Wednesday, November 18, 2009

Sedarkah kita....

Ulasan ini akan pasti menyinggung ramai pembaca..jika terasa cilinya...

Jika makanan baik dan berkhasiat...maka kemungkinan badan akan sihat...pasti berlaku. Itulah perumpamaan jika bahan baca itu bernilai tinggi, kualitinya membangun minda...kemungkinan besar minda yang lahir ialah minda yang hebat.....benar bukan?

Cuba perhati di kedai kedai dan toko toko buku....atau kedai pojok yang menjual majalah majalah yang pelbagai.

Lihat siapa yang membeli dan bahan bacaan apa yang dibeli lalu dibaca??
Lihat juga, peringkat umur berapa yg membeli bahan bacaan seumpamanya dan mengapa?
Kemudian buat andaian mahupun analisa...mengapa begitu?

Jika karya karya besar atau karya yg baik...maka insyaallah, susuk itu akan punyai pemikiran yg matang dan luas lantas diterjemah dlm tindakan yg matang.

Jika susuk itu membeli bahan picisan, bahan gosip..maka akan terserlah dalam perbualan, percakapan dan pemikiran....sikapnya hasil dari bahan yg dibacanya..hatta terhadap perkara perkara yg diminati....

Untung atau rugi bukan wang atau kos...tapi untung ilmu mahupun idea dan pemikiran???

Kita selalu rugi.....Melayu kita selalu rugi....suka bahan picisan..suka bahan lambakan murahan....yg baik dan bagus2 semua ditinggalkan

Seumpama membeli durian, pilih yg sudah boleh dibuat tempoyak....manakala yg isinya baik dan bagus, tidak diendah atau dibeli atas alasan harganya mahal..jadi beli sahaja yg paling murah, yg dilambak, longgok.......jadilah kita serupa itu juga...punya fikiran jenis longgok dan lambak...sekali harung, sekali borong, tak mahu fikir satu satu...nak selesai semua secara borong...jadi kita malas fikir....kita tidak suka masalah, kita tidak suka 'problem'...

Benarlah ungkapan Birch, benarlah tulisan Frank Swettenham..dalam catatan diari mereka..tentang orang Melayu...benar kita suka diulit kesenangan, kita suka sangat....suka 'banget' dibodek, dipuji......

Melayu oh Melayu...bangsaku!!!

Perlukah kita tuduh menuduh..maki memaki.....

Aku memang menyangka cuma belum menemui sehingga akhir akhir ini...telah ku temui..betapa buruknya ungkapan...betapa jeleknya ucapan dan kata kata. Semuanya dek kerana satu pihak menyalahkan dan memaki serta menuduh satu pihak yang lain dan pihak yang lain turut sama membalas dengan cara yg sama....

Terus terang aku katakan...ianya sebab politik....kerajaan dan pembangkang.

Kutemui....kerana aku membaca beberapa ulasan blog-blog dan catatan catatan komen dalam facebook sejak akhir akhir ini...

Tak penting siapa yang memulai....tapi dua dua pihak dengan pendekatan sebegitu..memang tidak boleh dipakai. Tak boleh dijadikan contoh langsung. Bezanya di satu pihak...kaedah makian agak bersopan, sementara di pihak yg satu lagi 'brutal' and 'heaven'...harap jgn disangka yg mana satu...tak penting juga.

Sakit kepala mengikuti cemuhan yg tiada nilai walau sebesar habuk pun..nilai yg ada ialah imej 'kotor' pemikiran dan mental...mental tandus gersang umpama gurun yg hanya ada pasir berterbangan...

Jadi...fikirkanlah sendiri....nilailah sendiri....kita pun menyandarkan harapan kepada mereka semua ini....hahahaha

Kita yg tertipu lagi......

Saturday, November 7, 2009

media baru...merentas pertimbangan akal kita

Media baru...banyak telah diperkatakan. Ia merentas sempadan, mengubah pemikiran, mendekatkan yang jauh, merentas sempadan bangsa, politik, ekonomi dan sosial. Ia amat berpengaruh, amat diminati, amat dinamik dan pantas, amat bebas, tiada terikat kepada apa apa sekalipun justeru ia sentiasa mengundang kontroversi.

Ia medan penyaluran maklumat yang paling cepat, paling pantas, paling berpengaruh dalam masyarakat walau dimana jua sekalipun terutamanya kepada golongan muda. Impak yang dibawa oleh media baru ini sangat meluas dalam komposisi mesyarakat yang berbilang bangsa di Malaysia ini. Ini membawa cabaran baru, dinamisme baru dalam faktor sosio-budaya masyarakat di Malaysia. Ia wujud dalam blog blog peribadi, laman laman web umum mahupun khusus.

Cabaran paling besar dalam yang merentas pertimbangan akal kita ialah kebenaran dan fakta. Sukar untuk dinyatakan mahupun untuk dibuktikan kesahihan dan kebenaran sesuatu fakta yang dilontarkan itu. Berbanding dengan media konvensional, ia mempunyai nilai 'accountability', walau ada juga kes kes salah lapor dan kesilapan fakta dalam media konvensional. Begitupun, sesuatu yang dipandang berasas dalam media baru seperti blog blog individu tertentu, yang dilihat amat berpengaruh, ialah kerana persepsi yang terbina berdasarkan berita mahupun ulasan yang dibuat. PERSEPSI yang mendorong kepada wujudnya penyebaran maklumat yang pantas kepada semua orang yang sentiasa melayari internet atau yang menjadi penduduk alam siber ini.

Apa yang penting bagi para bloggers ini ialah untuk mewujudkan satu suasana yang logikal dan rasional terhadap analisa sesuatu isu samada politik, ekonomi dan sosial mahupun sekadar nukilan nukilan biasa peristiwa yang dilalui oleh seseorang individu. Kebolehupayaan untuk menganalisa sesuatu isu tanpa ada rasa kekangan dari sesuatu apapun adalah satu daya tarikan yang kuat kepada meluasnya minat dikalangan orang ramai untuk terus mendapatkan maklumat melalui ruang siber. Ini ditambah pula dengan wujudnya teknologi RSS feeds, news feed, twitter dan lain lain lagi yang dari masa ke semasa memberi maklum balas secara otomatik terhadap berita atau maklumat yang dilanggan kepada individu.