Wednesday, May 13, 2009

Mat rempit

Ini sudah jadi isu...Mat Rempit....

Gelaran datang entah kepada siapa? Gelar ikut suka hati...siapa mereka? pernahkah dibuat kajian?jika ada mana laporan kajian?kenapa tidak disiarkan di akhbar?

Jika ditelusuri dengan mendalam, kita akan menemui hakikat sebuah kehidupan yang dikatakan sebagai Mat Rempit(saya sendiri tidak gemar dan tidak menyokong gelaran ini)...mereka ialah golongan yang bermotosikal?kenapa bermotosikal, sebab itu sahaja yang mereka mampu, mereka nak pergi kerja lebih mudah dgn bermotosikal....tak kan jadi despatch naik kereta, macam mana nak hantar surat? takkan gaji dibawah seribu ringgit nak pakai kereta, memang mampu beli tapi memanjang sengkek, kos terlalu tinggi, kereta mahal...lihat sahaja cukai kereta yang kerajaan kenakan....harga sebenar kereta lebih murah....

Hendak diharapkan kenderaan awam (public transport) langsung tidak cekap...ini sudah memang terkenal ketidakkecekapan pengangkutan awam...

Lihat dimana Mat Rempit tinggal...di ibukota Kuala Lumpur ini, lihat di Kelang Lama, Pantai Dalam, Kampung Melayu Ampang atau dimana mana...maksud saya, lihatlah sosio ekonomi mereka...

Justeru, jika hendak diambil pendekatan, hendaklah menyeluruh, bukan sekadar penguatkuasaan undang undang semata mata....terlalu byk faktor lain yang perlu ditangani.....dengan bijak dan berkesan yang tentunya memerlukan komitmen yang berpanjangan bukan jangka pendek...tetapi penyelesaian jangka panjang.....

1 comment:

Unknown said...

sokong!!!sokongg!!! teringat aku netapa nestnya memandu motosikal laju di jalan bangsar...mmm...