Salam kasih sayang kerana Allah....
Wahai gerangan para GRADUAN KEMATIAN.......! Inilah antara perkara besar yang pasti dalam hayat kehidupan buat kita semua. Kita semua kan bergelar graduan kematian kerana kita pasti MATI. Maut dan ajal itu akan menjengah kita dimana jua kita berada, hatta dalam bilik kebal mahupun saat kita sujud kepadaNYA. Berbahagialah mereka yang lulus cemerlang dan meranalah mereka yang selalu ponteng, tidak cukup kelayakan CGPA untuk mencium hatta bau syurgaNYA. Lihat kembali, toleh sedikit kebelakang...
........dikala kita punya kemampuan untuk mengikuti yg disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang...adakah kita melakukannya?
.......dikala kita punya segala kuasa dan keupayaan untuk mengubah yg mungkar namun kita secara tidak sedar berdolak dalik atas nama apa sekalipun....atas alasan apa sekalipun..atas method dan objektif apa sekalipun.....adakah kita melakukannya??
.....dikala kita masih gagah berjalan dan bergerak ke sana sini, namun adakah ianya dilakukan demi kehidupan selepas kematian atau hanya kerana menuruti kehendak nafsu demi keseronokkan dan kemewahan dunia..adakah kita melakukannya?
......dikala kita masih mampu mengungkap dan bicara, penuh bijaksana dan ilmiah namun ia hanya mainan dibibir mulut, hanya kata kata kosng yang tidak pernah diterjemahkan dalam perbuatan...adakah kita melakukannya demi menuruti perintahNya.....atau ungkapan sekadar memenuhi dan menjaga kepentingan tembolok....
.......dikala kita punya masa dan waktu lalu kita menghabiskannya demi harta dan hiburan dunia, tidak langsung barang sedikit untuk apa yang akan diperkira, untuk apa yang akan ditanya diakhirat kelak?
Wahai Graduan KEMATIAN.....hargailah kehidupan dengan seadanya, bukan hidup demi kehidupan..mahupun hidup demi sesuatu yang sangat sementara......
Wahai Graduan KEMATIAN...hargailah kehidupan demi sesuatu yang kekal abadi....demi redhaNYA........demi kehidupan yang abadi.
Aku mengingatkan diriku dan mengharap ia juga membantu kalian semua.....kerana agama itu adalah nasihat....dan peringatan.