Tanpa sejarah, kita tidak akan dapat bergerak kehadapan dengan betul kerana didalam sejarah terkandung pengajaran dan pelajaran yang penting samada kesilapan yang telah dilakukan mahupun perkara betul atau strategi yang betul yang telah dibuat.
Melalui sejarah kita juga tahu arah tuju pembangunan ataupun perancangan yang telah dibuat sejak sekian lama dan pada hari ini kita hanya perlu menyambung,memperbaiki serta meneruskan legasi yang ada disamping membuat pelarasan yang sesuai agar arah tuju atau 'direction' itu dapat diteruskan dan pencapaian dapat dibuat secara konsisten.
Sejarah juga mengajar erti dan maksud 'konsistensi' lalu kehebatan masa lampau akan dapat diulangi pada hari ini melalui penerusan polisi dan dasar yang bagus dankaedah pelaksanaan sesuatu perkara, dasar dan polisi.
Sejarah juga mengajar erti penghargaan dan penghargaan ini merupakan sistem nilai yang menjadi timbang tara untuk kita meniti masa hadapan. Tanpa nilai ini akan hilanglah appresiasi lalu lahirlah pemahaman kebencian.
Fahamilah sejarah dan manfaatkan segala galanya daripada sejarah. Bagaimana? Melalui rekod dan catatan yang dibuat oleh generasi terdahulu. Contoh terbaik ialah bagaimana Allah mengajar manusia dengan merakamkan peristiwa peristiwa terdahulu melalui wahyu. Kisah kisah bangsa terdahulu. Kisah jatuh bangunnya sesuatu ummah. Inilah sejarah yang perlu kita fahami.
Jadi, mengapa kita memandang remeh akan sejarah sedangkan Allah menunjukkan bahawa manusia hari ini perlu mengetahui dan memahami sejarah melalui pelbagai kisah yang diceritakan dan dipaparkan dalam Al-Quran....agak agaknya mengapa?
Kalian fikirkan sendiri.....