Monday, September 30, 2013

18 tahun yang berlalu....

Assalamualaikum wrt wbt.

.......18 tahun yg indah dan penuh warna. sering aku terlupa yg perit dan pahit kerana warna warni indah itu sentiasa menyelubungi. mardhaana ya rabb! alhamdulillah....hari ini yg dahulu, ku masih terkenang dan sentiasa mengenang.....

Pada umur manusia, ia musafir yang panjang. Pada masa Illahi, ia seketika cuma. Namun, hakikatnya aku bersyukur kerana ruang dan peluang yang asalnya aku tidak tahu akan sampai ke hari ini.......ia sekitar 6570 hari yang berlalu......ku hargai setiap saat yang berlalu, kukenang kisah gembira dan bahagia, ku lupakan saat derita lalu kujadikan ia sempadan sejarah agar ia tidak berulang kembali.......

Yang pahit itu datang dahulu, barulah yang manis kan benar benar terasa manisnya. Jika manis mendahului lalu datang pahit, sebenarnya ia sesuatu yang membelakangi fitrah kerana kelak apresiasi manis kan hilang lalui pahit menghurung kehidupan untuk beberapa ketika....yang fitrah itu ialah berupa prinsip dalam Surah al Insyiraah: ayat 5-6 yang telah DIA wahyukan buat insan teragung Muhammad saw sekityar 1434H yang lalu 

".....bersama kesusahan@keperitan@kepayahan itu ialah kesenangan, dan sesungguhnya bersama keperitan@kesusahan@kepayahan itu ialah kesenangan"

Aku berpegang dengan prinsip ini dalam kehidupan ku...begitu juga dengan pasanganku yang ku kasihi-Sakinah Salleh, lalu ku bahagia mengharungi kesusahan kerana ku tahu ia sentiasa bertemankan bahagia@kesenangan seperti mana yang dijanjikan olehNYA. Mana mungkin DIA memungkiri janjinya......kita insan sudah tentu sentiasa memungkiri janji, akan tetapi DIA tidak sama sekali. Justeru, kuingati yang penuh warna warni, ku ingati yang bahagia yang silih berganti lalu ku lupakan kepahitan agar aku terus mampu maju dan melangkah kehadapan......hanya sanya aku mengharap masa, ruang dan peluang terus diberikan buatku olehNYA....jika tanpa masa, ruang dan peluang yang sememangnya milikNYA, siapalah aku untuk maju terus kehadapan dalam kehidupan ini....

syukur kepadaMU Ya Rabb...kerana menghadirkan anak anak yang sangat bererti buat kami (Anis Najwa, Ain Syafia, Iman Ihsan) moga moga mereka menjadi anak yang soleh dan solehah.....syukur ku panjatkan buatMU Ya Rabb kerana menghadirkan insan insan yang sentiasa memberi makna dalam kehidupan kami.......ayah dan ibu, ibu mertua, rakan rakan dan teman, malah mereka yang jauh mahupun dekat....moga moga Allah redha dengan kalian......terimakasih, terimakasih, terimakasih.


buat insan istimewa ini, yang jatuh dan bangun bersama ku.......aku kehabisan kalimah untuk mengungkapkan betapa aku berterimakasih kepadamu duhai isteriku.....terimakasih, terimakasih dan terimakasih....syukur Ya Rabb kerana menghadirkan dia buatku.....moga dikau redhai kami berdua......


Wednesday, September 18, 2013

Genta Rasa.........

Assalamualaikum wrt wbt....


Sekadar nukilan perkongsian

dari sayup rasa diri
bahawa Illahi mengingati
makhluk yang siang atau malam bersama rahmat yang memayungi
tanpa sedar tanpa henti
sejak dahulu lagi
tanpa dihargai
walau durhaka itu menyelubungi
dikehidupan ini.......

Terpanggil dalam suatu detik ini
hanya kerana masa berlalu dalam tidur dan mimpi
disepertiga malam terbangun seketika sesekali
ditegur dengan batuk kecil lalu diendahkan oleh diri
kemudian terbungkam kembali menyambung mimpi........
kerana insani tidak mengerti diri
bahawa DIA mahu hambanya itu menekap dahi
di hujung malam didinihari


Apa mahumu ungkapkanlah sekali

atau berkali kali
saat dahi menekap bumi
didinihari yang sunyi
AKU lebih mengerti
nasib dirimu dihujung hari

Kelak kau alpa
'wahan' yang sangat bahana
jiwa dan ruhmu kan merana
gersang kembali seluruhnya
tanpa dahi mu menekap, ruhmu meratap syukur pada pemilik dunia........


Sunday, September 8, 2013

Hari ini ditentukan oleh semalam...

Assalamualaikum wrt wbt

SEMALAM telah berlalu, semalam telah dilalui, semalam juga apa yang kita fikir dan lakukan.....jangan ingat bahawa yang berlaku itu akan sekadar berlalu, tiada kaitan dengan apa yang berlaku HARI ini...

HARI ini adalah natijah semalam, hari ini adalah harapan, adalah doa semalam......HARI ini juga ialah fikiran dan perbuatan semalam....ia terkait rapat dengan SEMALAM....


SEMALAM bukan diukur dengan masa, ia sejarah yang panjang. SEMALAM bukan 24 jam yang lalu, ia boleh jadi 10 tahun yang lalu, 5 tahun yang lalu malah 20, 30 tahun yang lalu.....atau seminggu yang lalu.....HARI ini pula bukan lah 12 jam akan datang, malah tidak semestinya esok, atau minggu hadapan, ia boleh jadi setahun dari SEMALAM, 5, 10, atau 20 tahun akan datang....

Kita selalu silap dengan menganggap bahawa SEMALAM sekadar sejarah, detik pahit dan manis kehidupan tanpa ada kaitan utuh dan rapat dengan HARI ini.....

Sebenarnya.....fikiran dan perbuatan kita SEMALAM adalah penentu nasib dan keberuntungan HARI ini.....berapa ramai yang tidak mengendahkan SEMALAM kerana menganggap bahawa HARI ini memberi harapan baru tanpa mengetahui bahawa SEMALAM lah yang menentukan HARI ini.....

Jika semalam kalian jatuh, jauh dibawah, jauh terperosok......ketahuilah bahawa ia GURU yang besar bagi sebuah pengalaman yang mahal untuk bangkit kembali.....jika terusan terperosok dan membiarkan diri sentiasa dibawah....maka itulah tandanya GURU PENGALAMAN gagal membangkitkan perubahan dalam diri, ketahuilah saat itu, kejatuhan akan terus mendatangi saat itu.....

Jika kalian bangkit, dari kejatuhan yang amat memeritkan itu, bangkit dengan fikiran dan perbuatan yang menatijahkan kejayaan, maka ketahuilah HARI ini akan cukup berbeza dan bermakna....
Kejayaan yang besar sangat berkait dengan masa yang lama, jika kejayaan itu kecil maka masa yang diambil untuk mencapainya juga singkat, jika kejayaan itu besar maka waktu yang diambil juga lama dan panjang....jadi terpulang samada kalian mahu MEMBACA, MENGETAHUI, MENDENGAR, MEMAHAMI lalu kemudian kalian PERCAYA......Tidakkah kepercayaan itu sesuatu yang amat dalam dalam hati?

KEPERCAYAAN ialah KEYAKINAN dan inilah yang sangat kurang dalam jiwa kita dan dinatijahkan dalam perbuatan......

Binalah keyakinan bahawa KITA memang boleh berjaya......dengan keyakinan! Ingatlah bahawa SEMALAM menentukan HARI ini.....atau HARI ini ditentukan oleh SEMALAM!!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.









Saturday, September 7, 2013

Raikan akhirat dengan mahabbah....

Assalamualaikum wrt wbt

Sepanjang berada dibumi Gajah Putih ini, aku dan isteri diladeni, disambut, dirai, dipeduli malah dihormati dan dikagumi walau bukan itu yang aku tanggapi.....makan minum kami sentiasa dipasti sudah tersedia menanti, ia sesuatu yang amat aku hargai kerana dyaa usaha untuk memasti tamu merasa sangat berpuashati.....lantas sejenak aku berfikir, adakah aku mampu sedemikian juga meladeni tamu sepertinya ini.....aduh, mungkin aku akan capek akan tetapi begitulah tahap layanan di sini.....aku kagum dengan mereka. Mereka beragama Buddha akan tetapi sikap mereka lebih Islam dari orang Islam sendiri.....

Saat melewati kantor toko niaga mereka, aku singgah melihat perusahaan yang mereka jalankan, saat tiba, air buah segar menanti kami, seusai lawatan ke kilang, tempat khas solat disediakan oleh pihak mereka, khuatir kami ingin solat saat berada di situ, walhal kami telah jamakkan solat kami tadi di waktu Zuhur.....malah arah Kiblat juga telah ditetapkan, lalu kami dijemput makan sore, dengan kepastian bahawa makanan yang terhidang itu disediakan oleh chef Muslim, dan ianya halal.....sebegitu sekali mereka meladeni kami.....mereka sangat perihatin soal makan minum dan waktu solat kami hinggakan tersedia khas tempat solat di tempat kami menziarahi toko perusahaan mereka.....malah makanan yang disajikan juga sangat menyelerakan dan sedap......nasi pulutnya yang disajikan sebagai pemanis mulut membuat aku kagum, tiada kata lain, ia sangat sedap.....secara keseluruhannya.....ini sesuatu yang mengkagumkan aku.....bagiku, sikap mereka seumpama meraikan akhirat dengan mahabbah perhubungan......

Inilah yang perlu kita lakukan sesama saudara seagama Islam sendiri......bahkan mereka dalam hal ini, yang bukan saudara seagama pun mampu melakukan sedemikian, malah dalam banyak hal, aku fikir mereka telah melakukan sangat lebih bagus daripada apa yang pernah aku alami sendiri......ini watak watak yang mengkagumkan. Maka tentunya ia sangat bertepatan dengan kejayaan yang mereka raih......En Kittipun ini baru sekadar 6 tahun menjalankan usaha niaga ini, hanya dengan menjual kopi yang sangat berkualiti dan sedap rasanya, hari ini dia meraih pendapatan 2 juta Baht sebulan, dengan memiliki 6 cawangan toko kedai merata rata di negara Gajah Putih ini.....namun, orangnya masih lagi 'humble' dan wataknya menunjukkan kejayaannya......jauh disudut hati, aku mempelajari banyak perkara baru di sini......

Hakikatnya, tiadalah semuanya sempurna....begitu juga di Negara Gajah Putih ini....namun tulisan ini dan penulisnya bukan jenis yang mencari kelemahan.....jika aib yang dicari.....tentunya tidak cukup satu buku perlu dikatakan apakah buruknya sesuatu perkara@tempat dan sebagainya.....ambillah kebaikan, kita kan pelajari kelebihan lalu menguasai kekuatan orang lain dan akhirnya menjadi kekuatan diri sendiri....

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.



Friday, September 6, 2013

Musafir sutera.....

Assalamualaikum wrt wbt

Alhamdulillah, sebesar pujian buatNya....Ramadhan bertaut, Syawal berlalu...Zulkaedah mendatangi, Zulhijjah dinanti. Indahnya hidup dengan iman, hidup dengan mengharap kepadaNya, ia kan lebih bererti, ringkas namun penuh makna....seharian hidup digarap dengan solat dan doa, manifestasi IMAN, ISLAM dan IHSAN yang bergabung membentuk keperibadian Hamba kepadaNYA....maka jalan inilah yang dituruti oleh para kekasihNya.....

Daku menyeru dan mengingatkan kepada diri dan sahabat yang dikasihi....jika hari ini kalian ruwet dan rumit hidup, kembalilah kepadaNya, haraplah kepadaNya, nescaya ada titik harapan dan cahaya dihujung jalan buat kalian.....jika hari ini, bahagia yang dicari tidak kunjung tiba, tunduklah kepadaNya, kerana bahagia itu adlaah kurnia berinti IMAN, bukan bersalut emas permata......jika hari ini, mahabbah dalam persaudaraan tiada ditemui, malah musibah dalam perhubungan sentiasa menyelaputi, saat itu, kembalilah kepadaNya.....bimbang jika kalian putus ikatan dalam naungan "dzilla illa dzilluhu"-teduhan melainkan teduhanNya di Mahsyar kelak.....malah dalam apa situasi sekalipun, dalam situasi kalian terhimpit oleh fitnah yang berleluasa lalu kalian keliru memilih mahupun keliru memahami situasi, maka sentiasalah kembali kepadaNya dengan Quran dan Sunnah Nabi Muhammad saw.....

Aku teringat peristiwa pertentangan antara dua pihak suatu ketika Nabi saw terpaksa berurusan dengan puak kuffar.....maka kebijaksaan menjadi penentu kemenangan.....malah dalam situasi yang berbeza, pertentangan dan perselisihan dua pihak, sesama islam, maka seruan Nabi saw ialah dengan damaikan antara keduanya.....adakah kita telah berlaku sedemikian? Bijak menghadapi musuh yang nyata, iaitu pihak Kuffar dan mendamaikan pihak yang berselisih akan tetapi keduanya dalam landasan Islam.....atau kita saling keji mengkeji, hina menghina, sindir menyindir, saling berspekulasi buruk antara satu sama lain....adakah ini saranan Nabi saw?? Adakah ini yang diajar oleh Baginda Nabi saw??

Adakah sama sikap kita sesama Islam dengan sikap kita dengan si Kafir? Tentunya tidak sama kaedah.....adakah jika kita memilih untuk mengkeji, maka kita lebih mengkeji saudara seagama berbanding musuh yang nyata? Bahkan sikap mengkeji itu sendiri bukan dari Sunnah Nabi saw.....malah Nabi saw tidak mengkeji dalam usaha dakwah beliau sesama saudara seagama mahupun pihak musyrikin.....inilah 'malaise' atau penyakit ummah zaman ini.......cara berfikir pun sudah salah, apatah lagi tindakan tindakan yang kita lakukan, langsung tidak membantu Islam.....

Marilah kita fahami, marilah kita usaha menambah ilmu dan mengubah cara berfikir dan bertindak.....agar islam kembali utuh....hentikan cacian, makian, sindiran, kutukan, pengaiban sesama kita atas sebab, justifikasi mahupun alasan apa sekalipun......marilah kita raikan mahabbah, raikan perhubungan dan ukhuwwah agar dunia menjadi lebih bermakna buat akhirat.....jangan jadikan dunia sebab yang menyebabkan jambatan akhirat kita runtuh dan terbakar.....alangkah ruginya kita nanti!




Suatu ketika dalam laluan masa....coretan ini kukirim dari dalam Thai Airways menuju ke Suvarnabumi Airport, Bangkok......dalam suatu musafir sutera! 



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.