Saturday, October 16, 2010

Apa yg kupelajari di Guangzhou...murahhhhh

Salam muhibbah buat para pembaca.

Mengimbau kembali perjalanan percutian pada tahun 2005 yg lalu, aku merasa sangat bertuah kerana dpt keluar dari ruang lingkup suasana yg berbeza di negeri orang. Kali ini Guangzhou menjadi pilihan dan lokasi tujuan. Sebuah bandar perdagangan yg besar berdekatan dengan tanah besar Hong Kong. Sebenarnya saiz bandar ini memang besar walaupun sebenarnya pada saiz negara China yg sememangnya besar, ia hanya bandar perdagangan yg sibuk dan lebih kecil dengan bandar bandar besar yg lain seperti Beijing dan Shanghai yg jauh lebih besar samada dari segi kepadatan penduduk dan luas kawasan geografinya. Apapun Guangzgou adalah bandar perdagangan terkemuka untuk barangan tekstil yg murah dan punyai pelbagai pilihan yg sangat banyak. Tukaran matawang Renminbi yg murah berbanding dengan Ringgit Malaysia merupakan faktor utama bandar ini menjadi syurga membeli belah buat rakyat Malaysia mahupun pelancong pelancong asing yang lain. Nilai Ringgit Malaysia yg tinggi menjadikan segalanya yg sememangnya murah, menjadi lebih murah. RM1=Renimnbi 2 atau 2Yuan. Menjadikan segala barangan yg ditawarkan 50% lebih murah jika dinilai dengan tukaran Ringgit Malaysia.

Kes 1, sebagai contoh:
Dengan hanya 10 Yuan anda akan dapat membeli 20 pasang stokin berbagai jenama terkenal atau boleh sahaja menempah utk di 'print' jenama apa sahaja yg anda sukai jika anda ialah seorang pemborong. Memang murah kerana Guangzhou ialah syurga tekstil di dunia. Ini bermakna, 20 pasang stokin=RM5...berbanding dengan RM10=2 pasang stokin atau 3 pasang stokin yg dijual di Mydin atau pasaraya borong yang lain. Sememangnya, jika dinilai sebegitu tanpa mengambil kira faktor kos import dan segala macam cukai sebelum barangan tersebut dapat masuk ke Malaysia, ia sngat murah. Apapun, terfikir di benak kepala, jika kerajaan ingin membuat KAWALAN harga terhadap kos barangan yg semakin meningkat, boleh juga kerajaan melalui  State Economic Development Corporation (SEDC) yg diwujudkan di setiap negeri melaksanakan peranan sebagai pengimport dan membekalkan barangan pukal yg diimport ke seluruh negara. Setiap SEDC mempunyai kelompok jenis barangan yg diimport, justeru para pengedar boleh lah mengambil bekalan melalui SEDC yg tersenarai...secara langsung, KAWALAN harga akan lebih mudah dilakukan dan PEMANTAUAN harga akan lebih berkesan sebab pihak kerajaan akan dapat membuat kiraan tentang kos termasuk duti yg terlibat lantas menentukan harga pasaran yg sesuai. Akhirnya ini memberi kebaikan yg banyak kepada pengguna.

Mengapa SEDC? Inij adalah kerana proses pengimportan memerlukan modal yg besar.

Faedah pemborong pukal?

1. Ia menghapuskan rantaian orang tengah yg biasanya menentukan harga sesuatu barangan di pasaran selain dari mengelakkan penetapan harga pasaran sesuatu barangan pengguna dibuat sewenang wenangnya dengan kautan keuntungan berlebihan yg akhirnya membebankan pengguna.
2. SEDC akan lebih berperanan dan 'berjasa' kepada rakyat dari segi membantu menurunkan harga barangan dipasaran yg semakin tinggi.
3. KAWALAN dan PEMANTAUAN harga lebih mudah dilakukan kerana pihak kerajaan boleh membuat kiraan kos sebenar sesuatu barangan dalam rantaian import-eksport lalu mengelakkan harga pasaran yg melampau dan kautan keuntungan berlebihan berbanding harga kos sebenar oleh pemborong dan pembekal.

bersambung........................

No comments: