Tuesday, July 12, 2016

Sejarah telah membinanya.....kita menikmatinya......

Sejarah telah membinanya, kita menikmatinya...

Saat aku sedang menonton rancangan dokumentari kegemaran di BBC Earth-Life Below Zero saluran Hypp TV.....kisah kehidupan manusia di garis Artik...

"You build your life from ashes and you are willing to die for it....otherwise you will not survive in this extreme weather. It is the weather that controls everything here..."

Aku termangu melihat ketabahan mereka semua ini. Mereka memilih untuk hidup sedemikian. Semuanya bagi mereka ialah tentang kemandirian hidup. Mereka puas dengan kehidupan sedemikian.

Begitu jua dengan kehidupan kita.....

Image result for rumah melayu lama imagesJika orang dahulu yang baharu berkeluarga, matlamat asas apabila hidup berkeluarga ialah untuk membina rumah, samada membuka tanah baru atau mewarisi dari ayah ibu mereka tapak rumah lalu membinanya. Hari ini sangat berbeza, rumah dibeli dan usaha membelinya memakan masa dan usaha yang banyak serta proses yang pelbagai. Rumah pula telah meningkat harganya. Itulah pilihan yang ada dan kita berhak membuat mana mana pilihan sekalipun. Itulah kemerdekaan diri dalam membuat pilihan. Terpulanglah kepada diri. Ia kelihatan mudah dan ringkas akan tetapi prosesnya dan tahap tahapnya sangat panjang dan penuh berliku.

Apapun, kehidupan yang hendak dimulai mestilah berpaksikan ILMU. Diri mesti dalam keadaan BERSEDIA dari segi mental dan fizikal dahulu untuk memulai kehidupan. Ia dimulai dengan ilmu, penetapan matlamat, perancangan dan usaha untuk mencapai matlamat matlamat diri.

Seseorang itu akan mencari tapak dan membina rumah sebagai memulai kehidupan. Jika sebelumnya dia hidup bujang dan bersama ibubapanya maka itu kehidupan bersama keluarganya sendiri. Tapi apabila telah memulai langkah sendiri, hidup berkeluarga dengan jodoh pasangan sendiri, maka seseorang itu telah membuat keputusan dan memilih untuk bertanggungjawab lalu memikul amanah kehidupannya sendiri.

Rumahnya adalah pilihannya. Bagaimana rupabentuk dan rekabentuk rumahnya adalah pilihannya sendiri. Dimana tapak dan lokasi rumahnya juga adalah pilihannya sendiri. Ia adalah usaha jerih yang panjang dan sukar. Penuh liku dan cabaran, itulah yang yang boleh dikatakan. Apabila berdiri megah rumahnya, seseorang itu merasa puas kerana ia terhasil dari usaha bersama dia dan pasangannya.

Dulu asalnya dia hanya menyewa di rumah setinggan, lama kelamaan, apabila punya wang dan kerjaya yang lebih baik, dia mula mencari tapak dan membelinya. Lalu dia terus berusaha lagi bagi menyelesaikan hutang piutang pembelian tapak rumahnya. Masa terus berlalu pergi. Dia masih lagi menyewa di rumah setinggan kerana sewanya murah lagipun dia tidak mampu menyewa rumah teres yang lebih cantik dan selesa kerana sewanya mahal.

Sampai satu tahap, hutang tapak rumahnya selesai lalu dia mula berusaha mengumpul wang lagi bagi membina asas rumahnya. Wang dan kerja lebih masa dilakukan bagi mengusahakan fasa seterusnya dalam membina rumahnya. Anak anaknya mula lahir atau membesar. Ini memberi beban tambahan dan memerlukan usaha lipat kali ganda dari dirinya mahupun isterinya. Masa kian bertambah, umur pula semakin meningkat, cabaran luaran pula makin pelbagai. Keperluan juga turut bertambah.

Image result for rumah melayu lama imagesAkhirnya dengan penat lelah, usaha jerih payah untuk beberapa lama, dengan kaedah ikat perut bagi menjimatkan kos perbelanjaan, akhirnya dia mampu mengumpul wang yang cukup untuk memulai membina rumahnya. Namun ia tidak boleh dilakukan sekaligus kerana kos bahan binaan juga semakin meningkat disamping perlu juga memenuhi tuntuan kos keperluan lain seperti belanja anak anak, belanja dapur, belanja makan minum dan persekolahan serta yuran anak anak yang semakin membesar. Dia perlu menjimatkan kos pelbagai dan terus berusaha lebih bagi mengumpul wang agar rumahnya dapat disiapkan.

Setelah beberapa lama, yang memakan masa puluhan tahun, dengan pelbagai cabaran dan rintangan yang dihadapi, serta berbagai tekanan yang dialami, akhirnya rumahnya siap megah berdiri dan cantik dipandangan matanya. Kenduri kesyukuran dilakukan bagi memulai langkah mengharungi kehidupan di rumah baru. Akhirnya usaha puluhan tahun dia dan isterinya, dengan segala macam usaha dan rintangan yang dihadapi, maka berdiri megahlah rumahnya. Rumah impian dan idaman dirinya dan isterinya.

Kini dia memulai kehidupan baru dengan isterinya serta anak anaknya di rumah barunya itu. Kenangan lalu sudah menjadi sejarah. Kepayahan dan kesusahan mengusahakan projek membina rumahnya sejak dahulu lagi kini telah menjadi sejarah pahit manis. Ia proses yang panjang. Sangat panjang dan menjerihkan.

Tidak beberapa ketika, kelelahan dan kepayahan telah memakan dirinya serta memamah usianya. Dia mula jatuh sakit. Akhirnya dia telah meninggal dunia hanya seketika menikmati kehidupan di rumahnya sendiri. Sekarang rumahnya diwarisi isteri dan anak anaknya. Mereka menyambung kehidupan di rumah yang diwarisi.

Itulah kehidupan....

Begitulah juga AKU. Aku kini mewarisi rumah itu. Rumah pusaka ayahku. Rumah itulah tempat kami dibesarkan. Tempat kami mengenali kehidupan. Tempat kami mempelajari nilai dan menimba ilmu. Ayah mengajar kami segalanya.

Displaying 2016-08-08-PHOTO-00000029.jpg

Ada saatnya dinding rumah di suatu sudut telah reput. Pintu di dapur juga telah dimamah anai anai, bumbungnya bocor di sana sini. Kami anak anak mengambil inisiatif membaikinya, mengecatnya semula agar kelihatan berseri, menambah ruang yang patut serta memperelok apa yang tidak elok atau rosak serta mengggantikan mana yang perlu.

Ada seorang teman menyarankan agar kami meruntuhkan rumah itu kerana kini telah banyak rosak. Ia idea janggal dan telah kami tolak mentah mentah sama sekali kerana dimata kami anak anak ayah, ia tidak rosak. Ia masih elok berdiri teguh. Melindungi kami dan ibu dari panas dan hujan serta ribut yang melanda. Apa perlunya meruntuhkan rumah yang telah diusahakan oleh ayah selama bertahun tahun? Walhal ia masih teguh elok berdiri. Apa yang rosak adalah sebahagian kecil sahaja dan ia boleh diperbaiki. Tiangnya masih utuh dan tidak langsung dimakan anai anai....


Besar atau kecil
cantik atau buruk
panas atau sejuk
bersih atau kotor
sempit atau luas
cerah atau gelap
jauh atau dekat
bocor atau tidak........Ia tetap rumah kita...kita lah yang menjadikan ia sebagaimana kehendak kita......kita membesar dengannya, berlindung dari panas dan hujan, tidur dibawah naungan bumbungnya, bermain dihalamannya......lalu apabila kita dewasa adakah patut kita menghinanya?

Saat ini, aku sedang merenung sejenak akan cerita di atas ini….dalam konteks yang sama, begitulah jua tanahair ini. TANAH ini punya sejarah yang panjang. Bukan mudah menjadikan ia sepertimana ia pada hari ini. Pelbagai liku yang telah dihadapi bagi membinanya. Sejarah telah memberitahu kita bahawa TANAH ini menjadi rebutan kuasa asing sejak turun temurun lagi. Walhal warga TANAH ini tidak pula punya keinginan menakluk tempat lain. Itu dibuktikan dalam sejarah. Bacalah sejarah agar kita tidak buta hati dan dangkal dalam memberi penilaian lalu sewenangnya mencemuh TANAH ini….

Akuilah bahawa sejarah jatuh bangun yang panjang telah membolehkan kita menikmatinya hari ini.......





Sent from my iPhone