Life is full of choices...make your choices as it determines your directions...and live life to the fullest...forgive and forget...be happy!Google+
Thursday, October 30, 2014
Tuesday, October 7, 2014
Ku jelajahi Sepanyol: Madrid ke Lisboa Siri 1

Assalamualaikum wrt wbt....
SELAMAT HARI RAYA KORBAN.....jgn biarkan diri kalian terkorban, akan tetapi berkorbanlah untuk akhirat kalian demi Allah dan agama....
Sudah seketika kusimpan coretan ini.......hingga kini baru aku berpeluang untuk menyemak kembali coretan ini. sekadar perkongsian cerita dari pengalaman yang berbeza......agar punya erti dan pelajaran buat semua.
Penghujung Disember yang lalu aku mulakan perjalanan ini. Ku inspirasikan coretan ini berdasarkan musafir Sdra Zahariz dalam dokumentarinya "Dengan Berbasikal Aku Menjelajah" siaran TV alHijrah.
Coretan ini boleh ku gambarkan sebagai suatu pengalaman hebat atau "a jawdropping experience" kerana asyiknya aku melihat kehebatan Islam dalam lipatan sejarah terdahulu di bumi Sepanyol, Morocco dan sedikit di bumi Portugal. Aku kagumi mereka! Moga Allah berikan ganjaran sebesarnya kepada para syuhada, pendakwah, pejuang Islam yang telah menegakkan Islam di sana......namun tiada lagi kini. Hanya cebisan sejarah hebat yang menjadi bukti. Hatta sejarah Islam seusai dunia moden hari ini belum mampu menandingi lakaran peristiwa dan bukti nyata yang kekal di bumi Cordoba dan juga Seville-Al Hambra yang hebat itu.
Kali ini aku dan isteri serta Sdra Hasan Basri dan isteri berpeluang musafir ke Sepanyol, Portugal dan Morocco. Dalam keadaan yang sungguh kelam kabut dan berbagai masalah dan ujian menimpa sebelum berangkat ke sana.......perlu menyelesaikan banyak perkara sebelum akhirnya dapat juga aku dan isteri menjejak bumi Sepanyol.
Saat tulisan ini ditulis, kami sedang transit di Jeddah kira kira 6 jam, kami sampai jam 8pm waktu Jeddah, 1pm waktu Malaysia, mata mengantuk, kami 'jet lag', satu fenomena biasa pabila berlaku pertukaran waktu. Kami menaiki Saudi Airlines yang berlepas dari KLIA sekitar jam 3 petang. Aku duduk bersebelahan Micheal, seorang rakyat Britain yang bekerja di salah sebuah lombong di Australia Barat. Dia sedang balik bercuti Krismas di Coventry....kami berbual seketika..rupanya dia menaiki Air Asia dr Australia, transit di KLIA semalaman dan menaiki Saudi Airlines ke Jedaah, transit lalu menaiki Saudi Airlines ke London. 'It is cheaper this way' katanya. Aku setuju, sebab aku juga menggunakan Saudi Airlines kali ini.
Kos menjadi sebahagian perkiraan ku untuk bermusafir, kali ini....aku menggunakan konsep 'cheap, challenging and adventurous travel' atau pun konsep 'Now Everyone Can Travel' umpama tagline AirAsia.....ini adalah konsep yang aku fahami saat membaca laman "TripAdvisor". Ia banyak memberi ruang dan pengalaman berbeza setiap kali. Aku kurang menyukai aturan musafir yang amat bergantung kepada jadual@aturan agen agen pelancongan. Ia terlalu kesuntukan masa dan aku kehilangan peluang untuk 'meneroka'. Saat kembara ke Europe tahun lepas, konsep yang sama aku gunakan. Sekadar menghabiskan sekitar rm6500 termasuk tiket, belanja makan, hotel dan tiket keretapi@bas serta mampu membeli belah dan minum kopi+waffel coklat yg enak di Brussel...aku cukup seronok. Dengan kos sedemikian, Belanda aku jelajahi sehingga ke Volendam, Belgium-Brugess, Perancis-Paris, London- dari zon 1- zon 6 aku terokai......Epping paling jauh di tepi kota London yang berada di zon 6 aku jejaki...disitulah kami dilanda salji buat pertama kali! Pengalaman paling seronok bermain salji di dinihari.
Sebenarnya, aku sendiri tidak menyangka bahawa akhirnya, aku dapat juga memulai perjalanan ini. Tiga minggu yang lalu, aku terlantar sakit. Mulanya doktor mendiagnosis aku sebagai mengalami 'slipped disc'. Akan tetapi aku bertemu doktor pakar selepas itu, aku hanya di sahkan sakit saraf yang menyebabkan aku tidak boleh menggerakkan kaki kanan ku, sakit berdenyut denyut sepanjang hari dan sepanjang malam, sakit umpama sakit gigi akan tetapi kesakitan dirasai di bahagian pinggang, belakang punggung dan paha kaki. Aku turun berat badan sekitar 5 kg. Ia sangat sakit dan amat mengganggu apatah lagi aku tidak mampu tidur. Saat itu aku membayangkan bahawa aku tidak dapat berpergian musafir bersama Hasan dan Na kali ini.....amat mencemaskan. Lalu akhirnya aku menjalani terapi akupuntur atas cadangan isteriku...selama 5 hari berturut turut, aku menjalani terapi, akhirnya aku mampu pulih. Syukur alhamdulillah. Semua orang saat itu sudah susah hati melihat keadaanku, namun Allah kembalikan kesihatan ku semula. Syukur! Aku syahdu kerana hikmah kesakitan itu akhirnya aku pulih kembali dan hampir hampir terlepas perjalanan ini yang telah diatur sejak sekian lama.
Jeddah- transit 8 jam
Lama juga kami transit di Jeddah. Kami sampai lewat petang, sebelum menunggu utk menaiki penerbangan seterusnya sekitar jam 4 pagi ke Madrid. Terminal Jeddah itu penuh sesak dengan jemaah umrah dan mereka yang transit. Kawasan transit yang agak sempit, menjadikan tempat itu sesak. Kami solat dahulu sebelum menjamah makan malam yang diberikan secara percuma oleh pihak lapangan terbang King Abd Aziz. Selepas itu kami merayau rayau sebentar di kawasan bebas cukai di situ selepas melalui beberapa pemeriksaan imigresen Arab Saudi yang begitu lambat (ini sesuatu yang amat biasa, ,ereka tidak pedulikan dan tidak mengamalkan konsep perkhidmatan yang cekap-aku telah berulangkali mengalami masalah sedemikian di Jeddah dan lapangan terbang King Saud ini).
Di Jeddah, aku dapatkan rehat secukupnya, tidur di surau lapangan terbang Jeddah ini....alhamdulillah, dapat melelapkan mata sekitar 4 jam....cuaca sejuk di Jeddah ini. Kami diberi kupon makan-untuk penumpang transit....aku, isteriku, Hasan, dan Na seangkatan kali ini....kami makan bersama. Tahun lepas juga kami seangkatan 'backpack' ke Holland, France, UK dan Belgium....alhamdulillah, tahun ini kami mengulangi kembara kami....kali ini selatan Europe. Insyaallah, tika berbual ketika di meja makan, kami bercadang tahun depan akan ke Eastern Europe.


Kami meneruskan perjalanan hingga sampai ke hentian St Antonio Martin dan kebetulannya kami lapar dan sedang mencari cari restoran Islam lalu akhirnya bertemu dengan sebuah restoran dan terserempak dengan dipintu restoran RajaMahal, dengan 2 org pelajar Malaysia yang belajar di UK dan sedang bercuti di Sepanyol. Kami makan tengahari bersama mereka, sambil bertukar tukar cerita. Seorang sedang mengambil kursus engineering di Northumbria University dan seorang lagi kursus computer engineering tajaan Mara di Manchester (aku lupa nama universitinya). Mereka datang Sepanyol kerana mahu melihat Real MAdrid beraksi. Aku tersenyum melihat gelagat mereka. "Untungnya mereka, dapat belajar di UK dan kemudian mengambil peluang bermusafir ke sana ke mari" ujarku dalam hati. Selesai solat jamak qasar Zuhur dan Asar kami bergegas menaiki tram ke ke St Bernabeu. Setelah mengambil gambar serba serbinya, kami pulang ke Avenida de America utk menaiki bas ke Lisboa, Portugal dalam perjalanan malam itu.
Kami seharian di Madrid, melawat berbagai tempat, berehat makan buah epal segar yang dibeli dari pasaraya Tesco di situ. Sempat menyinggah di Estadio Santiago Bernabeu.....stadium milik kelab bolasepak terkenal di Sepanyol-Real Madrid. Hampir senja, kami pulang ke Avenida de America-stesen bas yang mula mula kami sampai tadi untuk memulakan perjalanan ke Portugal menaiki bas malam itu.
Letih dan kurang tidur, kami sampai awal di Avenida de America, keadaan sudah semakin dingin. Menyucuk ke tulang. Aku pula berpusing pusing sekitar terminal melihat lihat kedai dan jualan. Cuaca amat sejuk bagi aku ini, bukan tidak biasa akan tetapi dengan faktor 'jet lag' dan juga kurang tidur ia menagih kudrat dan ketahanan. Tak tertahan sejuk rasanya walau sudah ada persiapan baju sejuk dan 'long john' serta baju panas. Akhirnya aku membeli "sweater" bulu biri biri berharga Euro10 di salah sebuah kedai di situ. Murah dan sangat selesa dipakai,ia memanaskan tubuhku. Alhamdulillah. Kami tidur di dalam bas sepanjang menuju ke Lisboa. Kami sampai kira kira jam 5 pagi di hotel Borges di Biaxi Chiado ditengah tengah kota Lisboa atau Lisbon di Portugal. Dinihari itu, kami menaiki teksi ke hotel. Lisboa ialah bandar pelabuhan dan ibu negeri Portugal. Malam minggu, rakyatnya ramai yang baru pulang di dinihari dari sukaria. ternampak dua orang wanita sedang bertenggek di tepi jalan kerana buang air. Kami ketawa didalam teksi melihat gelagat mereka.






.......sekadar coretan pengalaman yg bermakna buat diri, jika ada yang baik darinya maka ambillah iktibar, jika ada yg buruk sesungguhnya ia datang dari kelemahan diri sendiri!
Bersambung....ceritaku di Alhamra yang sungguh mengasyikkan dan indah sekali-bagai syurga di dunia! Hebatnya Islam suatu ketika dahulu!
Labels:
al hambra,
Alcazar,
Algeciras,
Alsa Liners,
Andalusia,
Casabalanca,
Cordova,
Fatimi City,
Gibraltar,
Granada,
Lisbon,
Madrid,
Malaga,
Morocco,
Porte dol Sol,
Rabat,
Santa Justa,
Seville,
Taariffa,
Tangiers
Location:
Sepanyol
Subscribe to:
Posts (Atom)