Saturday, March 12, 2011

Adakah kita menjunjung tinggi ILMU

Assalam all....


Adakah kita benar benar menjunjung tinggi ilmu? Adakah ia sekadar ungkapan bahawa ilmu sangat tak ternilai harganya, lebih dari segala galanya di atas mukabumi ini?Benarkah sedemikian? Jika benar, alhamdulillah dan sedarilah bahawa nur hidayah telah mengetuk pintu hati saudara saudari sekalian, jika tidak...nilai sendiri dan muhasabah lah diri, insaflah bahawa ungkapan manis dimulut tidak bererti apa apa kerana yg Allah nilai apa yg sebenarnya terjalin didalam hati sanubari kita sekalian. Sedarilah ingatan Allah, yg menjadi penilaian ialah taqwa (iaitu iman atau jua simbol yg menunjukkan penilaian Allah ialah apa yg didalam hati kita)...


Jika benar kita menjunjung ilmu....maka;


1. kita sanggup berhabis duit utk membeli kitab atau rujukan atau buku daripada berhabis utk perkara lain kerana ilmu itu samada dipelajari melalui guru ia juga terkandung dalam kitab dan buku samada berbentuk cetakan atau ebook.
2. kita sangat teruja menerima hadiah perkahwinan/harijadi/hari ulangtahun berupa buku (dan bukan mencemuh atau merasa kecil hati atas pemberian tersebut) yg terkandung didalamnya segala pengajaran dan makna dalam kehidupan, buat penyuluh kehidupan berumahtangga
3. kita sanggup berhabis duit minyak dan tol, kesana kemari utk mencari guru, mahupun mendengar sesi pengajaran dan kuliah yg dijalankan oleh guru guru tertentu
4. demi ilmu, kita melakukan perantauan yg jauh spt mana hijrah dan pengembaraan yg dilakukan oleh imam al-Ghazali, As-Syafie, Hambali, dan ramai lagi mujtahid dan para ulamak besar.
5. kita sanggup bangun bingkas meninggalkan program tv yg sia sia demi utk seketika membaca dan mentelaah buku buku dan kitab kitab agung
6. kita menjunjung ilmu dengan memurnikan akhlak dan kelakuan, tuturkata dan ungkapan, sahsiah dan rupadiri kerana keberkatan ilmu itu terpancar dengan akhlak yang murni dan tawadhuk.

No comments: