Tuesday, December 7, 2021

Kami adalah Baba dan Ummi yang bangga.....

Keeping it here for memory…i am just a proud father and we are a proud parent like everyone else. Syukur alhamdulillah.

Congratulation kakak. U did it, a very well done effort. A degree in law (2019) and while doing chambering you did extra effort in doing an advanced diploma in shariah (2019-2020), taking a night and weekend classes after work (chambering) at Zairus Dora and Co.

And then Ummi urged you for master and you later enrolled into master in law (2020-2021), at this juncture I also persuaded you to take up a short stint certification course doing big data analytics certification program under Penjana and you managed and completed it and now is a Certified Data Analyst. Marvelous Kakak, (kira borong ler nih)…..hahaha.

Yes we are proud, baba, ummi, adik and Iman….and all other family members, we know it is not an easy journey. U have struggled and you made that sacrifice….a lot of it. Baba n Ummi did know that, cherish it now as u have made it and it has paid off.

Anyway, congratulation again on your convocation day. May Allah always bless you and lead you in the right path.

Thanks all for your support and doa. Special thanks to my dear friend for giving her the opportunity — Zairus Effendi Sohaimi at Zairus Dora n Co.

————————-
Ini hanya sekadar cerita laluan perjalanan Kakak Anis Najwa. Tidak lebih dari itu. Ini bukan naratif mahu menunjuk nunjuk. Maafkan saya jika ia dilihat sebegitu. Tiada niat begitu.
PKP telah mendesak semua kita dalam mencatur kehidupan. Di kesempatan PKP itulah peluang yang ada dimanfaatkan sebaiknya dengan dedikasi, kemahuan dan kesabaran. Itulah resipinya.
Hakikatnya, semua orang punya laluan tersendiri dan kelebihan serta keupayaan berbeza dan unik. Mungkin ramai yang hampir sama. Anak anak kalian jug hebat.
Saya doakan anak anak kalian bahkan kalian sendiri berjaya dunia akhirat mengikut acuan masing masing. Terimakasih semua atas ucapan dan doa. Doa yang sama jua buat kalian semua. Semoga anak anak kalian berjaya dalam hidup dunia dan akhirat.
Allahu musta’aan.
Sakinah Salleh, Mak Uda Mak Ngah and 441 others
339 Comments
Like
Comment
Share

Ceritaku buat mereka...para pelajarku.

Para pelajarku yang dikasihi......

Maaf jika nukilan ini menganggu saat senggang kalian. Ia hanya sekadar perkongsian cerita. Jika baik ambil lah ia sebagai panduan buat kehidupan kalian. Jika ia buruk tinggalkan ia atau jadikan ia sempadan agar tidak kalian melangkah dan menceburkan diri dalam keburukan yang ada padanya.

Saya kongsikan cerita ini kerana kehidupan ini adalah sebahagian dari agama dan agama itu ialah nasihat. Ia cerita nasihat buat kalian.....

Saya kongsikan nasihat ini yang saya tuliskan dalam Grup WA para pelajar saya.


[saya mohon maaf banyak banyak kepada kalian...

...jika saya asyik menghantui kalian dengan segala macam post dalam grup ni......terkadang saya rasa bimbang juga.....saya pulak lebih2. niat saya hanya ingin membantu setakat mana yang saya mampu dan boleh.

...ia kerana ketika saya seperti kalian, saya hanya berseorangan. tiada panduan tiada galakan dan tiada teman atau sesiapa untuk saya pergi kehadapan ditahap saya seperti kalian, lepas grad. terkapai kapai rasa diri.

...duduk di KL, saya tahu kalau saya balik kampung maka saya akan merencatkan segala pergerakan dalam kehidupan saya. dan saya pula tidak mahu bergantung atau berharap kepada mak ayah saya. lagipun saya tahu mereka telah banyak berkorban untuk saya. saya malu untuk menyusahkan mereka ketika itu. jadi saya berazam untuk sara hidup saya sendiri. 

...untuk memulakan itu, saya kena buat syarat kepada diri saya sendiri. saya tak boleh balik kampung. jadi saya lepas grad memang tak balik sementara tunggu konvo yang akan berlangsung pada januari 1996. saya abis degree saya pada MAc 1995....masa tu saya grad sekali dengan senior saya bukan dengan batch saya. batch saya konvo bulan november 1996. pakej kursus ijazah saya dapat habiskan cepat dengan ambil kursus lebih dan ambil kursus ketika cuti long vac. sebab tu saya cepat habis.

...bila buat keputusan untuk sara hidup sendiri, maka saya tak balik dan saya keje macam macam asalkan boleh dapat income. saya keje di KFC...lepas 2 bulan berhenti, sebab kerje tu teruk dan asyik kena marah dengan manager. saya pula pantang kena marah untuk benda benda yang saya tak buat salah. saya keje dunkin donuts pula. letih keje tu. pastu McD..sama juga.

...akhirnya saya keje dengan sykt caterer di pusat islam sebelah masjid negara. saya keje sama sama dengan 3 org member sekampung. seorang meninggal kemalangan van caterer tu terbabas langgar tembok. seorang lagi sekarang ialah COO Agro Bank Malaysia dan saya. kami sama sama daki susah payah kehidupan ini.

...dalam proses itu saya apply macam macam.saa tak pasti saya pernah cerita atau tidak kepada kalian akan kisah ini, ia untuk panduan dan pengalaman sahaja.

...seingat saya tidak kurang dari 70 permohonan saya buat. masa itu mana ada email bagai. kena buat surat dan buat salinan fotostat sendiri....satu permohonan menelan kos dalam rm10-15 hengget termasuk pos berdaftar. kena buat juga sebab itu je caranya.

...tika itu mana ada aplikasi resume dan cv, mana ada LInkedin bagai, mana ada jobstreet atau carikerjakosong.my

...tiada....semua kena buat sendiri.

...dalam 70 permohonan hanya 4 je panggil interview. semua tak dapat. kecewa sungguh saya. nak buat macam mana. usaha tetap kena buat juga.

...akhirnya satu hari saya datang kembali ke UIA jumpa pensyarah2 saya, ramai yang foreigner. salah seorang yang paling saya rapat ialah Professor Dr Abd Rasheed Motein, masa tu dia jadi dekan fakulti dah. mungkin rezeki kot. dia offer dan recommend saya kerja.

...beberapa hari lepas tu saya dipanggil IV....maka saya pergi dan dapat kerja sebagai pegawai penyelidik di salah sebuah organisasi pemikir - think tank organization Kerajaan Negeri Selangor....

...itulah permulaan karier saya. sampai sekarang saya terhutang budi dengan semua disekeliling saya samada secara langsung atau tidak membantu saya. walau sebenarnya, saya sendiri. paling terhutang budi ialah dengan Prof Abd Rasheed tu....

...pengalaman memulakan kehidupan saya sendiri amat perit. justeru saya ambil pengajaran dan belajar darinya. saya kena tolong orang lain dalam hidup saya, kerana saya juga ditolong oleh orang lain samada sedikit atau banyak, tak kisah. selain dari itu, Allah swt juga melorongkan saya segala kemungkinan dan peluang. syukur.

...atas dasar dan prinsip itu, apa yang saya pelajari dan pengalaman yang saya lalui, maka saya berazam dengan sepenuh hati untuk berbuat sedemikian jua. tolong orang lain semampunya....inilah yang dikatakan sejarah pasti berulang kembali walau sejarah itu mungkin tidak berulang kembali kepada diri sendiri namun ia boleh berulang kepada orang lain disekeliling kita, termasuk anak saya, atau para pelajar saya.

...sebab itu saya seupaya mungkin cuba bantu setakat yang saya mampu.....dan salah satunya ialah memberi peluang atau memaklumkan apa apa yang mungkin menjadi pintu masuk kepada sesiapa dikalangan kalian untuk memulakan hidup.

...ini juga pesana arwah abah saya ketika dipembaringan...masa tu dia dah sakit tenat, pesannya "Alwi, abah nak pesan...alwi dah berjaya, tolong bantu orang lain untuk berjaya...tidak kira siapa mereka"...itulah pesan abah saya, bekas seorang guru sekolah rendah yang dari mula hidup sampai dia tiada terlalu pedulikan orang lain....ambil tahu dan bantu orang lain sejak saya kecil sampai saya dewasa. dia ialah role model saya.

....demikianlah saya lakukan sekarang ini...saya faham, mungkin segala macam yang saya post atau saya sembang menjadi satu bentuk gangguan kepada diri kalian, justeru, saya minta maaf banyak banyak. saya tiada niat sebegitu.

...mungkin juga kalian rasa bersalah, nak left grup tak kena, tak left rasa semacam....huhuhu silakan saya tidak menghalang sesiapa untuk tinggalkan grup ini...saya ok.

...saya maintain grup ini kerana sikap saya sentiasa mengekalkan ukhuwwah dan jaringan...sebab sikap inilah jua saya kenal ramai orang dan orang luar ramai kenal saya. sebab saya jaga hubungan. 

...apapun, saya doakan kalian semua berjaya dalam kehidupan masing masing. jika telah berjaya, kalau boleh tolong orang lain juga untuk berjaya. jangan pentingkan diri sendir. sekurang kurangnya, tolong ahli keluarga, saudara terdekat atau jauh dan adik beradik sendiri untuk berjaya......biarkanlah sejarah yang baik itu berulang dalam kehidupan orang lain pula. kita perlu sama sama bantu membantu...barulah kehidupan akan lebih bermakna buat semua.

...demikianlah sedikit nukilan dari saya...maafkan saya atas mesej yang panjang ini.saya tiada apa apa kepentingan peribadi atau mahukan apa apa dari kalian. cukuplah saya rasa bangga bila dengar berita kalian berjaya dalam kehidupan kalian....itu sudah cukup. 

....Selamat maju jaya buat semua...moga kalian terus sukses dalam kehidupan kalian. saya cukup bahagia melihat kalian berjaya.insyaallah]

Thursday, April 29, 2021

Hati Tisu Jiwa Kental.....

Hati Tisu, Jiwa Kental....

Arghh sudah bersawang lama landas blog nukilan rasa perkongsian cerita ini. Kali terakhir ialah pada 15 Januari 2020. Hahaha.....sibuk dengan pelbagai perkara. 

Maaf ku cuba menyambung cerita insyaallah untuk pengalaman, ibrah dan panduan jika ada. 

Moga kalian semua sihat dan ceria hendaknya (macam tulis surat jer gayanya)....disamping teman taulan dan keluarga.

Hari ini cuti. Cuti Nuzul Quran 17 Ramadhan 1442H. Sempena wahyu Iqra turun sejak 1442H yang lalu. Mungkin bagus juga ku nukilkan sesuatu agar rasa membaca itu bugar kembali.

Oleh kerana hari cuti, maka semua ada di rumah. Hari biasa, mereka ada juga cumanya masing masing sibuk dalam pelayaran di alam maya mengikuti kelas dan kuliah malah aku sendiri perlu berada di pejabat dalam hari hari tertentu dalam seminggu.

Anakku yang sulung pulang bercuti juga. Dia sekarang telah bekerja di salah sebuah firma guaman di Shah Alam. Alhamdulillah, setelah menamatkan pengajian pada akhir 2019, dia akhirnya berjaya juga mendapatkan pekerjaan sebagai seorang peguam. Syukur.

Bila balik rumah macam macam cerita dia sembang. Maklumla, orang baru kerja. Maklumlah orang baru bekerja. Sebenarnya, selepas grad macammacam dia buat sambil mohon sana sini. Part time sana sini. jadi cikgu pusat tuisyen pun ada selama beberapa bulan.

Berpuluh puluh permohonan dan bermacam macam kerja dibuatnya. Ok la tu. Nak hidup memang kena cuba macam macam. Jadi Research Assistant pun ada. jadi translator pun ada dan buat analisa artikel dan buat analisa untuk literature review bagi kerja kerja penyelidikan untuk para pensyarah di IPTA pun ada, buat analisa kajian dan bermacam lagi.

Semua itu dia buat sambil berusaha mendapatkan pekerjaan tetap di mana mana. Entah berapa kali temuramah dan jawab peperiksaan di sistem SPA. Ke Ipoh untuk temuramah pun ada, ke KL banyak kali dan macam macam lagi. Mohon sana sini selagi boleh, Itulah usaha namanya.

Pada waktu yang sama dia buat kerja part time kerana dia ada skil dan kemahiran tertentu. Dia leh mengarang (comprehension), english dia power. Dia cekap buat kerja sebab masa belajar tempohari dia sentiasa terlibat dengan persatuan dan melakukan kerja kerja persatuan LAWSOC dia. Malah dia juga kerja part time. Ini memerlukan pengaturan masa, kemahiran dan asah strategi untuk melunaskan kerja. 

"Kakak....guna lah potensi diri dan kemahiran yang ada untuk cuba buat sesuatu yang boleh dapat pendapatan..." Ujarku. Dia terdiam.

Aku tahu dia stress dan memendam rasa kerana minta sana sini tak dapat kerja. Bahkan kawan kawan rapat dia semua telah bekerja. Hanya dia sahaja yang tersangkut.

"Biasala kak, dalam satu cerita kehidupan mesti ada watak hero, mesti ada watak pelakon sampingan dan juga ada watak mangsa...itu lumrah" Ujarku lagi. 

Ada ketikanya kita kena terima watak kita dalam lingkungan kehidupan ialah jadi mangsa, namun kita perlu bingkas dan bangkit supaya kita jadi hero atau watak utama. 

Malah sekarang dia sedang belajar sendiri Bahasa Korea, dalam tempoh terdekat saya akan usahakan supaya dia ambil exam bahasa Korea. Ni penangan tengok drama Korea (syarat saya-nak tengok boleh, kena ambil kemahiran bahasa dia atau apa apa yang bagus dari bangsa itu - mula mula tu saya suh dia ambil kemahiran memasak menu Korea, dia tak nak)....... 

Alhamdulillah. Itu tentang anak saya. Bukan niat saya nak beritahu anak saya bagus, hebat bagai. Bukan nak promo anak saya. Tidak sama sekali. Saya cerita ini kerana hendak memberitahu latar agar sorotan dan ibrah boleh dibuat. 

Ia tentang bagaimana kita bermula dan apakah persiapan untuk menghadapi hidup ini pada waktu dan zaman ini. Mana lah tahu ia boleh bantu kalian semua. Tak sikit, banyak, tak banyak sikit ler.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Semua orang telah melaluinya terutama saya dan isteri. Generasi baru (ejaan baharu-saya tidak berapa gemar menggunanya) baru sahaja ingin bermula. Sudah pasti latar cerita berubah, senario berubah watak dan cabaran turut berubah. Mana boleh sama keadaan zaman saya dengan zaman sekarang. 

Namun, tidaklah segalanya berubah sama sekali, ada perkara yang temanya masih sama, jalan cerita hampir serupa, cabarannya juga hampir sama cuma watak dan keperluan watak berubah.

Maksud saya, tetap sahaja kita perlu bina kerjaya, sama macam saya dahulu. Perlu buat sesuatu untuk hidup, cuma mungkin kerjaya itu berubah, dahulu keperluannya berbeza sekarang mungkin telah bertambah rumit. Dahulu kemahiran dan skil atau pengetahuan atau latarbelakang para pencari kerjaya hanya sebegitu dan sedemikian namun keadaan perkembangan kemajuan juga hanya sedemikian pula justeru keperluan juga sedemikian.

Zaman sekarang semakin kompleks. Perlu ada semua keperluan dan kemahiran dek kerana persaingan yang memuncak, kena siap siaga ilmu, kemahiran, sikap dan tingkahlaku yang disulami dengan segala macam potensi diri pelbagai sebagai persiapan diri. Tidak boleh lagi mengguna pendekatan lama untuk mendepani zaman baru. Perlu ada kemahiran komunikasi yang mantap, perlu kemahiran IT yang 'above average', perlu ada jaringan 'networking', perlu ada kemahiran sosial, malah ketahap perlu ada kekuatan EQ dan IQ.

Tidak boleh pula menyalahakan keadaan ini. Ini lah kemajuan, dan cenderung kemajuan ialah ia semakin kompleks dari masa ke semasa.

Bak kata Albert Einstein “...the definition of insanity is doing the same thing over and over again, but expecting different results.”

Lama dulu, saya dan isteri saya dah tahu dunia akan lebih rencam. Lebih hebat persaingan. Lebih perlukan pelbagai skil. Lebih perlu orang yang menguasai 'multiskills' dan pelbagai kemahiran serta ilmu. 

Untuk hidup di zaman abad ke 21 ini, bermacam kena sedia dan dipersiapkan. Daripada pengetahuan, sikap, perangai, kemahiran, skil dan pelbagai lagi. Semua itu ialah kebolehupayaan individu yang membentuk potensi diri untuk menguasai samada ilmu, kemahiran, skil dan sikap serta perangai. Majikan pula mencari individu yang sudah dianggap 'siap' dari segenap segi. Siapakah mereka para graduan itu yang sudah 'siap'? Kalian? Cuba tanya diri sendiri. 

Inilah cabaran sebenar pada pandangan saya.

Justeru, bila nampak begini, kami sebagai ibubapa cuba menyiapkan anak anak kami, malah saya sebagai pengajar/pendidik/pensyarah kepada anak anak orang lain juga (kalian lah - para pelajar saya) cuba, atas dasar hebatnya cabaran abad ke 21 ini - mempersiapkan generasi (anak anak saya dan kalian semua antaranya) semampu mungkin dengan pelbagai cara agar persiapan persiapan ini dapat dilaksana, agar generasi baru ini mampu berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan pesaing pesaing mereka dimana jua. Agar kalian jadi graduan 'siap" untuk terjun mendepani gejolak kehidupan di alam pekerjaan dan mampu meladeni setiap cabaran dan menggalas setiap tugasan.


Ia perjalanan jauh dan sukar, ia satu proses yang panjang, ia perlu perubahan minda, ubah cara hiduo, ubah cara fikir, ia perlu disiplin dari kita semua (saya dan kalian), ia perlu komitmen, kreativiti, strategi dan pelasanaan yang jitu untuk menjayakannya, namun apa yang pasti ialah natijah hasilnya jika semua sabar dan konsisten (istiqamah), amatlah bermakna.

Inilah maksud saya ia proses yang panjang dan berliku. Mudah? Tidak sama sekali. Ia tetap perlu dusahakan. Tiada jalan mudah dalam kehidupan ini.

Untuk anak saya, saya tidak hadkan pendedahan untuk apa apa ilmu dan kemahiran serta skill. Dia perlu jadi multiskil multi set of knowledge dan jadi multitasking (boleh buat macam2 dalam satu masa).....inilah cabarannya sebegitu juga untuk kalian semua.

Kenapa? Bukan senang nak pasangkan set skil ini samada sesuai atau tidak dengan inidividu - perangai sikap dan mood seseorang berbeza. Ada yang mudah cerap, ada yang tak leh 'stress' ada yang mudah sentap, ada yang senyap, ada yang 'low esteem', ada yang ceria, ada yang take things easy dan sebagainya)...setiap satu waktak perlu ditangani dengan bijak, dan atas dasar inilah kena kreatif untuk pasangkan ilmu, kemahiran dan kemahuan.

Namun, untuk kalian semua - apa yang saya buat dalam kelas ERMS DGFLO tu dari mula kelas sampai lah akhir kelas, ia adalah kombinasi semua ilmu+kemahiran+skil+kemahuan = supaya jadi tahu dan pandai buat tanpa perlu terkial kial + sikap dan kemahuan = boss akan tengok dan suka serta nak ambil kalian kerja. Nampak tak kenapa kaedah saya berbeza. Bila kalian masuk kelas saya, kalian menempuh pendekatan berbeza sama sekali. Ada sebab dan tujuannya. Bukan untuk diri saya sendiri tetapi untuk kebaikan kalian semua. Ia proses mempersiapkan kalian.

Yea saya tahu tak semua orang punya jalan kehidupan yang berbeza. Tidak sama dan tidak seragam. Ada juga sampai sekarang masih lagi tak kerja kerja. Jemu dah mohon sana sini. Ya saya faham semua tu. Namun, jangan berhenti mencuba......kena rujuk balik cerita anak saya tadi....buatlah seupaya yang mampu untuk berusaha memulakan hidup. Ia tidak mudah namun hati perlu cekal dan tabah.

Target utama ialah supaya ada ilmu, ada kemahiran, ada skil dan ada kemahuan yang tinggi, sikap dan potensi yang unggul. 

Apapun yang berlaku, jangan mengalah. 

Teruskan perjuangan.....inilah dia orang yang duk sebut sebut teruskan perjuangan itu. Bila melakukannya sendiri, baru lah kita tahu erti teruskan perjuangan. Namun nak berjuang pun kena la bijak. Jangan la guna sifir sondol jer. Mana jadi.

-----------------------------------------------------------------------------

Jadi bila anak saya balik, dia cerita rakan sepejabatnya yang lewat sikit diambil bekerja di law firm dia. Ringkas cerita. Semalam rakan sepejabatnya kena marah oleh boss dia. Terus lepas itu balik. Kena marah kerana buat kerja silap dan tak betul.

Begitulah ringkas cerita dari anak saya. Maaf, saya tiada niat untuk memalukan sesiapa apabila menulis cerita ini. Ini pandangan luaran sahaja. 

Begitulah kalau kerja swasta. Kesilapan kecil atau besar boleh menjejaskan pendapatan syarikat. Justeru kesilapan tidak boleh dibiarkan. Ia perlu ditangani. Sebab itulah boss marah, supaya kesilapan itu tidak berulang.

Inilah benda saya nak kongsi dengan kalian semua. Tajuk, "Hati tisu" versus "Hati Kental".


Organisasi atau syarikat lebih perlukan oramg hati kental berbanding hati tisu. Salah ke ada hati tisu? Tak salah. Hina ke? Tidak! Ia jadi begitu kerana cara didikan dari keluarga. Masing masing.

Namun, hakikat yang tidak dapat dinafikan, orang hati tisu tidak boleh bekerja dengan orang lain dengan baik. Akan sentiasa wujud konflik. Akan sentiasa ada insiden dan peristiwa menyayat hati. 

Orang hati tisu dalam dunia korporat atau organisasi swasta hanya akan lemas dengan arus persaingan. Ini soal persaingan emosi belum lagi persaingan prestasi kerja dan sebagainya.

Boleh tak hati tisu jadi kental? Boleh. Dengan cara kawal fikiran dan hati supaya tidak mudah sentap dan mudah terkesan dengan segala faktor luaran. Jangan mudah "ambil port". Chill je. Bercakap la dengan rakan baik, atau ibu atau mengadu kat sahabat lain di luar untuk sekadar menyalur perasaan. Lagi bagus kalau 'bercakap dengan DIA' iaitu Yang Maha Kuasa. Ngadulah semahunya. 

Jangan zahirkan ketisuan kita dihadapan boss atau rakan sepejabat. Ini pantang utama. Kalau nak sedih pun boleh, tapi sekejap jer, lepas tu rilek macam biasa.

Sebab itu walaupun hati tisu, kalau jiwa kental, akhirnya tetap akan survive dalam dunia pekerjaan dan kehidupan.

Sebegitu juga kalau hati tisu akan mudah lemah dengan sedikit masalah atau cabaran. Akan mudah terganggu dengan insiden kena marah dengan boss. Rugi kalau begitu. Ia menyebabkan kita mudah mengalah dengan segala macam cabaran dan masalah hidup. Kita akan mudah "kalah" dalam kehidupan jika begitu. 

Maksud saya bukan lah kita hendak sentiasa menang dalam kehidupan ini namun ia bermaksud kita terus berjuang atau mudah mengalah. Jika mudah mengalah, ia akan menjadi cabaran dan halangan besar untuk berkerjaya dengan cemerlang atau untuk berjaya dan hidup.

Jiwa dan perasaan kena kental. Bila kental jiwa, ia ampuh dan tidak mudah goyah menghadapi apa jua masalah dan cabaran. Ubahlah jiwa jadi lebih kental. Kena latih diri sentiasa, kena ubah pola pemikiran dan cara fikir dengan melihat sesuatu dalam kehidupan dan kerjaya dalam keadaan positif sentiasa. Dengan itu, ia akan membawa individu untuk terus mara kehadapan. 

Ya benar, ada waktunya kita 'down' atau rasa kecewa dan luluh, namun jadikan ia sebagai medan (saat dan ketika kecewa dan 'down') untuk retrospek diri dan mengadu kepadaNYA. Selalunya peristiwa sebegitu berlaku kerana DIA mahu kita mengadu kepadaNYA di hening malam. 

Begitulah sedikit nasihat yang aku ingin kongsikan buat kalian semua.

Moga kalian semua berjaya dalam kerjaya dan kehidupan masing masing.


#BahagiaBerkongsiCerita

Wednesday, January 15, 2020

Keikhlasan kan mendatangi kebaikan...


Assalam semua dan salam sejahtera.

"You reap what you sow". Natijah kebaikan hanya mendatangi kehidupan jika kebaikan yang disuburkan maka sebaliknya begitulah.

Image result for you reap what you sow images"Begitulah asas dan cara fikir mahupun kaedah menanggapi dan bertindak dalam kehidupan. Jika yang disemai itu benih kebencian maka yang terhasil ialah kebencian jua malah mungkin lebih dari itu. Bahkan boleh juga yang terhasil bukan sahaja kebencian, tetapi fitnah, mahupun kebobrokan. Walau sekuat mana sekalipun ia cuba dipertahankan atau diperbetulkan, hasilan keburukan tetap dituai. 

Tidak mungkin kaedah keburukan akan mendatangkan kebaikan. Tidak sama sekali.



Lihat bagaimana semulia mulia insan diatas jagat raya alam ini memberi contoh teladan. Tidak lain dan tidak bukan, Rasulullah saw yang tercinta. Dia menebarkan kebaikan, dia menanam benih cinta dan kasih sayang ke seluruh alam. Bahkan Baginda saw mengguna pakai prinsip menyampaikan, dengan penuh amanah dan keikhlasan, akan kebenaran dengan penuh kecerdasan aqal dan emosi kepada kaum Quraisy malah orang orang lain. 

Kejahatan dibalas dengan kebaikan. Kebenaran disampaikan dengan kaedah yang betul. Objektif dakwah dilaksanakan dengan cara dan kaedah yang betul agar misi dan hasilan tercapai.  Ia proses yang panjang, bukan sekaligus.

Image result for you reap what you sow images"

Sebegitu jua dalam kehidupan.....gunalah kaedah dan prinsip yang telah Nabi saw ajarkan dan contohkan kepada kita semua.

Jika mengguna kaedah kaedah lain, atau kaedah yang salah, buruk, menebar fitnah umpamanya, maka hasilan yang dituai ialah yang seumpama dengannya. Saat itu, ketahuilah, bahawa nasi telah menjadi bubur. 

Justeru, laksanakanlah amal mu di atas mukabumi ini dengan penuh keikhlasan, pasti kebaikan akan mendatangi mu dalam kehidupan dunia akhirat dalam apa jua bentuk sekalipun, samada kecil atau besar....

Sayugia itu, hendaklah diingati bahawa "you reap what you sow";

Jika kita menipu, maka kita akan mendapat kesan dan hasil kemudiannya atau mendapat atau melalui peristiwa peristiwa dimana kita pula akan ditipu samada sekali atau berulangkali.

Jika memfitnah, maka kita pula akan difitnah dikemudian hari.

Jika berbohong, maka kita pula akan dibohongi kemudian nanti.

Jika menzalimi maka kita pula akan dizalimi nanti.

Jika menghasut, maka kita pula akan menerima bahana bilamana orang lain pula menghasut untuk memburukkan kita.

Itulah KARMA atau takdir atau putaran roda dalam kehidupan. Ia kerana Allah swt telah mengingatkan manusia dalam wahyunya......balasan setimpal atas apa sahaja yang kita lakukan.

Friday, June 21, 2019

Ceritaku dengan abah: Redha ibu dan ayah...

Assalamualaikum wrt.wbt.

Salam sejahtera buat semua...

Kisah ini ku perap buat beberapa ketika. Aku seolah tidak mahu berganjak dari Ceritaku dengan Abah. Sukar sekali sebenarnya mahu 'move on'. Tapi hakikat tetap hakikat. Aku seolah olah tidak mahu menulis lagi kecuali Ceritaku dengan Abah. Benar, bukan aku sahaja yang merindui abah. Malah adik beradik ku bahkan mak dan saudara maraku. Aidilfitri 1440H yang baru berlalu seakan sunyi dan sepi tanpa abah. Walau abah telah pergi kira kira 4 tahun yang lalu. Namun ia seolah olah baru semalam, perit rasanya mahu meninggalkan kenanganku dengan abah.

Coretan ini suatu ketika dahulu....
Semalam Harimau Malaya mengaum di bumi Rajamangala. Gajah Putih tersungkur lesu. Ah berdebar tak terkata. Tahniah Harimau Malaya.

Petangnya aku mendapat panggilan telefon dari nombor yang tidak ku kenali. Tidak pernah ku menerima panggilan dari nombor itu. Nun jauh di Utara. Kalau mengikut kod kawasan ia dari Pulau Pinang.

Lalu ku jawab. Dari Pulau Pinang. Rupa rupanya ia panggilan dari sahabat lama dan sahabat rapat arwah abah. Alhamdulillah. Setelah bertanya khabar seketika aku pun bertanya apakah hajat beliau yang sebenarnya. Rupa rupanya, Sabtu ini dia akan turun dari Pulau Pinang dan ingin sekali singgah ke rumah dan menziarahi mak. Dia sekadar memaklumkan dan bertanya jika mak ada di rumah ketika itu. 

Pada waktu yang sama, dia hadir untuk menghadiri mesyuarat Agung Pertubuhan Peladang Kawsan Hilir Perak. Oh, begitu ceritanya. Aku pun lantas menjemput dan mengalu alukan beliau ke rumah. Kebetulan mak memang ada di rumah.

Kemudiannya beliau menyatakan hajatnya yang kedua berkenaan dengan saham beliau di PPK tersebut yang akan ditukar atau tukar nama kepada anak beliau. Namun, gaya ungkapannya agak tersekat sekat. Rupa rupanya, saham milik beliau di PPK itu adalah usaha bersama yang dikongsi dengan arwah abah. Beliau memaklumkan bahawa arwah abah telah menyerahkan saham itu menjadi hak milik beliau sejak dahulu lagi. Setiap kali mendapat dividen hasil saham tersebut, beberapa kali beliau ingin menyerahkan hasilnya kepada arwah abah. Namun menurut beliau, arwah abah tetap menolaknya.

Jadi kali ini, sebelum memindahkan saham tersebut, beliau bertanya aku jika aku punya tuntutan apa apa terhadap saham tersebut. Aduh...aku terasa sedih dan sayu kerana betapa sahabat arwah abah ini begitu meraikan arwah abah dan bimbangkan jika ada tuntutan dari kami warisnya.


Sekonyong konyong itu, aku merasa hiba dan ku ungkapkan ayat ini kepada beliau;


"Minta maaf cikgu, kami anak anak abah sentiasa menghormati dan mematuhi apa apa keputusan yang telah arwah abah buat ketika dia masih hidup. Err, tiada apa apa Cikgu. Bagi kami, keputusan arwah abah itu masih lagi sah dalam menyerahkan saham dan hasilnya kepada Cikgu. Ermmm, sesekali ia tidak berubah. Harap Cikgu faham, kami tiada tuntutan apa apa. Kami tidak berhak mengubah keputusan abah. Takdirnya, jika ada hak abah didalamnya, harap Cikgu ambil maklum, sebagai sahabat abah yang paling rapat sekali, ketahuilah Cikgu, kami anggap ia sebagai sedekah jariah arwah abah buat bekalnya di alam sana...." Mengalir airmataku, dalam keadaan aku juga turut bersedih ketika mengungkap sedemikian. Buat seketika, panggilan itu terasa sunyi. Kami masing masing diam. Aku terdengar sedikit esakan disebelah sana.

Akhirnya, dia menjawab, suaranya tersekat sekat, sambil mengucapkan syukur kerana arwah abah dikurniakan anak anak yang baik. Aku terkelu sebentar. Aku bukan baik sangat. Aku cuma berusaha melakukan yang terbaik buat abah dan mak sejak dahulu lagi. Sebegitu juga adik beradikku.


Ku ungkapkan sedemikian dalam keadaan aku tidak merujuk kepada mak atau adik beradikku yang lain. Amatlah tidak beradab sekali jika aku kata aku perlu berbincang dengan mak dan adik beradik yang lain, walhal dia ialah sahabat arwah abah yang paling rapat. Kesana kemari bersama abah. Aku menghargai keakraban mereka.


Malah ketika abah dikebumikan, beliau turut hadir, datang jauh dari Pulau Pinang. Selepas pencen beliau berpindah ke sana. Sebelum ini, beliau bertugas di daerah Bagan Datuk ini berdekatan dengan sekolah abah. Selalu beliau menemani abah kemana sahaja. Beliaulah juga insan paling akhir sekali bingkas bangun dari tepi kubur abah (aku sempat mengambil gambar beliau duduk disisi kubur abah). Beliau menangisi perginya seorang sahabat. Berseorangan beliau disisi kubur abah sambil melontarkan kalimah kalimah suci buat abah. Itulah sahabat abah yang aku kenal sejak kecil.


Peristiwa dulu dan sekarang amat memberi kesan dalam diri dan jiwaku. Aku lihat cara arwah abah menangani pelbagai perkara dalam hidupnya. Dalam banyak ketika, abah banyak diam dan bermenung. Sebenarnya arwah abah sedang berfikir banyak perkara. Dia memilih jalan yang mudah dan sederhana sekali. Antaranya ialah dengan banyak memberi dalam kehidupan ini. Jangan difikir soal imbuhan. Serahkan ia kepada Allah. Kelak, akan Allah kurnia kemudahan yang pelbagai dalam mengharungi hidup.

Sebegitu juga aku pelajari konsep, "jika tiada buat cara tiada, jika ada buat cara tiada bukannya ada buat cara ada...pasti melimpah ruah nanti, dan saat melimpah itu, terus utamakan sedekah kepada yang terdekat dan orang lain yang lebih memerlukan walau kita juga memerlukan ia namun, apa yang penting bantu kepada yang LEBIH MEMERLUKAN...."

Friday, October 26, 2018

Ceritaku dengan abah: Harapan abah

Ceritaku dengan abah...

Suatu hari abah bawa aku naik motor ke pekan kecil di kampungku, sambil itu abah bercerita dengan aku.  Motor Honda Cup buruk C70 bernombor AY3276 abah bawa dengan perlahan....

Abah: Masa kecik kecik dulu, abah naik basikal ke sekolah...tiap minggu ulang alik ke kampung... Sekolah abah tu kat Sg Sumun...SM Khir Johari Sg Sumun. Abah takde duit. Kakak abah (mak saudaraku) selalu bekalkan nasi dan ikan kering atau belacan. Makan nasi dengan ikan kering atau belacan goreng.

Aku: (sambil diam dan mengangguk) aku mendengar celoteh abah antara dengar dengan tidak kerana bercampur suara abah dengan bunyi ekzos pecah Honda Cup abah. Aku lebih enjoy perjalanan itu berbanding cerita abah. hehehe
Abah: Dulu Abah hidup susah. Adik beradik 14 orang (aku pernah cerita kisah ini dengan para pelajarku--terkadang aku silap sebut jumlah adik beradik abah sebabnya ramai dan aku pun terkadang tak ingat nama betul dan hanya ingat nama panggilan)....atuk wasiatkan kepada nenek supaya hantar abah ke sekolah SM Khir Johari (English school). Masa tu orang kampung panggil sekolah kapir.

Aku terus mendengar....isk apahal pulak sekolah orang kapir nya? Ujar ku dalam hati. Ermmm adik beradik abah memang ramai. Sepupu aku berpuluh orang. Yang kat Johor tu kalau tak silap ada 17 orang sepupu...tak semua aku ingat nama. Anak sulung pakcik aku yang di Johor tu pun anak dia dah berbelas.


Abah: Jadi, abah nak Awi belajar rajin rajin rajin sampai universiti. Belajar kuat kuat supaya jadi pandai. Bila dah habis belajar boleh dapat kerja yang bagus. Abah tak nak Awi hidup susah. Tak mengapalah abah habis duit beli buku dan sekolahkan semua anak anak abah, tak mengapa abah tak beli baju baru atau beli kereta atau pergi mana mana asalkan anak abah boleh belajar dan dapat pendidikan yang bagus.


Benarlah harapan itu membangkitkan usaha.

Itu antara yang aku ingati sehingga hari ini. Ia harapan abah kepada aku. Aku tahu abah juga bercakap perkara yang sama kepada adik adikku yang lain. Aku juga mengerti ini juga harapan semua ibubapa kepada anak anak mereka.

Lewat waktu yang lain, abah akan bercakap perkara yang sama kepada ku. Ia suatu bentuk pengulangan supaya berbekas dihati anak anaknya. Terkadang aku merasa cemuh juga mendengar isi cerita yang sama namun itulah sebenarnya yang berbekas dihatiku sehingga hari ini.

Sehinggalah ketikanya aku masuk ke sekolah berasrama di Ipoh. Abah memesan perkara yang sama. "Belajar rajin rajin sehingga berjaya, sampai peringkat tertinggi, abah sokong dan akan bantu" ujarnya. Itulah juga yang berbekas dihatiku dan aku sematkan dihati. Sehinggalah aku habis degree di UIA dan menyambung kemudiannya ke peringkat Master. Abah mengulangi ucapan yang sama.

Sering abah bertanya bagaimana pengajian master aku saat aku pulang ke kampung. AKu katakan selalu kepada abah, "Insyaallah abah, ok jer". Begitulah girangnya dia bila aku serahkan kad konvo master di UiTM pada tahun itu (2000), abah tersenyum bangga. 




Terus dia bertanya "Bila nak buat phd?" ujarnya. "Adusss...sabarlah dulu abah", getusku dalam hati. Namun aku hanya senyum. "Nantilah, Awi sambung", ujarku kepada abah.

Saat abah terbaring lesu akibat sakit dan stroke 5 tahun yang lalu, tiap kali aku balik, abah akan sentiasa tanya soalan yang sama "Bila nak habis phd?" tanya abah. Aku kelu. Bercahaya anak mata abah menantikan jawapanku. Dalam sakit itu dia masih punya "harapan" terhadapku. "Lambat lagi abah, banyak benda nak kena siapkan", ujarku sambil tangannya menggengam erat tanganku. Tanda pengharapan penuh abah terhadapku. 

Tanggal 21 Mac, waktu Maghrib itu abah pergi buat selamanya. Selang sebulan pula aku mendapat surat kelulusan VIVA phd ku. Sungguh surat itu lewat sekali hadirnya untuk hadiah terbesarku buat abah yang ku kasihi. 







Mengenang kembali




Aku konvo tanpa abah pada Oktober tahun itu. Mak pula mungkin terlalu sedih dengan pemergian abah dan dalam keadaan tidak sihat tidak dapat hadir ke konvo ku. Berair mataku tanpa kelibat abah dan mak. Aku tahu mak begitu mengerti dan memahami harapan abah kepada ku, dan mungkin itu jugalah yang akan membuat mak sedih dan pilu untuk menyaksikan aku menerima skrol Phd ku. Mungkin itulah sebab mengapa mak agak reluctant untuk pergi ke konvo ku. Mak beri alasan tidak sihat. Aku memahami perasaan mak.

Hari Ahad lepas aku diminta untuk hadir ke Majlis Konvokesyen UiTM ke 89. Aku update di FB ku tentangnya. 



Tiba tiba notification FB ku masuk dan ku lihat mak memberi komen terhadap post ku ketika konvo tersebut. Bila ku baca komen mak, aku jadi sangat sangat sayu. 

Perjalanan PhD tak mudah. Isteriku memberi nukilannya terhadap cerita PhD ku. Kami bersama sama mengharungi jatuh bangun dan resam dalam perjalanan menggenggam segulung skrol Phd.







Moga Allah kurnia keampunan buat abah dan redhai rohnya serta menempakan abah di syurgaNYA