Thursday, March 24, 2011

Skandal lagi.....pecah berita lagi...Result SPM yg bagus terus tenggelam!!

Assalam all....

malu teramat sangat la teman dibuatnya.....politik melayu di malaysia ni....wataknya semua melayu...terutamanya kalau bab2 lucah dan skandal seks ni...

kecuali amoi tu je bukan Melayu...

alahai Melayu...alahai Melayu Islam!


wahai pelapor, wahai media, wahai semua......kita semua punya tanggungjawab.....

haram hukumnya membuka aib orang lain apatah lagi saudara seagama, tak kira la betul ke atau tidak sifulan tu melakukannya....ia sifatnya fitnah, orang yg melakukan fitnah hukumnya 'bunuh'...... 

jgn rosakkan fikiran anak muda, generasi kita dengan berita buruk kelaku orang lain.....ini bukan soal saya sokong sifulan atau tidakmenyokong sifulan....ini soal adab, akhlak dan saranan agama yg perlu dipatuhi...kita kata kita beriman dangan Al-Quran dan Sunnahnya...mematuhi Sunnah Nabi..jadi berbuatlah seperti perbuatan Nabi..jgn dimulut tp perbuatan lain (itu boleh dikategorikan sebagai munafik)

media oh media..pelapor oh pelapor....

congratulations...berita mcm ni la yg patut di tonjolkan secara besar besaran..yg memberi input positif kpd minda..bukan pasal buruk kelaku org yg perlu disebarluaskan...haram hukumnya mendedahkan buruk kelaku org, tak kira la org tu salah dan betul buat perkara tak elok tu atau tidak...hukumnya tetap haram...harap pemberita Melayu Islam faham hukum ni..bukan niat melindungi si pelaku tetapi bertindaklah atas hukum dan syariat Islam..atas dasar apa sekalipun....alasan bahawa isu itu mempunyai kepentingan umum atau tidak bukan alasan islam..betui ke aku ni??aku rasa betui la sepanjang yg ku tahu....legal practitioners out there pls advise

Sunday, March 20, 2011

INTERLOK..menjadi bicara bukan kerana isinya tp kerana hakikat masa depan

Assalam semua.....


Nukilan setempat oleh teman teman bersetuju bahawa:


sy tak tahu sama ada datuk/datin/saudara/i telah membaca novel interlok karya Datuk Abdullah Hussain akan tetapi saya terpanggil utk berkongsi pandangan dan isi tentang isu paria yg ditimbulkan sesetengah pihak.........


bagi sy tiada gambaran buruk yg penulis sentuh ttg 'paria', ia hanya pernyataan fakta ttg apa yg dimaksudkan dgn 'paria'. Malah, penulis mengatakan bahawa mereka bertuah kerana disini (tnh melayu) tiada amalan kasta sesama mereka..


jd apa sebenarnya yg ditentang? pd pndgn sy apa yg ditentang ialah keseluruhan novel ini kerana novel ini dgn jelas & dr awal lagi mengatakan bahawa bangsa cina & india adalah pendatang & org melayu pemilk asal tanahair ini..pihak2 tersebut bimbang sekiranya novel ini menjadi buku teks ting 5, maka generasi mereka sekarg sedar akn asal usul mrk di negara ini & agenda mrk utk menuntut persamaan hak dgn org melayu akn terjejas...


kpd saudara/i yg belum membaca novel ini, bacalah keindahan novel ini krn ia adalah fiksyen sejarah yg faktanya tidak boleh disangkal sama sekali & perbetulkan pndgn saya sekiranya sy terkhilaf..sekian terima kasih..cintaku hanya kpd allah, rasul, agama & tnh air ku...

Wednesday, March 16, 2011

a memoir

a memoir is subject to and subjective towards a person's own opinion to what goes around him and how he translates the occurrence according to his own subjective mental model....according to me!...to me I may agree and may disagree, I may take it all and not at all...i hv my own memoir too.

no one is infallible......since you have your own way, me too, I have my own way...thanks to you for making my own way a meaningful one!

Disinilah jua.....

Assalam semua....


Nak pergi hijrah New Zealand..sana gempa bumi habis runtuh, nak pindah Australia, banjir besar, nak pindah Jepun, semua pakej ada, tsunami+gempa bumi+reaktor nuklear meletup(radiasi)...nak pindah ke Timur Tengah, duk perang dari dulu, kini dan selamanya...akhirnya, toleh sana toleh sini...tinjau sana tinjau sini....bumi yg sedang dipijak inilah juga yg terbaik utk diri ini....Malaysia ku yg tercinta inilah yg makmur dan berkat, yg subur dan nikmat, yg hebat dan terkenal sejagat.....


Kalaulah Malaysia ni tak bagus, mengapa pendatang tanpa izin atau yg datang dengan izin tu suka sangat datang sini, suka sangat cari rezeki kat sini, suka sangat menetap kat sini....suka sangat kahwin dengan orang sini, malah orang sini pun suka sangat kat pendatang tu semua tak kira la yg datang dengan izin atau tanpa izin....sehingga beranak pinak tak de surat beranak tak de sijil nikah.......


inilah bukti, subur dan bertuahnya bumi ini, hatta meminta sedekah sekalipun boleh jadi kaya raya di bumi Malaysia yg tercinta ini.....


Justeru, kepada diri ini, hargailah bumi ini dgn kemakmuran dan rezeki yg melimpah ruah....kpd para pemimpin, pastikan ia terus terusan sebegitu, jgn dibuat onar hingga tercabut segala kemakmuran dan keberkatan pada bumi Malaysia ni, kpd pendatang tanpa izin atau dengan izin...kami ni baik sgt (ada kami kisah!!!....jadi janganlah kebaikan kami ini dijadikan 'modal' untuk menganayai kami).........

Sunday, March 13, 2011

Dtglah insaf dan semaraklah taubat!!

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/3/13/worldupdates/2011-03-13T141328Z_01_NOOTR_RTRMDNC_0_-555227-13&sec=Worldupdates

Assalam all.....


Tidakkah kita melihat tanda tandanya?
Tidakkah kita memahami maksud yg tersirat dari peristiwa ini?
Bukankah ini mengandungi hikmah dan pengajaran yg besar?
Bukankah ini pengajaran buat kita....pengajaran kehidupan bukan keduniaan semata mata......?


Jgn fikir....Oh! Ini berlaku di Jepun bukan di sini, di bumi tercinta Malaysia?



Tiadakah rasa gerun? Tiadakah rasa takut? Tiadakah rasa simpati jua? Tiadakah rasa insaf?
Dimana hilangnya takut, ngeri, keinsafan dalam diri yg menatijahkan perubahan sikap dan tawadhuk......masyaallah, igfirlana, watub alaina ya rabb, ya rabbal aalamiin....  

Saturday, March 12, 2011

Adakah kita menjunjung tinggi ILMU

Assalam all....


Adakah kita benar benar menjunjung tinggi ilmu? Adakah ia sekadar ungkapan bahawa ilmu sangat tak ternilai harganya, lebih dari segala galanya di atas mukabumi ini?Benarkah sedemikian? Jika benar, alhamdulillah dan sedarilah bahawa nur hidayah telah mengetuk pintu hati saudara saudari sekalian, jika tidak...nilai sendiri dan muhasabah lah diri, insaflah bahawa ungkapan manis dimulut tidak bererti apa apa kerana yg Allah nilai apa yg sebenarnya terjalin didalam hati sanubari kita sekalian. Sedarilah ingatan Allah, yg menjadi penilaian ialah taqwa (iaitu iman atau jua simbol yg menunjukkan penilaian Allah ialah apa yg didalam hati kita)...


Jika benar kita menjunjung ilmu....maka;


1. kita sanggup berhabis duit utk membeli kitab atau rujukan atau buku daripada berhabis utk perkara lain kerana ilmu itu samada dipelajari melalui guru ia juga terkandung dalam kitab dan buku samada berbentuk cetakan atau ebook.
2. kita sangat teruja menerima hadiah perkahwinan/harijadi/hari ulangtahun berupa buku (dan bukan mencemuh atau merasa kecil hati atas pemberian tersebut) yg terkandung didalamnya segala pengajaran dan makna dalam kehidupan, buat penyuluh kehidupan berumahtangga
3. kita sanggup berhabis duit minyak dan tol, kesana kemari utk mencari guru, mahupun mendengar sesi pengajaran dan kuliah yg dijalankan oleh guru guru tertentu
4. demi ilmu, kita melakukan perantauan yg jauh spt mana hijrah dan pengembaraan yg dilakukan oleh imam al-Ghazali, As-Syafie, Hambali, dan ramai lagi mujtahid dan para ulamak besar.
5. kita sanggup bangun bingkas meninggalkan program tv yg sia sia demi utk seketika membaca dan mentelaah buku buku dan kitab kitab agung
6. kita menjunjung ilmu dengan memurnikan akhlak dan kelakuan, tuturkata dan ungkapan, sahsiah dan rupadiri kerana keberkatan ilmu itu terpancar dengan akhlak yang murni dan tawadhuk.

Tuesday, March 8, 2011

Selamat Hari Wanita.....

Assalam all WOMEN!!!!!


Selamat Hari Wanita.........tak terucap dgn kata2...tak terjalin ungkapan dgn bahasa....moga Allah meredhai semua wanita(yg mengikut sunnah dan ajaranNya-kalau tak ikut, tetap didoakan juga tp tu terserah kpdNYA)

si bijak, si cerdik, si pandai..itu anugerah bukan milikanmu

Assalam all....


Ilmu (pengetahuan) adalah milikNYA...bukan milik si bijak, si pandai, si cerdik..kerana itu semua (bijak/pandai/cerdik) adalah anugerah dan kelebihan..justeru..bantulah sesiapa yg kurang kelebihan itu....malah sesiapa yg berilmu juga akan jadi bijak, cerdik dan pandai...si bijak, si pandai, si cerdik, jgn lah 'sombong dan angkuh'..berilah peluang kpd semua

Ilmu boleh dipelajari secara formal mahupun tidak...jika secara formal...itulah dia diploma/degree/master dan PhD...ia bukan milik mutlak sesiapa..dan sesiapa pun boleh menempuhinya jika mampu...

kpd yg berilmu...curahkanlah ilmu utk sesiapa sekalipun kerana tidak sesekali ia menjadi milikmu, dan jangan sesekali bersikap 'memilih bulu' (favoritism) terhadap para pelajar mu atas dasar si fulan ini lebih cerdik, lebih bijak dan lebih pandai..maka engkau lebih memberi tumpuan kepadanya dan tidak mengendahkan org lain yg serba kekurangan....kerana sikap sedemikian akan hanya membejatkan tradisi keilmuan itu sendiri.

kpd yg mampu....dan upaya..raihlah ilmu dimana jua..formal atau tidak....master mahupun PhD, degree/diploma sudah tentu sekali. raihlah ke peringkat tertinggi sekali iaitu PhD (dlm konteks definisi sosial dan dunia hari ini...walaupun PhD itu tidak menjanjikan seorang susuk itu lebih baik atau lebih bagus dr org lain-justeru jgn perasan).....ia bukan milik si pandai, si cerdik mahupun si bijak, ia juga bukan milik si muda, si tua, si sihat atau si sakit, si kaya atau si miskin..ia milik semua yg mampu melaluinya prosesnya, tahap demi tahap.....

Monday, March 7, 2011

Saman adalah industri baru...perah jgn tak perah!!!

Assalam all.....


Industri baru???

citer pasai saman...bukan pasai sape yg mengatakannya,bukan pasei parti...bukan pasei sokong sape2..so harap maklum..kalau betul faktanya..terimalah ia,kalau idak, tolong bg fakta lain...anybody would like to refute???


http://www.youtube.com/watch?v=wLQ_BA96hhY&feature=player_embedded

Thursday, March 3, 2011

Aduhai bangsaku......

bangsa sendiri lak satu hal...kalau bab bab komen/kritik.....1001 malam tak abis...buatnyer idak langsung...teori banyak, perlaksanaan tak de.ceramah gedegang gedegung.....wal hasilbalik asal..pi mai pi mai tang tu gak...kurang ckp bykkan buat..aduhai..(ingatan utk diri sendiri)

Aduhai Bangsaku

‎"bersungguh benar" kalau masuk kedai bangsa lain...kalau masuk kedai Melayu..itu lah inilah..kenapa mcm ni, kenapa mcm tu...semua tak kena..ataupun langsung tak mahu jengah dan masuk..langsung tak sokong bisness bangsa sendiri...buruk kelaku!!!


inilah perubahan paradigma dan sikap yg sangat sangat perlu diperbaiki....wahai bangsaku

Aduhai Bangsaku....

Lama dah kita kena paw, kena tipu dek Cina...(tak semua Cina ni teruk la)....tp sampai PM pun diorg gelebong...samada diorg cerdik atau PM kita ni????tak tau la aku...ish ish ish

Bangsaku..aduhai

Assalam all...


(peringatan utk diri sendiri dan perkongsian dgn anda semua)


kalau keje ngan towkeh bangsa lain...org kita bukan main lagi bersungguh(walau xdinafikan ada yg malas)..tak yah suruh lebih2 buat itu ini..kalau keje ngan towkeh melayu..aduhai...malasnya!!siap kutuk towkeh lagi...lawan tokey...towkeh lak kena ckp perlahan, penuh beradap,tak leh silap ayat...aduhai bangsaku