Life is full of choices...make your choices as it determines your directions...and live life to the fullest...forgive and forget...be happy!Google+
Wednesday, January 15, 2020
Keikhlasan kan mendatangi kebaikan...
Assalam semua dan salam sejahtera.
"You reap what you sow". Natijah kebaikan hanya mendatangi kehidupan jika kebaikan yang disuburkan maka sebaliknya begitulah.
Begitulah asas dan cara fikir mahupun kaedah menanggapi dan bertindak dalam kehidupan. Jika yang disemai itu benih kebencian maka yang terhasil ialah kebencian jua malah mungkin lebih dari itu. Bahkan boleh juga yang terhasil bukan sahaja kebencian, tetapi fitnah, mahupun kebobrokan. Walau sekuat mana sekalipun ia cuba dipertahankan atau diperbetulkan, hasilan keburukan tetap dituai.
Tidak mungkin kaedah keburukan akan mendatangkan kebaikan. Tidak sama sekali.
Lihat bagaimana semulia mulia insan diatas jagat raya alam ini memberi contoh teladan. Tidak lain dan tidak bukan, Rasulullah saw yang tercinta. Dia menebarkan kebaikan, dia menanam benih cinta dan kasih sayang ke seluruh alam. Bahkan Baginda saw mengguna pakai prinsip menyampaikan, dengan penuh amanah dan keikhlasan, akan kebenaran dengan penuh kecerdasan aqal dan emosi kepada kaum Quraisy malah orang orang lain.
Kejahatan dibalas dengan kebaikan. Kebenaran disampaikan dengan kaedah yang betul. Objektif dakwah dilaksanakan dengan cara dan kaedah yang betul agar misi dan hasilan tercapai. Ia proses yang panjang, bukan sekaligus.
Sebegitu jua dalam kehidupan.....gunalah kaedah dan prinsip yang telah Nabi saw ajarkan dan contohkan kepada kita semua.
Jika mengguna kaedah kaedah lain, atau kaedah yang salah, buruk, menebar fitnah umpamanya, maka hasilan yang dituai ialah yang seumpama dengannya. Saat itu, ketahuilah, bahawa nasi telah menjadi bubur.
Justeru, laksanakanlah amal mu di atas mukabumi ini dengan penuh keikhlasan, pasti kebaikan akan mendatangi mu dalam kehidupan dunia akhirat dalam apa jua bentuk sekalipun, samada kecil atau besar....
Sayugia itu, hendaklah diingati bahawa "you reap what you sow";
Jika kita menipu, maka kita akan mendapat kesan dan hasil kemudiannya atau mendapat atau melalui peristiwa peristiwa dimana kita pula akan ditipu samada sekali atau berulangkali.
Jika memfitnah, maka kita pula akan difitnah dikemudian hari.
Jika berbohong, maka kita pula akan dibohongi kemudian nanti.
Jika menzalimi maka kita pula akan dizalimi nanti.
Jika menghasut, maka kita pula akan menerima bahana bilamana orang lain pula menghasut untuk memburukkan kita.
Itulah KARMA atau takdir atau putaran roda dalam kehidupan. Ia kerana Allah swt telah mengingatkan manusia dalam wahyunya......balasan setimpal atas apa sahaja yang kita lakukan.
Subscribe to:
Posts (Atom)