Wednesday, December 17, 2008

Apabila alam berbicara

Allah berfirman yang membawa maksud iaitu kerosakan alam ini berlaku akibat dari perbuatan'tangan-tangan' manusia. Ya benar,kitalah yg membuat kerosakan di atas mukabumi ini. Jadi apabila alam memberi respon terhadap apa yg kita kerjakan bila bukit ditarah,tanah tinggi diratakan atas nama pembangunan,maka terimalah akibat dari perbuatan kita sendiri.Tunjukklah jari yg menuduh itu kepada diri kita sendiri. Persoalannya, mampukah kita mengubahnya? Sememangnya kita mampu mengubahnya selaras dgn apa yg telah Allah firmankan yg bermaksud, Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu,melainkan mereka sendiri yg mengubahnya. Justeru, kita perlu berubah dgn sikap kita terhadap alam kerana apabila alam berbicara,ia tidak akan mengenal sesiapa,pasti akan ada yang tertimpa dengan musibah alam. Ingatlah,walaupun kenyataan ini merupakan peringatan yang entah keberapa kalinya,kita mesti berubah dengan tindakan dan bukannya omongan yang menjelikkan telinga dan hati,walau di mana kita atau siapa kita,kita mampu mengubahnya bukan menuding jari kepada orang lain. Hakikat alam,ia sinonim dan mesra kepada umat manusia,namun alam juga akan bersikap rakus terhadap manusia dek kerana kerakusan manusia jua.

No comments: