Assalamualaikum wrt.wbt.
Biar kita berkorban harta dan benda, berkorban masa dan tenaga, jangan kita terkorban sia sia di jalan raya, jangan terkorban bukan di atas jalan dan redhaNya....
Eid Adha adalah hari pengorbanan...mengambil hikmah berkorban dari peristiwa bersejarah Nabi Ibrahim yang diperintah untuk 'menyembelih' anaknya lalu sebagi mematuhi perintah Allah swt, maka peristiwa KORBAN ini menjadi tema dan amal ibadah Muslim setiap kalinya musim haji tiba.
Nabi Ibrahim a.s. menuruti perintahNYA tanpa keluh kesah. Baginda menuruti apa yang diperintah olehNya. Tanpa ragu ragu dan tanpa dolak dalih. Soalannya, adakah kita telah membawa diri kita ketahap sedemikian. Tanpa dolak dalih? Malah saat itu nilaian korban ialah anak kesayangan Baginda sendiri akan tetapi hari ini, kita hanya disaran mengorbankan binatang korban akan tetapi adakah kita telah redha dan pasrah atau masih lagi takut dan keluh kesah untuk berkorban dek fikiran yang merasa susutnya harta dan wang.......
Yakinlah bahawa pengorbanan dan berkorban itu sangat dituntut. Ia menghilangkan kebakhilan dan ketamakan.
Selamat Hari Raya Qurban...moga puasa dan amalan seawal mula 1 Zulhijjah hingga 9 Zulhijjah ini diterima olehNya.....dan semoga 'korban' haiwan ternakan itu diterima olehNYA.
Allahumma amiin.
No comments:
Post a Comment