Mendengar dan melihat kehingaran manusia dan suara memuja muji Illahi adalah saat saat yang indah dan mengagumkan serta mengusik jiwa nurani...dipagi dinihari itu saatnya sungguh mengujakan..lautan manusia tekun menapak dan mengorak langkah mengelilingi Baitullah sebanyak tujuh pusingan atas pelbagai niat dan tujuan... ada yg umrah ada yg tawaf sunat ada yg tawaf widak...berbagai bangsa dan keturunan, lelaki dan perempuan, berbagai ragamn bahasa dan doa, cara dan persembahan, tua dan muda, yg capik mahupun yg segar bugar..semuanya menekuni seruan Illahi menjadi tetamuNya di tanah yg penuh berkah ini...
Kaabah kelihatan cukup gah ditengah tengah dataran itu..dataran yg menjadi saksi jutaan manusia malah sesiapa sahaja yg melewatinya...aura Kaabah juga sangat mengujakan dan memikat sesiapa sahaja. Ia mampu menggugah jiwa manusia....pertama kali menatapinya..air mata berjuraian, ada yg terus meratapinya, ada yg jatuh terjelepuk sebaik sahaja menatap Kaabah yg mulia ini..ada yg menangis berhamburan sebaik sahaja pandangan tertumpu kearah Kaabah....ada yg meratapi penuh emosi dan makna didinding dinding Kaabah...memanggil yg Esa kerana ini ialah rumah Allah yg suci...mengkhabarkan nasib dan derita, malah segalanya galanya..ada yg mengadu nasib, ada yg menyesali apa sahaja perbuatan lampau..ada yg cukup bahagia lalu meratapinya kerana merasa sungguh teruja kerana berpeluang menjadi tetamuNya. Ada yg terus memaut maut dinding Kaabah walau ketika masih berihram kerana kerterujaan yang amat mendalam, sebenarnya perbuatan sedemikian adalah dilarang kerana masih berihram..malah umrahnya tidak sah dan perlu diulangi lalu dikenakan dam akibat rasa keterujaan yg amat saat sehingga berpaut didinding Kaabah. Itulah aura Kaabah ug usianya sudah mencecah mungkin jutaan atau ribuan tahun. Ia mudah sahaja meruntun jiwa manusia yg mengunjunginya, membuatkan setiap susuk itu sangat rindu untuk mengunjunginya lagi buat sekian kalinya...tiada kunjungan yg lebih bermakna didalam hidup ini melainkan kunjungan ke Kaabah mu Ya Rabb...tiada percutian yg amat indah kecuali kunjungan menjadi tamuMU Ya Rabb...tiada galang gantinya nikmat dan kepuasan mengunjungi Kaabah dan tentunya tidak boleh disamakan sekali walau seindah melihat warna pelangi di Niagara Falls, mahupun keletah ikan lumba lumba di Teluk Tasmania, ataupun berkelah di Gold Coast atau melayari saat indah di kawasan pergunungan sekitar Auckland dgn pancuran geiser wap panas gunung berapi....
Kunjungan ke Kaabah dan menjadi tamuNya akan sentiasa membaw erti baru dalam kehidupan seseorang. Relakan diri untuk menerima apa sahaja pengajaran dan pelajaran di sepanjang tarbiah menjadi tetamu Allah di kota suci Mekah dan Madinah...setiap saat dan ketika adalah pengajaran penuh bererti..ambillah ia denga positif dan redha....nikmatilah hakikat diri ditengah lautan manusia..justeru kan terpancar kesedaran mendalam terhadap diri dan betapa kerdilnya jiwa, kerdilnya rohani disisi Allah. Pandanglah dengan mata hati bukan dengan perasaan tertutup lalu mengomel tentang perkara remeh yg langsung tidak berkaitan...lantas ia hanya mengundang padah 'terlepas cakap' di Tanah Haram yg penuh berkat itu. Pengalaman manusiawi dan ukhrawi dalam perjalanan rohaniah di Mekah amatlah mengujakan buat susuk yg sanggup menerima dan redha dengan kehendak Illahi.Ia akan pasti diperoleh susuk mana sahaja yg mengunjungi rumah Allah ini....namun jika hanya sekadar memenuhi tuntutan ibadah semata tapi hati dan jiwa penuh mendongkol, keras bak umpama batu granit, tentunya pengalaman kerohanian dan kunjungan sebagai tetamu Allah tidak membawa makna dan erti apa apa..ia kelihatan seperti cuma tuntutan rutin tanpa ada rasa seronok dan nikmat, rasa bahagia dan rahmat, rasa rindu dan takut, rasa rugi dan sesal kerana tidak bersegera ke masjid dan masih berkelumit di atas katil di hotel walau panggilan azan telah berlalu beberapa ketika....alangkah ruginya jika menjadi tetamu Allah tapi kita tidak mendapat secebis pengajaran dan nikmat serta kepuasan sekalipun...alangkah ruginya susuk yg hanya menambah dosa dengan mengeromet tentang apa sahaja perkara yg tidak kena sepanjang berada di Tanah Suci...
Itulah resam menjadi Tetamu Allah..ada yg hadir dan kembali penuh makna, mengubah diri dan jiwa, meluas pemahaman dan pandangan, ada yg biasa biasa sahaja tanpa ada apa apa..cuma letih kesana kemari, sengal tubuh dek kerana berulang alik berjalan jauh....ada yg seperti memperolehi hadiah yg sangat besar dariNya, tersenyum gembira, penuh kepuasan dan keazaman untuk kembali menjadi tetamu Allah di masa mendatang, malah ada yg sentiasa takut dan cemas mengingatkan kemampuan dan peluang utk kembali menjadi tetamu Allah di tanah suci ini, dan ada pula yang tidak terdaya mengungkap perjalanan kerohanian yang dilalui, segalanya penuh pengajaran dalam pelbagai bentuk.
Justeru, nikmatilah ia, hargailah ia, dlm keadaan sedar dan pasrah bahawa setiap satu adalah tarbiah Allah secara bertahap di sepanjang menjadi TamuNYA di Tanah Suci ini...kerana modul kerohanian yg dilalui oleh setiap susuk sangat berbeza. Rasailah sendiri dan berilah nilai dengan hati penuh insaf dan terbuka bahawa kita hanya insan yg kerdil disisi ALLAH swt.
Ayuh!!! Tanamkan azam dan tekad agar kita diberi peluang, diberi penghormatan menjadi TamuNYA di Tanah Suci Mekah dan Madinah yang penuh keberkatan dan kemuliaan... insyaallah amiin ya rabbal aalamiin