Tuesday, October 15, 2013

Pasrah dalam redha....

Assalamualaikum wrt wbt.

Telah turun perintah...
Ia susah dan payah
Akal memikir tidak mudah
Tinggal dan hijrah di kegersangan tanah
Tiada apa apa, hati mudah tergugah

Dengan perintah itu
Tinggalkan buat seketika mereka di situ
Tanah gersang dan berdebu
Anak kecil yg sedang menyusu
Tinggalkan keluargamu

Lalu kau datangi mereka kemudian
Hanya untuk menunaikan perintah amalan
Anakmu yg kau kasihi akan dikorban
Keduanya pasrah dengan arahan
Redha dengan suruhan
Air mata jatuh berguguran
Melihat teguhnya iman
Melaksana perintah dari Tuhan
Itulah titik mula ibadah korban
Ibrahim dan Ismail memulai perjalanan....

Pengorbanan tidak mudah
Ia payah dalam pasrah
Hati redha dan berserah
Agar iman tidak tergugah
Lalu bertambah dan utuh
Demi keranamu ya Allah.....

Kullu Aam Wa Antum Bihair....eid adha almubarak....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, October 11, 2013

Cara beliau...

Assalamualaikum wrt.wbt.

Selamat Menyambut Eid Adha buat semua....

Biar kita berkorban harta dan benda, berkorban masa dan tenaga, jangan kita terkorban sia sia di jalan raya, jangan terkorban bukan di atas jalan dan redhaNya....

Eid Adha adalah hari pengorbanan...mengambil hikmah berkorban dari peristiwa bersejarah Nabi Ibrahim yang diperintah untuk 'menyembelih' anaknya lalu sebagi mematuhi perintah Allah swt, maka peristiwa KORBAN ini menjadi tema dan amal ibadah Muslim setiap kalinya musim haji tiba. 

Eid-Ul-Adha or Eid-Ul-Azha, Arabic Islamic calligraphy for Muslim community festival. EPS 10. - stock vectorMakanya bukan hari ini sahaja kita perlu berkorban tenaga, masa, harta benda dan fikiran...pengorbanan mestinya menjadi modul kehidupan. Lebih memberi dari menerima, kelak, seperti yang dijanjikan olehNya, kita lebih murah rezeki sebagai ganjaran dariNya. Namun, niatkanlah pengorbanan itu kerana Allah semata mata dan bukan kerana ingin murah rezeki agar amalan itu dilarik dengan hiasan ikhlas lalu kurnia REDHA-NYA mendatangi.

Nabi Ibrahim a.s. menuruti perintahNYA tanpa keluh kesah. Baginda menuruti apa yang diperintah olehNya. Tanpa ragu ragu dan tanpa dolak dalih. Soalannya, adakah kita telah membawa diri kita ketahap sedemikian. Tanpa dolak dalih? Malah saat itu nilaian korban ialah anak kesayangan Baginda sendiri akan tetapi hari ini, kita hanya disaran mengorbankan binatang korban akan tetapi adakah kita telah redha dan pasrah atau masih lagi takut dan keluh kesah untuk berkorban dek fikiran yang merasa susutnya harta dan wang.......

Yakinlah bahawa pengorbanan dan berkorban itu sangat dituntut. Ia menghilangkan kebakhilan dan ketamakan.

Selamat Hari Raya Qurban...moga puasa dan amalan seawal mula 1 Zulhijjah hingga 9 Zulhijjah ini diterima olehNya.....dan semoga 'korban' haiwan ternakan itu diterima olehNYA.

Allahumma amiin.