Moga Jumaat yang berkat ini membawa kebaikan buat kalian semua.
Beberapa hari yang lalu........insiden didalam bicara Whatsapp (saya salah seorang ahli yang dijemput ke dalam kumpulan tersebut yang kebanyakannya ialah ustaz dan ustazah [maaf, saya bukan berniat memburukkan ustaz dan ustazah dan bukan semuanya sebegitu, hanya seorang dua yang bersikap seperti dialog dibawah] di kawasan saya)...perbualannya sebegini.....saya ambil matan perbualan seperti mana tertera di dalam Whatsapp tersebut....
Sdra A: Mana hero yang dok pertahan Islam.....pertahan nama Allah....senyap jer.
Sdra B: Mufti pun duk diam jer
Sdra A: Mufti tu ada kepentingan. Kalau untung kat ???? (nama parti) dia diam w/pun orang hina Allah dan hina Islam. Kalau untung kat Islam dan rugikan ???? (nama parti) mrk bising.
Sdra B: Kalau isu kalimah Allah, habis smua ulama ??? (nama parti) kena bantai dek puak2 Ulama Senyap ni....
Sdra A: Mufti sudah jadi ibarat rerompah (terompah) kayu. Hanya dipakai utk masuk jamban je....
Sdra B: xblh bgi statement yg hot2 nnt kontraknya xdisambung
Sdra A: Kalau gitu mufti pun dah syirik. Sbb takut pad makhluk sama dgn takut pd Allah. Mufti perlu ditarbiah dgn kitab MASTIKA HADITH karangan jabatan Perdana Menteri
Sdra B: Betul tu. Mufti kena berani kerana tegakkan agama allah & prlu mencontohi Mufti Brunai Darussalam.
Akhirnya rakan saya menjawab dengan sebegini:
Rakan Saya: Betul tu, Tp satu soalan, Mufti dh baca ke
statement deme nih....sapa leh sahkan bahawa mufti dh baca statement deme nih, Jika tiada siapa
sahkan@mufti xtahu lg statement diorg, kita ni lak dh wat 1 salah, iaitu sangka
buruk! Sangka buruk ni salah
dan dilarang walaupun apa yg disangka tu betul@salah
Sdra B: Ni bkn sgka buruk ini
ada komen peribadi..
Rakan Saya: Sbnrnya sangka buruk
ni bukan standard tuan puan ustaz ustazah hehehe....Maafkan sy jika sy
salah,sy xmau komen pasai mufti atau ulamak sbb sy pun xmengaji mcm diorg, Soal dia mufti@ulamak
dunia@akhirat, kita hanya dimaklumkan dlm hadis bahwa akhir zaman nnt ada
ulama@mufti dunia@akhirat,hadis tu xsuruh pun kita label@kenalpasti dan membuat
kategori ulama mana,cuma dia suh kita ikut jln Allah dan rasulNya. Kalau sesapa tu ulama
dunia@akhirat, terserah kt DIA
Sdra B : Hbis tu klu ada org
hina hukum islam, siapa org yg pling sesuai utk mengambil tindakn pengarah2
& pelakon2 sketsa yg hina hukum hudud yg tsebar luas di youtube pd saat
ini?
Rakan Saya : Sbb tu sy tanya,mufti
dh baca@tengok ke utube diorg ni
Sdra B: Sy nk tanya awk mufti
ada dlm group ini ke??
Rakan Saya: Siapa yg leh sahkan
mufti dah baca@tengok statement diorg...: Xde kot
Sdra B: Xde tak payah lah nk
berpanjangan.. ini kan komen..
Rakan Saya : Kalau gitu
falyatafaddhal....silakanlah sambung statement n komen tuh. Maafkan sy. Moga2 dpt pahala
komen2 tu.
Begitulah berakhirnya perbualan di Whatsapp tersebut.......nilaikan sendiri berdasarkan mizan alQuran dan as Sunnah.........bukan penilaian berpihak. Ia pahit tapi benar.
Pandangan saya-
Dakwah itu luas dan penuh berliku, para Daei (pendakwah) perlu menjadi contoh teladan yang baik walau diakui mereka tidak lah sempurna, apapun perkara paling asas perlulah diperkukuh, jika perkara asas tidak diperkukuh, contohnya dalam konteks bermuamalah/berhubung dan bermasyarakat, bagaimana mungkin mesej dakwah kan diterima mahupun diberkati oleh Allah swt.
Moga moga Allah ampunkan kita semua atas segala kesilapan dan kekurangan diri.....
Para pembaca yang budiman, ambillah hikmah dan jangan pula mudah menuding jari kepada sesiapa....setiap dari kita adalah Daei kepada diri, keluarga, sahabat handai, sanak saudara malah masyarakat keseluruhannya......
No comments:
Post a Comment