dari sehari ke sehari....bulan bertemu bulan, akal ini buntu. atau seolah olah buntu pun juga...atau hanyalah kebuntuan itu suatu 'escapism' pemikiran. menafikan longlai langkah dalam menyelesaikan tugasan phd ini. alasan dibuat utk menjustifikasi perbuatan yg tidak kemana. aku bukan sedemikian namun peliknya itulah yg berlaku.
tiada banyak kemajuan yg dicapai cuma rutin biasa yg ku lakukan seharian....sebentar aku mencapai nota nota lapuk dan keratan keratan artikel yg telah kukumpul sejak mula. mengamati satu persatu isi dan kandungan, melihat apa yg boleh kuguna dan kupakai dalam tulisan tesisku....sesekali aku terjun ke alam buku, merujuk sana dan sini, tulisan dan karangan sifulan dan sifulan....ku ambil nota kaki dan rujukan buat simpanan dan kegunaan kemudian hari. sesekali aku merayap di alam maya, mencari cari kenalan dan siapa yg boleh kuhubungi utk ku laksanakan carian maklumat, serta melakukan temuramah utk data yg perlu sesangat ku gunakan utk menyelesaikan tajuk tesis ku ini....masa semakin menghambatku! aku letih!
seolah olah aku kehabisan momentum utk semua ini...tatkala usia menjengah ke 40an...ku rasakan 'energy' ku tidak seperti dulu....aku agak 'slow' kebelakangan ini. tidak pasti apa yg menghambat....namun jauh disudut hati....aku tahu, aku boleh menyiapkan ini, hanya Allah yg tahu....keyakinan ku tidak berubah cumanya aku kehilangan 'booster' yg sentiasa melonjak aku sentiasa sebelum ini. aku sudah lama tidak berpeleseran....mungkin perlu aku berpeleseran dan bertemu susuk manusia berbilang ragam spt dulu. mungkin tidak bicara tentang tesisku..tetapi bicara tentang dunia yg tidak akan habis ceritanya selagi nafas masih keluar dari rongga hidung, selagi nyawa belum dicabut....namun, aku tidak betah sedemikian sentiasa...sebab cerita dunia ini hanya menarik tenagaku...aku sayang tenaga ku ditarik hanya kerana bicara tentang dunia dan isinya......
aku seolah olah benak dan kacau!! dimana kau semangat yg hilang?????tetiba teringat lagu itu....ah sudah lama aku tidak bercorongan! dari bercorongan di radio....lebih baik aku menitipi isi kandungan kitabMu!!!
No comments:
Post a Comment