Assalamualaikum wrt.wbt....
(Lukisan ini hadiah tidak terperi dari seorang sahabat Ariyon@Tembakau@Azhar Ahmad)
Insan ini punyai kreativiti,
Medannya di situ sepenuh hati...
Kami melorek sejarah pasti...
Bersamanya dan teman teman disisi....
Suatu ketika
Di tanah datar penuh bermakna
Terlakar tangis pilu, suka duka...
Tiada apa apa.....
Kecuali kenangan bersama....
Catatan ceritangis dan ceritawa....
Meredah pengalaman bersama....
Dalam pelbagai warna.....
Sahabat....
jauh dan dekat terpaut rapat....
Akrab tulus dan hebat...
Hingga kini masih sempat...
Bergurau menyulam hasrat....
Tutur bicara mengisar cerita
pelbagai rencam warna dan rasa
membangkit serakah jiwa
rasa muda belia tatkala saatnya
kini meniti usia
insaf sedar pasrah dan redha
bahawa suatu ketika
kita pernah di sini dan di sana
dalam ukhuwwah sejarah bercerita.....
12 Syaa'ban 1437H
Puncak Perdana
Life is full of choices...make your choices as it determines your directions...and live life to the fullest...forgive and forget...be happy!Google+
Thursday, May 19, 2016
Tuesday, May 3, 2016
Alumni Asasian di Sinar Harian
http://www.sinarharian.com.my/cikgu-cikgi/alumni-asasians-nekad-bantu-sekolah-1.516489
Aku berbangga menjadi secebis dari sejarahnya.
ASASIANS BOLEH....
Aku berbangga menjadi secebis dari sejarahnya.
ASASIANS BOLEH....
Terimbau detik lalu
Hati bersatu dan jiwa berpadu
Dalam resah gelisah dipalu
Agar tarbiah menjadi satu
Di sini kami dahulu
Tanpa kalian guru guruku
Siapalah kami jadi seperti dimahu
Terimakasih ibubapaku
Terimakasih para ustaz ustazahku
Moga Allah kurnia redha dan keberkatan selalu

ALUMNI ASASIANS ditubuhkan pada November 2015 dengan kesedaran bahawa bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sultan Azlan Shah, Sri Iskandar, Bota, Perak perlu bersatu hati di bawah satu platform rasmi iaitu Pertubuhan Alumni SMKA Sultan Azlan Shah atau Alumni ASASIANS.
Pengerusi, Alwi Mohd Yunus berkata, objektif penubuhan hampir sama dengan persatuan alumni-alumni tersohor yang lain iaitu mengumpulkan kepakaran dalam pelbagai aspek akademik dan profesional sebagai sokongan kepada PIBG dan sekolah dalam aspek kecemerlangan akademik, kerjaya dan pembangunan sekolah serta berfungsi untuk memberi bantuan kepada pihak sekolah dari segi sumber pengajaran, kemudahan pelajar dan apa-apa material yang dilihat dapat membantu kemajuan sekolah.
Selain itu, membantu sesama alumni dan mengukuhkan jaringan profesional Alumni ASASIANS dalam pelbagai kepakaran dan bidang.
Alwi berkata, kebanyakan alumni ASASIANS berlatar belakangkan pelbagai kerjaya, ia secara tidak langsung membantu sekolah dalam berbagai-bagai aspek.
"Hari ini, ramai bekas pelajar SMKA Sultan Azlan Shah yang telah berjaya dalam kerjaya masing-masing. Ada yang menjadi pegawai khas kepada menteri, setiausaha sulit kanan kepada menteri, guru, pensyarah, usahawan, pegawai agama, penceramah bebas, wartawan, chef, pengetua dan bermacam-macam lagi.
"Kita bangga dengan pencapaian bekas pelajar dalam kerjaya masing-masing. Selain dapat membantu sekolah dengan kepakaran yang ada, ia sedikit sebanyak dapat mengharumkan nama sekolah," katanya.
Program menarik
Pihak alumni dengan kerjasama PIBG serta pihak pengetua telah menyusun program sepanjang tahun (ia telah bermula sejak tahun 2003 lagi walaupun ketika itu Alumni ASASIANS belum ditubuhkan secara rasmi) yang melibatkan alumni dalam pelbagai aspek sama ada kecemerlangan akademik, kepimpinan, kerjaya, motivasi dan pelbagai lagi.
Program berkala dibuat setiap bulan dalam memastikan wakil alumni dari pelbagai bidang dan kepakaran dipanggil untuk memberikan ceramah kepada pelajar dari pelbagai peringkat di SMKA Sultan Azlan Shah.
Kursus-kursus mengikut keperluan pelajar juga dianjurkan dengan melibatkan sumbang input dan pengelolaan dibuat oleh Alumni ASASIANS. Ceramah kerjaya dan motivasi juga dibuat oleh pihak alumni khas kepada para pelajar dan lawatan ke universiti awam dan swasta diatur untuk mendedahkan pelajar dengan suasana di universiti dan laluan kerjaya serta pilihan kursus.
Menurut Alwi, perjumpaan dan mesyuarat alumni dibuat secara berkala dua bulan sekali dan bertujuan membincangkan aspek pencapaian akademik, kepimpinan dan kerjaya pelajar-pelajar SMKA Sultan Azlan Shah serta jaringan profesional Alumni ASASIANS.
Pihak Alumni juga mengatur perjumpaan sesama batch dengan mesej dan agenda khusus dalam suasana santai bagi merapatkan ukhuwah. Setiap batch ditugaskan untuk menganjurkan sesama sendiri aktiviti-aktiviti sesama batch dan menjemput batch lain untuk turut terlibat seperti perlawanan Futsal InterBatch, perlawanan persahabatan bola sepak dan boling serta program santai sesama batch agar maklumat dan perkembangan ahli alumni dapat diketahui.
Setiap dua tahun sekali pihak alumni mengatur Alumni Nights yang dianjurkan oleh setiap batch secara giliran dan disertai oleh Alumni ASASIANS, pelajar, guru dan bekas guru SMKA Sultan Azlan Shah.
Alwi amat berharap alumni ASASIANS dapat menjadi wadah memartabatkan ilmu, bangsa dan negara. Tiada yang lebih bermakna melainkan suatu perkongsian dan persaudaraan yang menjadi jambatan kepada hubungan ukhuwah. Setiap daripada Alumni ASASIANS, perlu memahami dan menerima hakikat bahawa kita adalah kita pada hari ini kerana garapan ilmuwan, guru-guru, cikgu-cikgu kita yang telah banyak berjasa. Ada yang telah lama pergi dan yang masih ada menjadi saksi bahawa ASASIANS sememangnya boleh.

Sinar Harian 3hb May 2016
Sedikit merasai....,
Ini mungkin celoteh sy yg panjang dan mungkin juga yang terakhir untuk kalian.....kerana aku tidak pasti bilakah masanya aku akan pergi....
Sudah tiba masanya saya beredar pergi berbanding hanya menyakat dan mengganggu kalian...
Saat sedang menukilkan ini, saya sebenarnya baru selesai solat dan membaca alQuran....isteri saya sedang sibuk di dapur seusai solat. Saya ternampak satu buku "Screw Work and Let's Play"....
Baru seketika membaca halaman permulaan, saya sudah teringat kalian. Deria rasa saya terarah kepada kalian. Terimakasih kerana menyedarkan saya. Terimakasih atas pengalaman dan hubungan selama ini. Tanpa sedar saya berbuat kesilapan. Ia bukan memalukan saya akan tetapi ia menyedarkan saya. Saya insan biasa, tidaklah sempurna.
Ingatan ingatan tentang kalian membawa saya ke satu daerah kenangan. Lalu saya teringat pelbagai perkara. Hari ini kalian sedang melaluinya.
Lihat sekeliling, setiap hari manusia samada pagi atau petang menjalani rutin...ya benar ia sesuatu yang rutin. Ada yang rasa terpaksa dan dan hanya sedikit yang rasa gembira kerana melakukannya.
Kerja dan pekerjaan adalah tanggungan. Akan tetapi siapa yang merasa gembira dengannya. Siapa yang segera gembira dengan pekerjaannya akan menjadi insan yang paling bahagia. Dia puashati dengan apa yang dilakukannya.
Insan yang menganggap pekerjaannya ialah kegembiraannya ialah orang yang menikmati kehidupannya. Orang ini ceria dan panjang umurnya. Dia merasakan hidupnya bermakna. Dia mengawal apa yang berlaku dalam hidupnya. Walau dia tahu pekerjaan yang sedang dilakukannya bukan lah kerja impiannya. Atau mungkin hanya sementara sahaja di situ namun dia sorang yang gembira. Dia menjadikan kerjanya suatu permainan yang menyeronokkan. Bukan bermain main dengan kerjanya. Dia menunjukkan potensinya dan bukan menyimpan potensinya dengan berfikir bahawa potensinya akan dicurahkan apabila suasananya sesuai atau ketika mendapat pekerjaan yang difikirkan sesuai akan diperolehi nanti.
Sebaliknya, insan yang tidak gembira adalah sebaliknya. Kerjanya hanya beban semata. Hanya rutin yang membosankan seharian hidupnya. Insan ini tidak melihat kerjanya sebagai sumber kebahagiaannya. Rupanya sedih dan monyok sentiasa. Keterpaksaan terserlah dari raut wajahnya. Sedih melihat insan yang sebegini.
Fikirkan dan pilihlah untuk menjadi insan yang gembira seolah olah menganggap kerjanya umpama sedang bermain dengan gembiranya.
Bergembiralah.....
Sekian terimakasih. Saya memilih untuk menjadi insan gembira dalam hidup ini. Terimakasih kerana memberi saya kesedaran tentang kegembiraan dan kebahagiaan lalu memberi makna baharu dalam kehidupan saya...
Sehingga ketemu kembali di lain platform. Bergembiralah! Jangan rasa terpaksa dan monyok....
Aku hanya insan biasa yang ingin punyai jiwa besar hati pasrah dalam kehidupan yang singkat ini.
#kenalidiribinaidentiti
#AsamGaram
#EmpayarJiwa
Sent from my iPhone
Subscribe to:
Posts (Atom)