mudah akan
tetapi selalu dialpakan dan tidak dilaksanakan.
Ringkasnya, Allah suruh kita;
- beriman kepadaNya
- beramal soleh
- nasihat atau pesan tentang kebenaran
- nasihat dengan sabar
Apabila BERIMAN maka maksudnya kita laksanakan perintahnya
jauhi larangannya dan itu termasuk dalam kategori beramal soleh jua. Manakala
apabila berpesan hendaklah dengan sesuatu yang benar tanpa mengira samada
kebenaran itu diterima atau tidak. Jika cemuhan, kecaman yang menjadi
hadiahnya, maka Allah suruh kita sentiasa sabar dan berpesan untuk bersabar
dalam kehidupan.
Sebab itulah, kerana Allah maha mengetahui akan kehidupan
manusia, maka kita banyak disarankan agar bersabar dan bersyukur. Perlu banyak bersabar,
samada dikala susah mahupun senang, dikala sakit mahupun sihat, dikala muda
mahupun tua, dikala miskin mahupun kaya dan dikala lapang mahupun sempit.
Jawapannya tetap satu iaitu sentiasa bersabar.
Ringkas dan mudah, Allah bersumpah demi masa.
Jika dikaitkan demgan dunia hari ini, cuba tanyakan samada kita telah memenuhi saranan Illahi berdasarkan surah al-Asr itu?
Baru baru ini kita lihat kecenderungan terbaru dikalangan masyarakat kita untuk bermain permainan video game secara online iaitu Pokemon Go. Bermain Pokemon Go ialah satu perbuatan sia sia. Berdasarkan apa yang difatwakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, ia lebih membawa kepada sia sia berbanding manfaat kepada seseorang. Pelbagai reaksi yang diterima dengan pandangan dan fatwa tersebut. Ada yang bersikap melewati batas dengan mencemuh dan memaki mufti tersebut. Ini adalah sikap yang kurang wajar dan tidak berakhlak dari satu segi dan ia juga menunjukkan betapa dangkalnya sesetengah pihak untuk memahami hikmah disebalik fatwa larangan tersebut.
Persoalannya, adakah kita bersikap menerima larangan itu atau kita menyanggah larangan itu walhal ia telah difatwakan haram oleh Mufti Wilayah Persekutuan baru baru ini? Atau kita hanya mengambil mudah perkara itu dan tidak menghiraukan larangan tersebut lalu menghentam dan memaki melalui laman media sosial sehingga menjadi viral. Apakah sedemikian sikap kita sebagai seorang Islam?
Sedari atau tidak Pokemon Go dan juga banyak lagi permainan video secara dalam talian yang lain mengkehendaki kita untuk membenarkan ‘full access’ kepada data peribadi samada dalam bentuk ‘Google Private Info’ atau lain lain lagi. Ia menggunakan upaya telefon bimbit pengguna, ‘GPS’ telefon tersebut, kamera telefon dan juga akses internet atau ‘data plan’ seseorang pengguna bagi membolehkan permainan itu dijalankan atau dimainkan.
Permainan Pokemon Go dari segi lain walaupun ia mempromosikan
dan menggalak idea kreativiti dan inovasi seseorang yang mengintegrasikan
antara aspek realiti dan dunia maya namun ia juga mendedahkan akses kepada
maklumat dan gambar peribadi samada rumah, pejabat dan sebagainya yang jika
tidak dikawal dan dibendung boleh dicuri dan dijadikan sumber mudah untuk perlakuan
jenayah. Pokemon Go
Ringkasnya, jika dilihat, Pokemon Go ini menggalakkan
pengguna dan pemainnya untuk melakukan aktiviti berjalan ke sana dan kemari. Ia
walaupun bagus kerana menggalakkan aktiviti luaran serta aktiviti jasmani namun
hakikatnya ada banyak cara lain melakukan aktiviti fizikal dan jasmani
berbanding memenuhi tuntutan permainan. Ia juga membenarkan interaksi sosial
antara sesama pengguna namun ianya juga jalan mudah kepada berlakunya aktiviti
sosial yang tidak bermoral malah perlakuan jenayah pelbagai.
Menurut laporan dalam beberapa ruang berita, Pokemon Go ini
cenderung menggalakkan pengguna untuk menjadi ‘ketagih’ dalam permainan ini
lantas menghilangkan fokus individu, membuang masa serta meninggalkan keutamaan
dalam kehidupan sehari hari. Cuba fahami kesan langsung ketagihan ini kepada remaja, kanak kanak, belia, pekerja, dan sesiapa sahaja malah ibubapa sendiri. Bayangkan bagaimana para pelajar kita akan hilang fokus
dalam pembelajaran dan ini akan mempengaruhi pencapaian pembelajaran serta
mengganggu tumpuan belajar. Pada waktu yang sama, para ibubapa akan turut
terjebak secara tidak langsung dengan permintaan anak anak yang mahukan telefon
bimbit agar mereka boleh bermain permainan ini serta kos pembelian ‘data plan’
dan sebagainya. Malah kehilangan tumpuan bekerja juga boleh berlaku kepada mereka yang telah ketagih dengan permainan ini.
Kita banyak melakukan perbuatan sia sia dengan teknologi
pesat teknologi maklumat dan komunikasi akan tetapi dalam banyak hal kita
terbawa bawa dibuai pengaruh teknologi moden hari ini. Jiwa dan aqal kita
terkesima dengan pesona teknologi maklumat dan komunikasi tersebut. Justeru,
fikir dan renungilah perkara ini sebaiknya.
Alangkah lebih baiknya masa yang ada diguna dengan menelaah
dan membaca alQuran mahupun menambah ilmu berbanding terbawa bawa dengan satu
permainan yang melalaikan. Harus diingat bahawa kita mahu melahirkan generasi
yang kuat, ummah yang utuh seimbang jiwa, aqal dan kekuatan mental serta
fizikal serta mempunyai semangat juang yang tinggi dalam membangunkan ummah.
1 comment:
MiniTouch Titanium trim as seen on tv - iTanium Arts
MiniTouch titanium ore terraria Titanium titanium banger trim as seen on titanium gravel bike tv - ford escape titanium 2021 iTanium Arts. In stock titanium cost at Toys & Games.
Post a Comment