Wednesday, February 18, 2009

Memahami itu tunjang kehidupan

Adalah amat disesali kerana kita tak faham sesuatu...kerana tiada ilmu?tiada pendidikan yang menjurus kepada kefahaman tersebut?tiada panduan?tiada pendedahan?tidak mencari kefahaman?tidak mahu faham?....sombong dan ego?buat buat tidak faham? dan berbagai alasan lagi....

Justeru, sering kita diketemukan dengan perkataan tidakkah kamu mengetahui, tidakkah kamu melihat, tidakkah kamu memerhati, tidakkah kamu berfikir, didalam wahyu yang Allah swt turunkan dan dijadikan panduan mahupun bacaan (semata2) iaitu Alquran al Karim....hampir di setiap surah Allah mempersoalkan kepada manusia tentang konsep dan aspek asas tunjang ilmu iaitu memahami atau mengetahui...memahami dan mengetahui ialah satu proses yang tidak mungkin terhenti sampai bila bila sehingga kita menemui Sang Pencipta....ia ialah proses berterusan tanpa henti...kegagalan memahami konsep memahami dan mengetahui akan merencatkan pemikiran, memesongkan akidah, membuat keputusan salah, membutakan hati, menjerumuskan diri ke jurang yang hina....lebih hina dari binatang....

Apabila kita memahami dengan sebenar2nya kefahaman dan pengetahuan berdasarkan dan berpandukan ilmu yang bersumber dari Alquran dan As Sunnah..maka kita tidak akan terpesong dari jalan yang lurus...faedahnya, kita akan dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sebaik baiknya, keteraturan hidup samada secara sendiri, berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara akan pasti teratur....samada berpolitik, bermuamalah dan bersosial akan berjalan dengan sebaik baiknya....

Ilmu mengubah segalanya

Konsep SMKA dan Sekolah Integrasi dimulakan sejak 1980an ke 1990an dimana pengajaran dan pembelajaran yang diperkenalkan oleh kerajaan melalui Kementerian Pendidikan(Pelajaran) pada waktu itu, bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari segi aspek pendidikan aliran agama dan aliran moden(sekular???). Maka lahirlah pada hari ini dalam dekad tahun 2000 ini generasi yang terdidik dan terdedah kepada konsep Islamisasi Ilmu.

Jika dikaitkan dengan kebangkitan trend pemikiran pada hari ini, yang berkaitan dengan isu politik, ekonomi dan sosial di Malaysia, wacana dan diskusi hebat berlaku di media media, blog-blog, homepage persendirian dan sebagainya, akan kita dapati bahawa generasi yang dididik melalui pendekatan pendidikan agama yang digabungkan dengan pendidikan moden ini merupakan pelopor dalam kebangkitan pemikiran dan perubahan kepada pemikiran masyarakat pada hari ini. Mereka melontarkan idea dan pemikiran yang cenderung kepada pendekatan Islam (integrasi) menyimpang sedikit dari aliran pemikiran Barat dan moden yang lebih terjurus kepada pemikiran berbentuk materialistik. Mereka membawa dimensi baru dalam banyak perkara dan aspek politik, ekonomi dan sosial di Malaysia terutamanya dalam isu isu mutakhir ini.Walaupun tidak dinafikan bahawa aliran pemikiran sosialisme dan moden masih menunjuk taringnya namun ia telah diimbangi dengan kemahuan dan pemikiran generasi yang lahir melalui sistem pendidikan integrasi yang telah diperkenalkan oleh kerajaan melalui penubuhan sekolah sekolah SMKA dan sekolah integrasi. Proses pemikiran ini lahir berdasarkan pendidikan yang sedemikian rupa yang lebih dikenali sebagai Islamisasi Pendidikan 'Islamization of Education'. Ia juga menjurus kepada Islamisasi Ilmu ataupun Islamization of Knowledge.

Perkembangan perkembangan ini merupakan suatu bentuk pembaharuan atau tajdid yang amat menonjol dewasa ini. Adakah ini sesuatu yang sihat ataupun memberi kesan buruk kepada masyarakat dan negara? Apakah kesan langsung kepada konsep kepimpinan, politik dan fahaman politik? Bagaimana ia memberi impak kepada isu isu dalam masyarakat pada hari ini?