Tuesday, May 3, 2016

Sedikit merasai....,

Ini mungkin celoteh sy yg panjang dan mungkin juga yang terakhir untuk kalian.....kerana aku tidak pasti bilakah masanya aku akan pergi....

Sudah tiba masanya saya beredar pergi berbanding hanya menyakat dan mengganggu kalian...

Saat sedang menukilkan ini, saya sebenarnya baru selesai solat dan membaca alQuran....isteri saya sedang sibuk di dapur seusai solat. Saya ternampak satu buku "Screw Work and Let's Play"....

Baru seketika membaca halaman permulaan, saya sudah teringat kalian. Deria rasa saya terarah kepada kalian. Terimakasih kerana menyedarkan saya. Terimakasih atas pengalaman dan hubungan selama ini. Tanpa sedar saya berbuat kesilapan. Ia bukan memalukan saya akan tetapi ia menyedarkan saya. Saya insan biasa, tidaklah sempurna.

Ingatan ingatan tentang kalian membawa saya ke satu daerah kenangan. Lalu saya teringat pelbagai perkara. Hari ini kalian sedang melaluinya.

Lihat sekeliling, setiap hari manusia samada pagi atau petang menjalani rutin...ya benar ia sesuatu yang rutin. Ada yang rasa terpaksa dan dan hanya sedikit yang rasa gembira kerana melakukannya.

Kerja dan pekerjaan adalah tanggungan. Akan tetapi siapa yang merasa gembira dengannya. Siapa yang segera gembira dengan pekerjaannya akan menjadi insan yang paling bahagia. Dia puashati dengan apa yang dilakukannya.

Insan yang menganggap pekerjaannya ialah kegembiraannya ialah orang yang menikmati kehidupannya. Orang ini ceria dan panjang umurnya. Dia merasakan hidupnya bermakna. Dia mengawal apa yang berlaku dalam hidupnya. Walau dia tahu pekerjaan yang sedang dilakukannya bukan lah kerja impiannya. Atau mungkin hanya sementara sahaja di situ namun dia sorang yang gembira. Dia menjadikan kerjanya suatu permainan yang menyeronokkan. Bukan bermain main dengan kerjanya. Dia menunjukkan potensinya dan bukan menyimpan potensinya dengan berfikir bahawa potensinya akan dicurahkan apabila suasananya sesuai atau ketika mendapat pekerjaan yang difikirkan sesuai akan diperolehi nanti.

Sebaliknya, insan yang tidak gembira adalah sebaliknya. Kerjanya hanya beban semata. Hanya rutin yang membosankan seharian hidupnya. Insan ini tidak melihat kerjanya sebagai sumber kebahagiaannya. Rupanya sedih dan monyok sentiasa.  Keterpaksaan terserlah dari raut wajahnya. Sedih melihat insan yang sebegini.

Fikirkan dan pilihlah untuk menjadi insan yang gembira seolah olah menganggap kerjanya umpama sedang bermain dengan gembiranya.

Bergembiralah.....

Sekian terimakasih. Saya memilih untuk menjadi insan gembira dalam hidup ini. Terimakasih kerana memberi saya kesedaran tentang kegembiraan dan kebahagiaan lalu memberi makna baharu dalam kehidupan saya...


Sehingga ketemu kembali di lain platform. Bergembiralah! Jangan rasa terpaksa dan monyok....

Aku hanya insan biasa yang ingin punyai jiwa besar hati pasrah dalam kehidupan yang singkat ini.


#kenalidiribinaidentiti
#AsamGaram
#EmpayarJiwa

Sent from my iPhone

No comments: