Ilmu (pengetahuan) adalah milikNYA...bukan milik si bijak, si pandai, si cerdik..kerana itu semua (bijak/pandai/cerdik) adalah anugerah dan kelebihan..justeru..bantul
Ilmu boleh dipelajari secara formal mahupun tidak...jika secara formal...itulah dia diploma/degree/master dan PhD...ia bukan milik mutlak sesiapa..dan sesiapa pun boleh menempuhinya jika mampu...
kpd yg berilmu...curahkanlah ilmu utk sesiapa sekalipun kerana tidak sesekali ia menjadi milikmu, dan jangan sesekali bersikap 'memilih bulu' (favoritism) terhadap para pelajar mu atas dasar si fulan ini lebih cerdik, lebih bijak dan lebih pandai..maka engkau lebih memberi tumpuan kepadanya dan tidak mengendahkan org lain yg serba kekurangan....kerana sikap sedemikian akan hanya membejatkan tradisi keilmuan itu sendiri.
kpd yg mampu....dan upaya..raihlah ilmu dimana jua..formal atau tidak....master mahupun PhD, degree/diploma sudah tentu sekali. raihlah ke peringkat tertinggi sekali iaitu PhD (dlm konteks definisi sosial dan dunia hari ini...walaupun PhD itu tidak menjanjikan seorang susuk itu lebih baik atau lebih bagus dr org lain-justeru jgn perasan).....ia bukan milik si pandai, si cerdik mahupun si bijak, ia juga bukan milik si muda, si tua, si sihat atau si sakit, si kaya atau si miskin..ia milik semua yg mampu melaluinya prosesnya, tahap demi tahap.....
No comments:
Post a Comment